Memaparkan catatan dengan label me n myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label me n myself. Papar semua catatan

Apa Ada dalam Handbag Saya | Hari 3 ~ Cabaran 7 Hari Entry

Handbag dan wanita agak sinonim juga la kan? Berapa kerat aje wanita yang tak ada langsung aksesori handbag ni, tak kira la macamana jenis dan brand sekalipun, handbag bagaikan satu keperluan yang agak penting buat mereka..termasuk saya.Berbagai saiz ada dan pasti kalian juga tertanya-tanya apalah yang ada dalam setiap handbag seorang wanita tu kan?

Hari ni saya reveal sket la selepas operasi pembersihan beg tangan sendiri ni. Apa yang saya rasa wajib ada dalm beg tangan saya, yang tak wajib ada tapi kekadang ada tu tak kira la kan? Itu bagai sampah la jugak. Macam tagline astro.. Macam2 ada! Tapi sebab nak balik kampung baru2 ni..saya buat la operasi bersih sket. Tgglkan mana yg betul-betul perlu bawa aje.


Buat masa ni saya pakai handbag jenis sling ni. Asalnya ade handbag jenis gedabak sket sume benda masuk situ. Tapi sebab lately saya banyak nak kendong anak guna carrier, memakai beg sling adalah lebih mudah untuk saya. Istimewanya ia adalah pemberian insan yg membuat cabaran blog 7 hari ni~ Mama Dilla Jalil la. Saya dapat masa NC  lepas kat Sunway Resort dikirim melalui husband saya sebab masa tu saya tgh fasa berpantang lagi. Okay jom jenguk apa yg saya bawa dlm beg sling saya ni. Ada 3 compartment so 3 gambar tu memberi gambaran muatan setiap compartment tu la. Yg ni saya betul2 baru snap tadi semasa nak upload gambar.

Poket depan: 
1) mainan anak - Surprise kejap bila kuarkan barang poket depan tu tetiba ade kotak kad mainan anak teruna ku..haha. selalu juga actually ade mainan macam2 tapi dah ditapis keluar sebelum balik kg beraya baru ni. Yang ni kira muatan baru yg tiba2 ada. 
2) Ada juga sepeket cinch tea mix Shaklee, saje2 stancby kut rasa nak bagi tenaga sket time kuar2, beli sebotol air mineral dan bleh bancuh tea ni.
3) Sebotol kecil pemanis stevia sebagai penambah perisa manis cara sihat
4) Kad kerja ku. Apa motif ade kad kerja bagi seorang WAHM ni ek? Haha..Actually ada sekali kad pass gate poli ku kat blkg kad tu. So bilamana perlu nak ke poli hantar barang Shaklee standby aje la kad tu. Biasanya kalau angkat tangan je guard dah tolong buka gate. Klu tak kat situ la peranan kad tu.

Poket utama:
 1) 2 wristlet. Satu ku beli dari kawan yg besar tu. Dan satu lagi pemberian mama Dilla juga souvenir dari US. Tq mama..now dah ade separate duit belanja sdri dan duit bisnes. 
2) 2 batang pen juga, pemberian mama Dilla juga yg Shaklee 180 kaler oren+putih tu. Satu lagi pen beli sendiri la. Standby buat tulis ape2 yg perlu especially alamat customer di slip pengeposan barang la keje utamanya.
3) Ada juga tempat simpanan kad..mostly member card utk kumpul point bila shopping/isi minyak petrol la. Ada juga kad TnG. Medical card diri sendiri dan anak2.
4) Ada juga extra breastpad..haha. wanita lain mungkin standby menstrual pad nak pakai kut dtg bulan, saya standby breastpad kut kebocoran di atas. Alhamdulillah bila susu meriah ni benda wajib saya ade setiap hari. Untuk mengelakkan stain pada baju. 
5) Buku kecil zikir dan al-ma'thurat utk mudahkan saya baca kat mana2 pun saya pergi klu kelek beg ni.
6) Topi anak kecikku itu juga. Kut keluar dan berada ditempat agak panas terik boleh pakai utk perlindungan kepalanya dari kepanasan direct. 
7) Tali ukur tu plak? Ape motif? Hahaha..kebetulan gak tu termasuk. Buat ukur lilit pinggang sendiri kut beraya dah tambah inci..makan je kira kan?

Poket Zip blkg: 
1) senarai harga produk Shaklee dan flyers set cdgn utk rujukan saya bila perlu. 
2) Lipstik Mary Kay satu kut2 rasa nak calit bibir bila perlu.

Disebabkan saiznye terhad, saya ade beg sling kedua..haha. actually ia adalah beg baby saya yg sekaligus beg saya simpan ape2 yg perlu saya bawa bila kuar. Selain keperluan sikecik macam pampers, baju ekstra,sapu tangan dll tu saya juga sumbat sekali buku nota saya situ. Ade dua buku sebab standby klu anak2 saya nk menconteng/melukis juga bila maknye buka buku juga. Dan juga tak lupa ade extra flyers Shaklee kut2 nak pass kat sesapa yg nak tau ttg produk saya jual ni. Ini la dua 'handbag' wajib saya bila kuar buat masa ni. Semuanya sebab nak mudahkan bila pakai SSC saya tu. Saya sling aje kat badan. Klu nak sangkut dibahu kdg2 rasa leceh kecuali bila kuar dgn husband. Minta dia pegang satu. Hihi..


Memakai sling beg yg kecik membuatkan saya perlu meminimakan ape yg saya perlu bawa.  Lagi bila jadi WAHM sementara ni, ada benda saya reducekan. Kalau hari kerja saya takleh bawa beg sling kecik ni, banyak lagi nak sumbat so the best solution is the bigger bag la kan?

Antara barang tambahan yang saya bawa klu bekerja di ofis:
1) Power bank - senang nak recharge phone klu perlu. Lepas ni mungkin juga sebagai backup untuk guna dengan pam susu Dual Lacte yang boleh pakai powerbank aje.
2) Pen drive - perlu untuk pindah data kecil antara partner kat tempat keje saya.
3) External hard disk - sama fungsi dgn pen drive tapi ni utk yg storage lebih besar. Bila buat kerja Multimedia, I need both!
4) Gugusan kunci - kunci rumah, kunci ofis, kunci kete
5) Kabel charger - incase power bank lupa recharge.

 Ok tu aje sesi bedah handbag kali ni. Korang yang dah mak2 biasa bawak ape dalam bag?


Entri lain Cabaran 7 Hari Entry:

Hari 1 ~ 3 Fakta Menarik Tentang Saya
Hari 2 ~ Percutian Idaman Saya
Hari 3 ~ Apa Ada Dalam Handbag Saya
Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan
Hari 5 ~ Resepi Homemade
Hari 6 ~ Restoran Kegemaran Saya
Hari 7 ~ Saya Pengedar Shaklee & COD Shaklee Terbaik di Kuantan Pahang

3 Fakta Menarik Tentang MamaLutfi | Hari 1 ~ Cabaran 7 Hari Entry

Alhamdulillah..diberi cabaran berblog dan mengupdate entri untuk 7 hari . Tujuannya warm up balik mood blogging kami.hehe..Berbalik pada tajuk entri, ok hari ni saya nak cerita sket la 3 fakta yang mungkin tak ramai orang tau tentang mamalutfi iaitu saya la ni. Yang mungkin orang boleh agak dgn pasti nama mamalutfi muncul sebab waktu blog ni dicreate saya masih ibu yg ade anak satu namanya Ahmad Lutfi.hihi.. berblog sebab nak citer pasal anak je asalnya. Okay itu bukan antara 3 fakta yang saya nak cerita la.

