Memaparkan catatan dengan label Review produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review produk. Papar semua catatan

Peace & Calming : I love this Essential oil effect...awesome!


Ada anak3 yang super aktif dirumah disaat saya memerlukan sedikit ketenangan untuk berehat selepas balik kerja, kadang2 memang mencetus perasaan stress dan mood swings la jugak. Korang paham kan feeling nak relax tapi terbantut sebab surrounding masa tu memang tak rasa aman sangat. huhu...




Nak dimarah dan diamuk selalu rasa macam kejam sgt tapi tu la kdg2 terlepas jugak buat gtu ðŸ˜¢ðŸ˜¢.. budak2 tgh membesar mmg la aktif kan? Macam la aku dulu baik sgt kecik2 dulu..😂😂 Rumah riuh rendah dengan suara dan telatah anak2 itu suatu yang harus dihargai nikmatnya.

Namun saya akui saya ni bukan la perfect mom sgt. Ada hari menyinga jugak la dengan aktiviti2 anak yg bikin mama rasa aduii.. kena Istighfar byk2 utk menanganinya. 

Klu makan B complex tu harus kena telan extra dose dl sebelum balik kerja tau. Lagi2 kalau hari husband kerja shift malam. Mmg dah confirm sendiri kena handle anak2 dirumah lepas kerja.

Dalam duk fikir apa ke cara lagi nak buat nak bantu diri sendiri jugak ni handle stress..ade baca pasal EO yg geng jemah share story.. maka pastu berjinak2 la pulak dengan EO Peace & Calming ni. Byk2 list EO ade tapi rasa nak try yg ni..tah la nape. Haha.. sebab nama dia kut. PEACE & CALMING.

Alhamdulillah EO ni membantu jugak la skrg ni untuk mamanye ni handle anak 3 yg tgh aktif tu. Sebab saya bukan guna just utk diri sendiri je tapi kasi calit2 buat urut anak2 dan titik dlm air mandian anak2 jugak. 

Nmpk la terkawal sket tahap keaktifan dorg bertiga. Mama plak dah boleh control sket tahap menyinga skrg. Yang ketara tidur anak2 nampak lebih lena sket la hari2 yg pakai EO ni sblm tido dorg. 

 
Some of Peace & calming EO benefits

Alhamdulillah Allah bagi jumpa benda yg bagus juga utk penyelesaian mslh dulu. Weekend baru ni masa balik kampung kat Trg sama2 dengan anak tiga org ni (sebab husband keje) pun mama tak lupa sapu2 sket kat dorg. Minta doa tu tak dilupa..moga Allah mudahkan perjalanan kami, anak2 tak wat tantrum dlm kete masa mama drive.

So far utk perjalanan yg memakan masa 3 jam ke bawah dgn anak bertiga ni dah pass. Dorg tdo lena slps stgh jam perjalanan.. mama pula tak la sampai ngantuk jugak..just feeling drive dengan penuh PEACE & CALM aje la.haha..

I think i really love this EO effect. Tak sesia mama cuba beli dulu yg ni. Thanks Yani helping me out choosing this EO. I likeee.

5 Jenis Selendang Terkini Pilihan Wanita




Seperti fesyen baju yang sering berubah-ubah dan berkembang, fesyen selendang juga sering mendapat perhatian para penggemar fesyen Muslimah. Jika dahulu, fesyen tudung bawal dan tudung Syria pernah menjadi kegemaran ramai wanita bertudung, diikuti pula dengan fesyen tudung glitter shawl dan banyak lagi. Untuk tahun 2015 ini,  boleh dikatakan bahawa rata-rata rekaan selendang terkini yang baru adalah lebih ringkas dan praktikal

Saya sekarang pun dah terjebak dengan trend selendang @ shawl yang pelbagai sekarang ni. Hihihi.. Dulu konon-konon rasa tak sesuai bershawl sebab takut muka nampak bulat, tapi kreatif kan pencipta trend shawl sekarang ni, yang muka bulat pun boleh nampak tirus kalau pandai gayakan style yang ada.

 
 1. Instant Shawl
Fesyen selendang yang paling trending dan paling mendapat perhatian ramai wanita bertudung adalah tudung jenis ‘instant shawl’. Dan yang paling menarik mengenai pemakaian tudung ini adalah, anda tidak perlu menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Hanya sarung dan siap!  
Instant shawl macam ni memang pilihan hati saya, lagi-lagi bila dah ada anak 3 ni. Nak cepat dan mudah pakai tanpa perlu fikir pin sana-sini tapi still nampak bergaya dan trendy!



  1. Ombre Shawl
Bukan ombre shawl sahaja yang tengah trending, malah ombre jeans, ombre shirts dan ombre shoes juga sedang menjadi kegilaan ramai khususnya golongan muda. Ombre atau dengan kata lain corak abstrak dengan gabungan beberapa tona warna. 

Yang style ombre shawl ni pun memikat hati nak gayakan, sebab ia bertona warna. So tak la rasa plain sangat kan? Boleh match dengan baju plain color mahupun bercorak juga. Wahh...menyerlah gitu!



  1. Selendang Hood
Still, selendang hood tetap menjadi pilihan ramai wanita bertudung. Ia merupakan jenis tudung yang paling selesa dan mudah dipakai. Hanya sarungkan inner di bahagian dalam, anda hanya perlu memakai selendang hood dengan begitu mudah sekali.

Haa...kalau kalian perasan jenis selendang hood ni biasa tengok artis-artis suka gayakan betul tak? macam Dato' Siti, Emma Maembong dan beberapa lagi individu lain yang pernah saya tengok pakai. Cuma saya aje belum ade koleksi shawl camni. Hmm.. maybe boleh try satu klu kena dengan outfit yang dipakai.


  1. Satin Shawl
Kini terdapat juga tudung bawal satin dalam pelbagai pilihan warna. Apa yang digemari mengenai satin shawl adalah, tudung jenis ini boleh menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan classy. 
 Saya selalu sangat perhatikan dikalangan teman-teman saya, diorang prefer pakai shawl satin or berkilau 'shining2' camni masa pergi dinner or majlis special. Feeling so elegant you! Betul kan? hehe... Saya baru ade satu satin shawl dalam koleksi saya. Nak pergi National Convention Shaklee nanti harus saya beli satu yang nampak elegan dan classy begini. Baru terasa lebih menyerlah di pentas NC.hihihi...



  1. Printed Shawl
Dan yang terakhir sekali pastinya selendang bercorak yang sesuai anda gayakan bersama pakaian formal mahupun jeans dan t-shirt! 
Memang sangat sesuai buat pakai harian kalau camni, lagi-lagi bila kita gayakan dengan pakaian santai.  Kalau pakaian formal kena match dengan plain color punya baju. Memang perfect match la!

So, nanti belek-belek la koleksi selendang korang ada. Dah cukup banyak belum? Kalau belum ada walau satu kira belum terjebak trend selendang@shawl terkini lagi la tu.. So nak pastikan korang-korang still intrend dengan style Muslimah sekarang, haa...ape kata spend masa cuci mata tengok selendang terkini kat Zalora.

Mahal tak selendang??

Ehh..kalau korang nak tau, shawl ni ade banyak versi harga tau. Tak semua shawl mahal2..yang elegan dan bergaya of course la pricey sket tapi dalam koleksi saya pun mostly start RM15 aje. Koleksi selendang terkini kat Zalora pun ada yang semurah RM15 tapi nampak cantik bergaya tau!

Murah, berbaloi dan bergaya! Semua wanita pun suka kan?