Apa 3 fakta tentang saya yang mungkin masih ramai tak tau.. Maka hari ni akan saya reveal sket la.

Fakta #1:
Saya bertemu jodoh melalui internet (perkenalan pertama melalui yahoo messenger chat) tapi bercinta melalui utusan surat.
 
Yahoo Messenger asbab kami berkenalan..hihi.
Yang ni saya rasa ramai tak tau kut kecuali sebahagian ahli keluarga yang amik tau la. Dan mgkn bbrp org BFF saya zaman bljr kat UKM dl. Chatting pertama masa cuti semester (raya tahun 2004 kalau tak silap saya). Si dia bukan la orang celik IT mana pun, chat pula pakai ID sepupu dia aje...haha. Itu first and last chat kami via YM. Sempat kami bertukar no phone.
Tapi persahabatan alam maya tu tak lama pun..satu sebabnya mungkin masa tu dia dah ade makwe lain (chat pun suka2 aje), dan saya pun tak serius berkawan dgn sahabat alam maya ni. Tapi ade peristiwa la yang menghubungkan kami kembali.tak payah citer pjg la..lps tu kami berhubung dengan berbalas surat kebanyakannya. Saya dah ade hp pertama masa tu Nokia 3310 tp jarang guna utk berhubung dgn dia yang berada kat JB masa tu dan saya di UKM Bangi. Telefon tu lebih utk berhubung dgn keluarga dan sahabat2 di UKM aje masa tu. Melalui surat dari persahabatan lama2 ia bertukar menjadi luahan kasih sayang. Hahaha.. syok tau feeling menunggu warkah dari kekasih hati yang jauh dimata masa tu.
Tak lama lepas tu, kami ambil keputusan untuk hubungan lebih serius slps saya tamat belajar pada 2006, kami menjalin ikatan pertunangan pada 06/06/06.hihi cantik no tarikh tu kan? Ikatan berlangsung lebih kurang setahun. 03/06/07 kami sah bergelar suami isteri. Macam sukar nak percaya kami dipertemukan diinternet dgn si dia yg tak berapa celik IT dan surat yang menyatukan lebih luahan hati berbanding sms&call. Hahaha..save budget! Ok itu fakta #1 yang saya pasti ramai pun tak tau kan?
03/06/2007 tarikh penyatuan sebagai suami isteri
Fakta #2:
Saya anak kedua dari 10 beradik (1 mak 1 ayah)
 
Mak+ayah+10 beradik+3menantu+7 cucu masa tahun 2013. First time complete 10 beradik bergambar sejak ada antara kami dah kahwin.
Alhamdulillah saya dilahirkan dalam ahli keluarga yang ramai..banyak perkara saya belajar bila ada adik beradik ramai ni. Kami 5 perempuan 5 lelaki. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Ye no dua dari atas. Bukan no 2 dari bawah.hehe..sejak2 adik2 semua dah membesar dengan jayanya saya dah tenggelam sket. Paling rendah dalam ahli keluarga saya. Paling kecik molek dan paling tak cukup berat badan sokmo.hahaha...
Masa berpantang yang ketiga hari tu pun, misi yang datang umah ingat saya ni adik pada Nadiah (adik saya). Maybe faktor fizikal kut. Menjadi anak yang dilahirkan dalam keluarga ramai agak tidak mudah awalnya. Ye la..mesti ade sifat dengki dan nak cari gaduh masa kecik2 dl. Bila dah besar je lebih sket sifat saling menghormati dan menyayangi antara kami. Dan saya juga bertemu jodoh dengan si dia yang adik beradik ramai. 11 orang semuanya yg masih hidup sihat. 2 sudah meninggal sewaktu kecil. Kiranya kami dua2 dtg dari keluarga besar. Keluarga kecil kami sendiri? Hehe baru anak 3 je baru. Ade can tambah lagi insyaAllah.
3 cahayamata penyeri hidup kami suami isteri
Fakta #3:
I am a temporary WAHM right now
Ok bab ni..saya tak reveal kat sume orang lagi pun sebelum ni. Yang terdekat dengan saya, yang mengikuti update status saya kat FB mungkin sedar la kut.. selepas selamat bersalin 24 Mei yang lalu saya ambil cuti bersalin 3 bulan. Sebelum bulan terakhir berakhir percutian saya, selepas beberapa perkara ditimbang tara akhirnya saya mengisi borang cuti menjaga anak sehingga tempoh hujung tahun ini. Ikutkan hati memang saya nak jadi WAHM sangat2 tapi sebelum saya benar2 melepaskan jawatan tetap saya dalam kata lain keluar dari comfort zone saya, saya perlu meletakkan diri dlm tempoh percubaan terlebih dahulu. Nak tau saya ni sebenarnya bersedia tak nak lepaskan jawatan saya sekarang demi bersama keluarga sepenuhnya. Sejujurnya saya katakan memang saya sangat menghargai saat2 ini..meluangkan masa bersama anak2 dan keluarga bila2 yang saya mahu.
Setelah melalui 4bulan lebih sebagai WAHM ni, saya sedar banyak lagi saya perlu susun dalam diri saya sebelum dapat betul2 menggunakan masa 24jam saya sebaiknya. Time management saya masih pincang walau dah ade jadual..belum dapat adapt sepenuhnya lagi. So dengan situasi sekarang saya sedang meletakkan target baru-by 2017 saya sudah jadi seorang WAHM sepenuhnya. Buat masa ni, saya masih ada rasa sayang lagi pada kerjaya saya di unit yang baru tu..nak timba ilmu dan pengalaman lagi dibidang multimedia ni. Mana tau ia berguna untuk saya aplikasikan dalam kerjaya sebagai WAHM by 2017 nnt. So detik2 WAHM yang masih berbaki sehingga tarikh 1 Jan 2015 ni akan saya gunakan sebaiknya untuk biz Shaklee saya sekarang.
Ok..itu je kut yang saya rasa 3 fakta yang saya nak reveal buat masa ni..rajin2 la jenguk blog mamalutfi ni kut2 akan datang rasa nak reveal fakta2 lain lagi..hihi. so buat yang nak beli Shaklee atau perlu COD area Kuantan ni, insyaAllah saya available setiap hari untuk membuat penghantaran COD atau pengeposan produk Shaklee untuk anda.


Outcome yang tak seberapa dengan mesin yang tak seberapa

Ade hati nak tunjuk hasil kerja seorang beginner dalam jahit menjahit ni..hehe. ade cecita nak belajar jahit secara berguru tapi belum punya waktu yang sesuai dan kewangan yg cukup lagi untuk melakukannya. So alternatifnye, belajar jahit sket2 by tutorial dari intenet, dan baca buku2 aje.

Yang kasi tunjuk ni sebenarnye hasil nampak ok di mata sendiri..baru berani tunjuk..yang tak berapa ok tu takyah ckp la..hehe. byk je tu. Masuk plastik je dulu kasi peram kut2 rajin nak oter balik. Tapi disebalik nak menghasilkan outcome sebegini bukan mudah utk saya..kekangan masa la sbb saya bukan surirumah sepenuh masa.. ade kerjaya tetap dah dengan gomen. Sekadar hobi yang sukar juga nak dilaksanakan selalu..sebab takut en suami bising kata saya mengabaikan keluarga plak. So far klu nak menjahit ni just boleh peruntukkan bbrp jam aje seminggu..mengikut kelapangan saya la kan? Kena make sure en suami dah kenyang dan bleh santai2 dgn anak2 dah dalam keadaan comel dan kenyang suka hati sambil main atau dah tdo dulu, rumah dah terurus dulu, keje office yg terbawa balik pun dh dilaksanakan dulu. Nak jadikan hobi sebagai punca side-income macam payah la sket. Sedeyyy tau..en Suami kurang bagi sokongan bab tu. Dulu saya suka masak2 buat kek/cupcake/tart untuk jual2 pada ofismate. Sekarang nak peruntukkan waktu untuk perkara itu pun payah. Anak2 tak terpantau pulak aktivitinye nanti. Dulu anak sorg boleh lagi la. Sekadar masak untuk masuk ke mulut sdri dan keluarga boleh la tapi skill tu mcm dah menurun dah..sbb lama tggl. Beralih ke hobi baru yang boleh main pause2 gtu. menjahit kain tak basi kalu buat dalam masa seminggu atau sebulan..cuma mood je la ke laut jadinya.

Meh arr tgk ape yang saya dah berjaya buat..actually macam nak buat penambahbaikan lagi tu. rasa macam nak tambah ropol2/renda je kat bwh tu. Hmm tgk la dulu cmne ek. Meh layan gambo aje dulu.

 Hasil bulan Disember 2011

 Hasil bulan Januari 2012

Ade juga mencuba jahit tote bag..tengok entri2 sebelum ni je la ek. Yang macam dlm gambor anak teruna ku melaram tu..semua benda nak try jahit..saje nak tau susah ke senang nak hasilkan sesuatu produk tu disamping mendapat kepuasan hati sendri. Sekarang dah beli banyak pattern beg Keykalou..tggu dan lihat aje la ek, bila nak dapat hasilnye depan mata tu...hehe.

So far ini la dia dua teman yang ade dalam menghasilkan benda2 kat atas tu..berangan nak ade serger plak..huhu. Tak sudah2 angan..takpe mungkin bukan skrg ku ade benda tu, sbb tak serius menjahit hari2 lagi kan?? Gambar google aje..malas nak show sendri punya.hehe..(padahal bilik menjalankan aktiviti menjahit tu bersepah nak amik gambar pun malu. hehehehe)

Mesin Jahit Portable Brother Innovis 30 a.k.a NV30 
Beli pada harga RM1299


Mesin sulam paling sempoi.. Innovis 90E a.k.a NV90E
Retail price: RM2999 but i bought it masa promo 50%..so jd RM1499

 
Memang both of them suit me as beginner la plus orang yang jadikan jahit menjahit dan sulam menyulam sebagai hobi aje..kalu nak serius kena la capai yang lagi mahal tapi pasti la ia berbaloi dengan pelaburan sdri kan? Dulu hajat hati nak capai mesin2 Janome.. model Janome 2049 dan mesin sulamnye MC350 tapi pulusss takde byk. So yang MC350 tu simpan sebagai angan2 juga..mmg sangat teringin nak memilikinya sebab manala tau boleh bersulam kerawang plak pasni..hehe. NV90E takde kelebihan itu sebab hoop dia kecik aje plus dia punya max saiz sulam setakat 100mmx100mm aje. Tapi masih still boleh menyulam yang cantik2. Asal aje ade design2 yang boleh muat hoopnye. Contohnye rama2 kat dress ungu tu..sulam pakai NV90E juga. Cantik kan??


Mesin serger a.k.a mesin jahit tepi portable pun dah masuk wishlist tapi not for 2012 punya wishlist la.. sebab tahun ni focus untuk masuk rumah baru ye.. payment bulanan dgn Bank Islam dah start bulan 12 lagi dh. Rumah je tak siap lagi..dijangka by April la boleh dapt kunci. Harap2nye. So next project of course la jahit langsir baru untuk rumah baru.. meh intai2 sket materialnye..ehehe. takleh reveal habis2an lagi. Both of these bought at Sarah Hughes @Globe Jalan TAR tu.






Ok..till another entri coming soon..;)

Saya sedang belajar..

...tapi saya bukan belajar ilmu secara formal a.k.a menyambung pelajaran ke peringkat Master atau apa-apa ilmu untuk meningkatkan taraf akademik saya. Cuma sekarang saya dalam proses belajar ilmu dalam cabang kraf sahaja. hehehe.. Dulu saya belajar cara nak buat kek dan dekorasinya dengan Kak Zati empunya Akademi Bakeri Zati D'Hati. Masa belajar tu kak Zati belum buka lagi kedainya tu di Sg Isap Jaya sekarang ni. Alhamdulillah sekarang dah makin berkembang bisnesnya. Gembira saya melihat kejayaan yang dibina atas usaha gigih kak Zati bersama suami dan anak-anak tersayang.

Saya mungkin tak dapat lah nak berkembang sangat buat masa ni dalam bidang ini. Faktor kekangan masa, tenaga, suami dan anak-anak serta tuntutan kerjaya utama saya sekarang lebih tinggi. Nak berbisnes secara serius sukar sikit sekarang dalam bidang ini. Sekadar buat kek, kuih untuk makan-makan sendiri atau untuk dijamu oleh kawan-kawan seofis aje boleh la. Kat ofis pun ada yang bertanya saya tak amik tempahan dah ke sekarang? Hmm..nampaknya saya paksa tergantung dulu apron saya seketika sekarang ni. Mungkin bila anak-anak dah makin membesar dan tak menuntut perhatian yang terlalu tinggi baru saya dapat bagi perhatian balik pada dunia bakeri ni. Dulu anak seorang saya rasa mampu lagi nak buat, tapi bila anak dah dua dan masih kecil lagi ni tak termampu la saya nak serius..ye la, bila mama buat kuih, yang sulung kerenahnya begitu, yang si kecil kerenahya begini..maka tak terkejar la saya. Nanti sememeh hasil kerja saya rasa tak puas hati pula. Sekadar masak untuk dimakan terus Alhamdulillah boleh la buat lagi setakat ni. Nak berdeko-deko seperti permintaan anak sulung saya sekarang ni memang tak terbuat la.

Tapi bila berkelapangan mula la saya rasa bosan bila takde perkara menarik nak dibuat..itu la mula mencari minat baru. Saya belajar buat kraf bermula dengan felt masa tempoh berpantang Humaira, pastu berjinak-jinak beli mesin jahit hingga akhirnya saya terjebak membeli mesin sulam yang paling sempoi, paling murah..haha. Saya suka dengan jahitan ni pasal aktiviti yang boleh pause banyak kali. Kalau memasak/buat kuih tak boleh pause byk2..once u start u have to finish it secepatnya. Ade ke orang buat bancuhan kek hari then nak masak minggu depannya?takde kan?hehe..Tapi dalam menjahit boleh pause..hari ni potong kain, 2-3 hari pastu nak jahit separuh..then nak sambung bulan depan pun boleh aje. Bergantung kepada sikap Malas dan Rajin aje..ahaha. Kalau dah rajin ade kelapangan je, sehari dua boleh siap potong kain dan menjahit banyak produknya. Kalau orang macam saya ni tunggu hari minggu/cuti/anak-anak tidur awal boleh la saya menghadap minat/hobi baru saya ni dengan rancaknya. InsyaAllah kalau dah makin mahir jahit/sulam macam-macam boleh la buat side income pula nanti.;)

Sekarang saya dalam proses nak menjahit tote bag..dapat pattern free dari kak Ruzila Kasim masa dia offer nak bagi pattern free 11/11/11 yang lalu. Dapat pattern tu last week, then hujung minggu yang lalu saya dah proceed dengan potong fabrik dan buat sulaman applique.. cantum jahit badan beg belum lagi. dah masuk hari kerja terpaksa tangguh dulu jahit2 tu, fokus pada minggu exam student Poli saya sekarang ni. Termasuk cuba fokus pada tugas saya sebagai salah seorang Pegawai Peperiksaan Jabatan a.k.a PPJ. Banyak kerja perlu fokus di ofis sekarang selain menyiapkan pemarkahan student. makanya bila ada sedikit kekacauan hati sekarang ni ada la juga rasa terganggu emosi dan kerjaya saya beberapa hari ni. Semoga saya tabah dan dapat fokus pada perkara yang penting. Perlu letak sempadan antara kerjaya dan masalah peribadi and i'm still working on that..belum cukup hebat dalam mengurus perkara itu.

Okay so sebagai pembakar semangat saya nak tunjuk juga hasil separa siap saya ni..moga2 saya dapat menyiapkannya secepat mungkin.

Comel tak applique bear tu??Dua kali sulaman side by side

Another side view..

I choose the corduroy fabric+japanese cotton utk tote bag ni. lining dalam cotton biasa aje. Supposed to be bila dah siap hasilnya akan jadi rupabentuk ala-ala gini la nanti.. pattern asal dia bagi ni kena jahit zip tapi memandangkan baru je berjinak-jinak menjahit, nak cuba pakai magnetic button je la dulu kut. Dah try jahit zip tapi senget hasilnye..tak berapa pandai lagi, nak kena practise lagi dan lagi..

Comel kan??siap ade ribbon bow tu tambah lagi cutenye. Ini hasil kerja mereka yang gi belajar dengan Kak Zila ni tau! Siapa nak belajar buat beg or tudung ke boleh la tanya kak Zila sendiri. Sebab dia ada buat kelas.
Pic.credit to kak Ruzila Kasim

Saya ni belum berkesempatan nak gi kelas menjahit secara intensif la..skdr belajar dari tutorial aje dulu tapi hasilnya mungkin berbeza la kalau kita pergi berguru. Kalau ada peluang nak juga belajar dengan kak Zila ni cuma bab siapa nak jaga anak tu yang payah nak uruskan kalau kelas jahitan hujung minggu aje.

>>Tak sabar menunggu weekend menjelma lagi..plannya hujung minggu akan cuba siapkan jua. Buat sesuatu yang kita suka adakalanya mampu melupakan seketika masalah yang melanda.hehe..

Cerita awal November!

Haiihhh...malas sangat nak update blog ni ntah ape2 la. mentang2 la takde kamera sdri skrg ni..even pd phone sdri pun takat VGA je kualitinya. malas lerr. tak reti nak citer byk2 kdg tu sbb tu klu ade gambo best sket nak citer2 ni kan?

November dah pun menjengah, tak tau la brp entri je plak leh terhasil bulan ni.uhuhu..

Meh update pasal anak2 la plak bleh?wpun takde gambo mana nak dilayan. Citer si abang Lutfi, skrg dah hampir mencecah usia 3 years 4 months..banyak benda dia dah belajar since dah masuk 'sekolah' ni. Pre-fun school kat Taska dia juga tempatnye, cuma skrg bila dah cecah umur 3 tahun ni dah mula serap alam pra sekolah yang menyeronokkan sket la. teringat lagi masa awal2 tahun 2011 aritu, suka minta mama atau ayah lukiskan itu dan ini dan macam2 la kat kertas A4. bila kita ajar dia melukis dan suruh dia lukis sendiri pulak sbb nk ajar dia guna pensil/krayon/pen dan sewaktu dgnnye tu ade aje alasan dia.."Lutfi tak pandai, mama je pandai." Bila suh mewarna pun mcm tu gak dia buat sket je..pastu kuar ayat "Lutfi tak pandai!" Ngamuk2 suh kita yang lukis/warnakan utk dia.

Now since dah sekolah dah nampak perubahan, 1st picture yang dia bawa balik dari sekolahnye gambar upin ipin..dgn contengan warna yang bersepah sekali. Kagum jugak sbb dia boleh mewarna byk ruang dah. Pandai cikgu dia pujuk tu. kalau mama/ayah pujuk suh dia warnakan mmg langsung tak jaya la. Hari demi hari dah banyak gambar2 kartun yang diwarnakan..dah makin nampak improvement dalam penguasaan motor skill dia tu. contengan warna dah tak banyak bersepah macam dulu..kira dah agak2 masuk line la. Tapi pemilihan warna blum pandai sangat la. Bila mama tengok dah banyak perubahan tu mama mula belikan buku2 mewarna dan pensil warna/krayon yg baru dan lagi banyak pilihan. Beli yang buku tulis ikut dot2 tu..praktis dia menulis ikut garisan. Alhamdulillah hari demi hari ade kemajuan/perubahan. Dulu taknak langsung bila di suruh melukis/mewarna...asyk2 mama/ayah la kena buat. skrg Lutfi dah mula dgn dunia imaginasi yang lebih luas la...dia lukis something then dia cerita kat kita ape yang dilukis tu eventhough lukisan tu tak tergambar seperti benda yang disebut la. tapi ok je..mama suruh juga dia lukis ikut imaginasi dia sebagai kanak2 ni. dan kita pun layan je. sometimes bagi idea suruh dia lukis sesuatu yang baru berdasarkan gambar2 yang ade kat intenet. Moga2 dia akan jadi lagi rajin dalam menulis/melukis ni supaya kemahiran nya dapat di asah lebih lagi.

Selain tu Lutfi pun suka sangat berimaginasi dia dalam dunia masakan/berniaga..dia memasak then suruh kita rasa masakannye sedap ke tak...of course la brg2 mainan dia juga yang jadi bahan2 masakan tu. Kadang buat aksi jual beli dengan mama dan adik. Sifat pemalu masih ade tapi dah slow2 menghilang la terutama di kalangan ahli keluarga terdekat seperti tok nenek dia, pakcik makcik dia, sepupu2nye. Dengan orang luar still ade sikap pemalu tu...suka sembunyi belakang baju mama bila kena tegur dgn orang luar..hahaha!pastu buat aksi intai2 plak. Paling bagus sekarang dia dalam proses mengenali dan mengingati namanya, nama mama, nama ayah dan nama adik Humaira. Walaupun sebut ade bunyi pelat2 tapi ok la kan? Bila tanya nama mama, dia jawab "Siti Nonida"...ehehe..nama ayah? "Kokopian!uhuhu.dulu popia jadi kokopian skrg nama ayah dia lak.then mama betulkan balik  bukan "Koko-pian" Tapi.."Supian"...Suppppp....bukan koko yer! ahahaha..sambil buat aksi minum sup..hehe.nama adik??yang ni ok sket la..dia sebut Humaira..kdg2 ade bunyi Mia Maira je. nama dia of course dia tau Lutfi, cuma Ahmad kat dpn tu je tak kuar selalunye walaupun dah banyak kali ajar Ahmad Lutfi...hmmm kena ajar lebih lagi la ni. Itu perihal Lutfi..

Pasal adik Humaira pulak skrg dah mencecah usia 9bln++. Alhamdulillah sihat walafiat wpun ade kdg hari merengek dan dedar2nye..first week in her 9months, dia dah tunjuk berani cuba berdiri sendirinye tanpa bantuan/pegang2 dah..dari sekejap2 skrg dh makin lama makin tegak sket berdiri. Goyang2 juga kadang2. Tapi okla, dah boleh berdiri sendiri sambil pegang mainannye, smbl makan snek Baby Bites, dah boleh bangun dari duduknye dan terus berdiri cuma melangkah tanpa bantuan aje belum. Even Humaira kategori menyusu susu ibu walaupun tak sepenuhnya (7days in her life with formula milk-2 hari pertama kelahirannye, 5 hari waktu mama berkursus) Humaira bukan jenis baby yang bamm bamm, berat pun baru je kuar border line kuning sbb tak cukup berat. She just weight 6.5kg at her 9 months old...;) Apepun mama tak risau sangat sbb dia masih menunjukkan keaktifannya. Aktiviti buang air kecik/besar pun masih normal. Cuma dia naik slow sgt..tapi ok la sbb bukan berat menurun. Maybe faktor makan minumnye pun tak la sehebat anak orang lain..yg berbotol2 susu dan banyak oz sehari. Humaira setakat ni just minum total around 12-14oz je sepanjang waktu keje mama. Tu kira banyak la tu sbb masa 6 bulan pertama Humaira just minum paling banyak total 9oz aje sepanjang waktu keje mama. Sejak dah mula makan baru la nmpk pertambahan sket keperluan susunya yang makin up sket. Plus ikut genetik mamanye ni kut. Dari dulu smpai skrg berat bdn normal kalau tak preggy tak pernah pun mencecah BMI normal..asyk underweight aje.

Apepun sangat mengujakan melihat perkembangan Damia Humaira, 4 months mula meniarap, 8 months mula merangkak dan 9 months+ mula tunjuk kemahiran berdiri sendiri. Few days after boleh berdiri sendiri tanpa bantuan, gigi pertama nye kuar. Bbrp hari selepasnya pula, gigi kedua pula muncul. Masa short vacation trip ke Johor minggu lepas, tumbuh plak gigi ke 3. And the day before Diwali..gigi ke 4! horeeyy!!! 4 batang gigi sudah ade untuk menggigit mama dengan jayanya..2 atas 2 bawah. Baru 2 mggu dah 4 batang...harap2 next gigi tumbuh lambat la sket. Tak tahan mama klu kena gigit je. So far ok lagi..dia belum buat aksi mengasah gigi lagi.Mungkin kah kerana lately mama rajin makan Ostematrix Shaklee kembali, makanye bekalan kalsium dah lbih bnyk untuknye. Makan OsteMatrix kembali yang diorder sewaktu trimester ketiga preggy si Humaira gara2 selalu cramp/lenguh/kebas kaki masa tu. tapi lepas bersalin makan dlm pantang je tu pun skip2. So balance yg tggl tu start consume semula lepas lenguh/sakit sendi kat kaki bermula kembali setiap malam dalam bulan lepas. Alhamdulillah ade perubahan dah sket skrg..terpaksa bajet nak mkn sbb duit kurang..Belanja terlebih lebih pula sejak akhir2 ni makanya tggu next bonus la baru boleh shopping lagi Shaklee ni kut..huhu. Kalau takde aral nak join jadi ahli je la. Moga2 ade rezeki untuk itu kan? Dilla Jalil..ape2 hal nnt sy kontek awak balik ye. rindu nak sambung minum ESP+PD la. plus nak try Mealshake utk Lutfi dan mama juga ni.

Maka sekian la dulu update terkini yang tak seberapa...owhh..one more. W.I.P sy dah siap dah tapi paham2 je la ye takde gambo nak upload buat masa terdekat ni. nnt sy tunjuk hasil jahitan senget benget saya yang tak seberapa tu ye. belum officially used in public lagi..segan! sebab sy punya murah je...ahahaha!

Mama yang merapu di hening pagi@malam yang membuta!

Hati nan resah gelisah

Lagi 2 hari aje tinggal..sebelum saya kena bertolak ke Nilai, Negeri 9.

Demi tuntutan kerjaya, akhirnya saya terpaksa akur (lagi) meninggalkan anak2 dan suami seketika dek kerana perlu menghadiri kursus wajib (PPK) di Nilai. Asalnye tarikh diberi 26/9-30/9. Tup2 dapat surat seminggu sebelum cuti raya aritu kursus telah diawalkan ke 11/9-15/9. Pejam celik pejam celik masa pun berlalu dengan pantasnye..mood raya pun tak abis lagi dh kena g kursus lagi dah..aiihhh. gundah gulana hati ini.

Masa kena kursus CPCM yang lalu dah selamat dh tak perlu berjauhan lama2 dengan anak-anak dan suami sebab kursusnya hanya di Suria Cherating Beach Resort aje. takde la dekat mana dengan umah saya, tapi still boleh tolerate lg la jaraknye dengan tempat keje en suami di Gebeng tu. Tambah pulak en suami sanggup berulang utk beberapa hari tu dari hotel penginapan kami..hantar anak2 ke Taska diorang pagi2 hari dan patah balik ke tempat keje pastu. Habis keje en suami pegi amik anak2 then bawa ke hotel pula. Kiranya malam hari masih tdo bersama satu keluarga.(i take another room okey, bayar sendiri laa jawabnye..) Paling penting saya tak perlu risau tentang stok susu EBM utk anak kecil saya Damia Humaira tu.

Tapi kali ni saya tak dapat la nak bawa mereka duk hotel lagi macam sebelum ni..sebab takde orang terdekat dah yang available nak dibawa menjaga diorang sepanjang saya berkursus nanti. Maka saya terpaksa la pasrah kerana terpaksa jua saya berpisah seketika walaupun setakat 5 hari aje ni. Yang buat hati saya tambah gundah gulana.. kerana saya terpaksa jua..saya ulangi balik..TERPAKSA okey..top-up susu formula untuk anakanda Damia itu. dek kerana bulan puasa yang lalu berlaku kes stok EBM saya yang habis cair dek kerana kecuaian saya yang tak pastikan tutup freezer rapat2. Lemah longlai saya balik keje tengok abis sume nye cair sepenuhnye. Klu berlaku blackout time keje rasanye sempat lagi selamat klu pintu bertutup rapat. At least 4-6hour tak dibuka pintu freezer tu still beku lagi EBM tu. tapi kalau dah pintu freezer tak rapat wlau seinci padahnye cair le susu2 tu.

Banyak tak banyak tu adela dalam 20 paket x 6oz, dan dalam 15 paket x 4oz. Dugaan sungguh utk saya. Masa tu tak dapat lagi surat panggilan kursus PPK ni, so bajet2 klu kursus hujung bulan 9 sempat la kut nak cover stok susu balik. Sekali bbrp hari je lepas tu dpt surat katanya kursus diawalkan la pulak. Adeihh!! tepuk dahi la saya masa tu. Setakat ni stok susu yang berjaya kumpul balik setakat cukup2 untuk 3 hari aje.maklumla yang pam hari2 tu utk guna esoknye juga. Kalau hari meriah, dapat la sebahagian jadi stok EBM. Klu tak mmg utk bawa ke taska esoknye aje. Dulu Damia tak kerap dan tak byk sgt minum susu..sekarang je, bila dh kenal solid food ni demand dia terhadap susu pun dh bertambah sket. Itu pun nasib baik sempat juga sebahgian buat stok. Cuma yang tambah seksa nak jadi stok tu pasal cuti raya lama sangat.ehehe..Malas+kekangan masa+kekangan ruang adela sket yang membataskan saya utk pam hari2. Kat umah mentua langsung tak mengepam..just bagi direct aje, kat umah sendiri sempatla jugak mengepam bbrp kali cuma takleh nak buat stok sgt pun pasal peti ais satu pintu aje, kena pulak time raya orang kat umah mesti nak penuhkan dengan stok bahan basah utk memasak hari raya kan?

Tapi saya belum decide lagi sebenarnye nak beli susu ape utk dia ni..maklumla dah hampir 8bulan saya langsung tak amik tau pasal susu formula utk Damia, yang saya beli susu formula hanya untuk si abang Lutfi aje. Sedih juga target jangka pendek bagi saya nak menyusukan tanpa campur dengan susu formula at least smpai umur setahun tak tercapai la( saya buat target setiap 6bulan aje..dah lepas 6 bulan pertama saya continue target utk 6 bulan kedua pulak, sbb taknak letak stress pada diri sdri la asalnye). Apepun saya redha aje la..lagipun kata orang there's no harm to give formula milk to baby, but mother's milk is still the best la..Disebabkan selama hampir 8 bulan ni saya mampu menyusukan dari susu badan sendiri untuk Damia..then i choose to go on je la..macam masa Lutfi dulu pun saya continue breastfeed until he is 1y++ disamping top-up FM juga waktu keje sbb saya masa tu tak tau dan reti istilah2 dan cara simpan susu ni.

Apepun saya akan still continue BF Damia after kursus tu insya Allah.sepanjang kursus pun sy akan continue pam susu..moga2 production saya tak merudum sgt la sepanjang kursus dan slps balik kursus nanti. Kawan terdekat saya yang sama2 BF pun ade cakap, okla tu Damia dah start solid food, kiranya 6bulan pertama target utk fully BF tanpa campur dengan air masak dan susu formula sudah tercapai. Bila dh bagi solid food nestum Cerelac tu pun dah kira mcm campur dengan susu formula juga dah. Tapi sebelum ni saya just bagi yang tin kaler hijo tu je, yang beras aje, nak bancuh kena tambah susu la, so i put my EBM dalam tu. tak letak susu formula lagi la sebelum ni. takpun saya masak bubur nasi sendiri. Saya ni bukanla terlalu pro BF dan anti FM pun.bcoz sy mengamalkan kedua2nya skrg. Anak sulung dgn susu formula, anak kedua dgn Susu Ibu, tapi selagi berpeluang menyusukan sendiri anak2 saya, saya akan teruskan tanpa susu formula. Sebab sampai masanye nnt sy mungkin akan bertukar kepada FM juga. Tak kisahla bagi susu ape pun asalkan anak membesar dengan sihat, cerdas minda dan cergas fizikalnye. Ukuran sihat bukan sekadar betapa bam-bam nye seorg baby tu kan? Maybe esok saya terpaksa start survey susu ape nak bekalkan nnt. Harap2 penerimaan Damia okla kan..takde cirit birit atau reject susu formula nih. Sbb dgn Lutfi kes cirit birit penah jadi dah masa dia kecik2 dulu pasal susu tak serasi. Last2 sekarang stay dengan Dugro(Dumex) perisa Honey aje. Kekadang ade gak terbeli Nespray, Dutch Lady, Fernleaf, Sustagen, tapi lebih banyak dengan Dugro je la.

Saya pasti akan merindui moments bonding antara saya dan Damia saat meyusukannye. It's a wonderful feeling...;).. saya pasti akan rindu memeluk dn mencium bau masyammm anak2 sewaktu bgn tdo pagi2. Saat malam2 hari waktu mau tdokan diorg.. Tdo malam saya harap tak mengigau mencari anak2 yang biasa berada dikiri dan kanan saya. Dengan en suami saya pun akan rindui juga tapi mungkin tak sebanyak rindu saya pada anak2 kut...ehehe..patut ke?? Yang pasti anak2 bukan dalam jagaan en suami..dia surrender takmo jaga sorg2. suh hantar anak balik kampung je..dia ckp klu sorg si Lutfi aje boleh la kut. Tapi yang adik Damia tu la dia mmg tak biasa nak uruskan..plus dia malas belajar nak uruskan. Jeles pulak tengok dn dengar citer kawan2 yang suami diorang sggp jagakan anak2 yg kecik ni...haihhh..suami ku oh suamiku. Lambat laun kamu kena belajar juga.

Panjang lebar saya citer kan??takde gamba sekeping pun kn?emm..takpe la saya tampal gambar sekeping dua aje boleh??baru sy perasan gambar Lutfi dn ayahnye takde sgt pun Aidilfitri kali ni. Maklum la saya tak punya kamera sendiri. Mana yang di snap adik2 saya, itu je la yg adenye.

 
..Che De, Damia dan Mama..

Dalam gambar, ini la adik saya yang yang dah selamat operate aritu, dapat kuar spital 2 hari sebelum raya. Masa raya kali ni dia tak gi jalan mana2 pun, setakat duk umah aje, sbb katanye perjalanan dgn menaiki kenderaan tambah menyakitkan lagi lehernye yg kena operate aritu even dh pakai neck support pun. So dia rest aje la kat umah. still MC until 19hb ni g jumpa doc pakar blk utk follow up. maybe akan smbg MC lagi pasni. Disebalik selendangnye tu ade neck support kut..eh ye ke??emm..sy pun tak pasti dia pakai ke tak masa ni. Saya punya baju raya baru tak sempat pakai lama dh kena tukar baju raya taun lepas dah...Lutfi kencing daa..takde la istilah sedondon raya taun ni dengan Damia. Ahaha...takpe raya haji ade lagi.

Yang dalam gambar ni pulak kakak saya satu-satunye..a.k.a che Long si Damia and Lutfi. Akak saya yang ni la yang jahitkan dress comey aritu untuk si Damia. Yang berbaju merah tu pulak Wan Amir Hasan, anak ke empat(bongsu skrg) akak saya yang satu-satunya lelaki buat masa ni..lagi 3 anaknye perempuan..ehehe. Usia dalam 1year 2months++ . Maybe lepas2 ni bleh tambah lagi cucu2 hero keluarga en Ismail kan?? Kelakor sya tgk gambo ni...nmpk benar tone kulit saya dengan Damia berbeza kan?ehehe.. takpe saya sedar diri saya mmg antara yang tone gelap sket dlm family saya ni.

Tu aje la citer saya dalam entri melalut panjang kali ni...saje lepas gian tak update blog lama sgt dh. Banyak citer dh basi malas saya nak update sini. Sekadar cuba mengubati gundah gulana diri ini yang bakal berjauhan untuk 5 hari 4malam..atau maybe cukup seminggu la kut sbb anak htr balik kampung. Hari2 la mama akan call kamu berdua ye sayang.

1st day i'm back to work

Alhamdulillah,waktu keje dh nk smpai ke penghujung dh arini..update sket sblum blk keje.  First day kembali bekerja, time student study week pulak tu,maka takdela rasa suasana bz sgt. Lunch hour pei jenguk Humaira kat nursery.Rilek jer tgh tdo,tny penjaga nye kata last minum susu dlm 11am++.Maka sedang elok ler aku g nursery dlm 1.15pm td.kejutkan dia dari tdo..kacau2 sket,dia terjaga tp dlm keadaan mata pejam..mulut duk mencari2 susu..ape lagi bagi je la kn.Puas hati tgk anak lena tdo lps menyusu. Kata penjaga nursery td,lps minum susu kul 11am ++ td Humaira muntah balik..hmm, selalu gtu bila kena paksa minum dgn botol susu. nasib la nursery dlm kawasan tempat keje ni lagi, takla susah sgt nk dtg jenguk time tengahari. Humaira mmg tak minum byk sgt klu dgn botol setakat ni...adela dlm 2-2.5oz je sekali minum. Tp bila dh minum kuantiti sket tu kekadang cepat la dia lapar balik. Buat permulaan ni hantar 2.5oz X 5 botol aje dulu. Nak tengok cmne keadaanye.Klu tak cukup akan dtg bleh tmbh. Lgpun tengahari dh g jenguk dn sususkan dia...kira2 cukupla tu from 8am-5.30pm.

Suasana kat ofis mcm biasa la ku tengok..masing2 sibuk settlekan keje masing2 bila dh penghujung semester ni. Aku mula2 blurr kejap, ape nak buat arini ekk??ahaha..klu time student tgh belajar leh bt preparation nak mengajar..nak 5S kan meja ku ni pun tak tahu nak mula tang mana..penuh bawah meja ni dgn barang2 aku. Last2 kawan suggest suh apply kursus2 semasa untuk bulan2 akan dtg..maklum lah tahun ni kena cukupkan jumlah hari berkursus sekurang2nye 10 hari..bukan lagi 7hari setahun dh. Plak tu target nak cukupkan 10 hari bekerja setiap staf sekurang2nye end of October 2011,bukan December...uhhu..makanye aku apply 7 jenis kursus dalaman poli(KUDAP) yg mcm2 lah.Hopefully sangkutlah mana2 kursus tu dn cukup 10 hari sekurang2nya dlm bulan Oktober nnt. Bab itu dh selesai..maka esoknye kena selesaikan benda lain plak. BTW..bukan tu aje yg aku buat utk arini ek..mcm2 lg..tp klu berkaitan kerja yg tu paling rasional la..ehehe..

Okla dah 5.30pm..masa utk pulang..tak sabar nak peluk cium anak2 mama...

Tik..tok..tik..tok..masa pun berlalu..

Sedar tak sedar cuti panjang 3 bulan dah nak berakhir dah..ohohho..

Isnin ni aku mula keje balik  dah. Ape cerita ler keadaan di ofis skrg??hmm, aritu singgah kejap pun dh rasa lain jer..ahaha.Ni mesti gara2 5S yg baru bermula semester ni..meja ku yg selalu penuh tetiba aje..lapang giler.. tapi bila jenguk bawah meja..ahahaha,bersusun bawah tu brg2 aku. nampak gaya perkara pertama bila dh naik keje kena 5S kan meja sendiri dulu ler.

Apa feeling aku skrg nih??hmm,macam2 ade. Rasa mcm orang baru nak start keje pun ade. Tapi Alhamdulillah naik keje di saat student dh bersiap sedia nak exam lagi seminggunyer. klu naik time student tgh separuh jalan belajar, kalut gak rasa. Skrgpun dah cuba siapkan diri semula secara fizikal dn mental nak menghadapi situasi bekerja disamping nak kena adapt dgn situasi anak dh 2 ni. Byk la perkara nak kena adjust balik lepas ni..timing tdo dn rehat itu yg pastinye berlaku perubahan mendadak. Maklum la dah ade baby ni tdo dn rehat tak menentu sgt. Teringat masa awal2 naik keje lepas cuti bersalin Lutfi dulu. Penat wehh, asyik ngantuk aje kat ofis. Malamnye rehat tak cukup, mmg la effect sampai ofis hour. Kali ni??hmm.. tggu dan lihat aje la. Harap2 i'm quite fit  to face the challenges. Cabaran baru jugak la sbb skrg tambah lagi satu part kena manage stok EBM utk bekalan bby kat Taska nnt.

Bila dah naik keje nnt, antara perkara lain yg perlu nak kena amik perhatian..sila amik peluang untuk mencukupkan kuota hari berkursus untuk tahun ni>>10 hari tuh! skrg dah masuk April..huhu..tak lama pun masa tu nak capai bulan Disember.  Lain2 yg utama dalam kerjaya aku ni of course la sasaran kerja, pencapaian utk tahun ni.. apakah mampu untuk buat yg lebih baik berbanding sebelum ni?hmm..cuti dh lama, now its time to warm-up the engine back!!

Selain dari kerjaya aku juga ade target baru utk family life aku ni..anak dah bertambah, makanya daily expenses juga bertambah.Disebabkan itu la juga, teringin nak buat extra income, insya Allah moga ia dipermudahkan. Sepanjang bercuti panjang ni dah cuba intai ape2 peluang utk extra income ni, tapi semuanya masih dalam perancangan..harap2 jadi dan tak separuh jalan je perancangan tuh. Impian nak beli rumah sendiri pun ade juga..insya Allah..aku akan lebih berusaha la ke arah itu. Pendek kata, kena rancang step by step then buat pun step by step.harapan aku, moga2 tak jadi seperti pepatah ini.."yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.."

Going back to Kuantan..

tomorrow..yup, tomorrow i'm going back to Kuantan..owh, not just me but 4 of us la kan..hehe..balik ber-4 ke Kuantan esok.. Hubby,me, Lutfi n Humaira..Insya Allah, moga dipermudahkan perjalanan kami esok hari.

Makanya habis lah episod cuti yang amat panjang di kampung halaman sendiri. Tak pernah aku balik kampung bercuti begini lama, emm..maksud aku after dah memulakan kehidupan di Kuantan ni la..Time confinement Lutfi dulu pun setakat 30hari je kut. maklum la dulu cuti bersalin tanpa gaji amik 50 days aje. sebab tu tak balik kg lama. Kali ni Alhamdulillah, sampai dah habis sesi berpantang secara rasminya la kan..hari ni dah masuk hari ke 46 la kut..emm, ye ke??hehe..tak penah kira betul2 pun..sebab tak berpantang betul2 cukup hari macam orang tua2 dulu suruh la kan..44 hari sekurang2 nye. Tapi certain2 benda ade lagi la pantang sket2..

Dah balik ke Kuantan nnt maksudnya adalah lagi dalam 40++ days sebelum masuk keje.Itulah masa untuk aku start buat stok EBM dengan jayanya..Insya Allah, moga2 niat mulia ini juga akan dipermudahkan Allah. Bukan tak nak buat stok start dari kg lagi, tapi keadaan kurang mengizinkan. So sesekali ajela aku pump dn buat stok kat peti ais mak. Lagipun kat kg ni mak pakai peti ais 1pintu aje. Paling lama EBM cuma bleh tahan 2weeks aje. Tambah lagi nak isi ayam ikan dalam peti tuh, mmg tak mampu nak buat stok sgt la. Awal2 ni sekadar direct feeding aje la, cuma masa aku berurut aritu aje adik aku tlg bg EBM kat Humaira pakai botol susu. Then adela beberapa kali lg time aku tgh sibuk 'mengurus diri sendiri' atau dlm kata lain ke tandas laa..adik aku tlg panaskan EBM bila Humaira mcm kelaparan sgt nk menunggu aku siap urusan aku. 

Selain dari nak buat stok EBM, agenda lain yg dah tersusun dalam kepala ni antaranya:
*potong rambut..get new hair cut laa kn.sebelum saat getir tiba nnt bbrp bulan akan datang. 
*latih Damia Humaira gunakan botol susu semula..supaya nnt dh nak naik keje senang sket kakak2 taska tu nak uruskan bagi EBM kat dia.
*rasa mcm nak panaskan balik aje oven aku yg dh lama terperap kat dapur..agak2 klu sempatla kan.
*berjinak2 dgn hobi baru...ehehe..

hmm..tu aje la kut yg terfikir buat masa ni.

Itu yang dirancang la kan..tapi harap2 aku juga diberi kekuatan dan kecekapan untuk mengurus diri, suami, dan anak-anak...ohohohoho..dulu anak aje, skrg dh anak-anak. :)
Dulu pakai signature MamaLutfi..sekarang kena tukar baru laa..ape yg sesuai ekk??Klu nak letak dua2 nama macam pjg sgt ajer..ahaks!

Okeyler, mengundur diri dulu, nak habiskan mengemas barang dn pakaian mama dn anak2nye. 
Kuantan, here we come!!
(hmm..mesti Tok&To'ki rindu cucunye nnt)..



**note:Entri tidak mampu ade gambo2 buat masa ni, takdok kamera dh nak snap pic2 terbaru.Hp pun pakai hp murah aje..just for texting n calling2 use..bila la mampu pakai hp canggih manggih nih?









Cuti 90 hari @ Cuti 60 hari?

Salam 21/10/2010..hehe..malas nak update btul la..tarikh cantik 20102010 semalam pun malas nak wat entri. Tengok berita tak semalam? jam 8.10pm semalam @ pukul 20:10 bertarikh 20102010 majlis perasmian/pengisytiharan  Melaka sebagai  Melaka Maju 2010 oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak live menerusi sidang video dari PWTC aje. Apepun tahniah buat warga Melaka la atas perasmian dan pengisytiharan itu..moga makin maju la Melaka dengan hasrat 10 tahun akan datang @ wawasan 2020 untuk jadi bandar teknologi hijau pula. Actually entri arini bukan nak komen pasal perkara tu pun. Al maklum bukan warga Melaka hehe..nak berbangga lebih2 pun takde la.

Tengok tajuk pun confirm dah leh agak kan??ahahaha..maklum la skrg memegang title mak buyung yang bakal melahirkan insya Allah pada Januari 2011 la. Dah pembentangan Bajet 2011 baru ni pun PM dah isytiharkan pemilihan cuti bersalin yang fleksibel untuk pekerja wanita di bidang gov nih kan..so kena la buat pilihan timbangtara sekrg nak cuti 90hari atau 60 hari?Rasanya sume pun dah maklumkan cuti maksimum keseluruhan yang dibayar gaji penuh cuma 300 hari aje..dulu dn skrg sama aje. Maksudnya kerajaan takde rugi apepun dari segi bajet itu. Buat yang nak anak ramai..kena la berkira2 juga kan?Hubby pun ade tny nak cuti 90hari tak nnt bersalin?fikir punya fikir aku rasa amik cuti 90 hari la kut..dh kerajaan bagi takkan tak nak pulak, masa orang taknak bagi di minta2 kan?ahaha..mak aku keje gomen dgn dapat 10 org anak lagi. Okjer aku rasa..tak la sampai takde gaji terus tiap 2 bulan utk anak ke-6 dan seterusnya..gaji bulanan dpt lagi..cuma akan ade la bulan tertentu yg xdpt gaji penuh, kena potongan gaji utk tahun semasa la kan..mengikut kadar yang telah dikira.

So counting the days refer dgn takwim politeknik 2011 lagi..syok juga klu cuti 90 hari. Sampai budak abis exam la aku cuti. Itupun klu bersalin on due.EDD on 19th Jan 2011.Tp klu kena bersalin lagi awal??? huhu..duhai anakanda baby sila jgn kuar terlalu awal yer..bagi chance kat mama utk merasa cuti 90 hari tu yer..hehe..Tapi kena confirm awal2 dgn org jadual waktu la..at least diorg leh set backup person utk aku la kan..dan supaya yg jadi back-up pun tak la terbeban juga. So jika dikira nak amik cuti 90 hari utk akan dtg ni, plus dgn cuti bersalin masa Lutfi dulu 50hari..so dua anak dh menggunakan cuti sebanyak 140 hari la..ade lagi balance 160 hari berbayar gaji penuh..hehe. Bolehla plan utk yg akan2 datang pula. Lagipun aku dengan Hubby plan paling kurang nak cahayamata dalam 5 org la kut..Tapi semuanya ketentuan dari Allah juga. klu dpt lebih Alhamdulillah..maklum kami ni dari baka org2 subur..ahaha..Hubby ade 11 beradik (actually 13org..dua dh meninggal masa kecik) , aku ade 10 beradik..so kami dtg dari gen keluarga subur..haha..klu takde perancangan family lgsg, silap2 haribulan anak kami pun bleh seramai itu..apepun syok ade adik beradik ramai nih. Tapi klu ditakdirkan dapat sket pun syukur juga..cuma klu boleh biarla ade sepasang paling kurang pun. Bukan senang nak membesarkan anak dizaman makin penuh pancaroba duniawi nih kan? Tugas menjadi ibubapa tu la yang paling berat -- menjaga amanah Tuhan sebaiknya. Sebab anak2 lahir ibarat kain putih, yg mencorakkan mereka adalah persekitaran mereka membesar. pandai mak bapak pilih persekitaran, cantikla corak yg terhasil.. Moga2 satu aje la klu dh cuti lama sgt ni..mood keje tak down bila dh habis cuti. Moga 90 hari bersama dekat dengan baby memudahkan urusan dan niat aku untuk fully breastfeed selama mungkin yg boleh.


:::Tapi ade juga manusia yang tidak bersetuju bila wanita ni diberi cuti bersalin pilihan sehingga 90hari..dengan alasan mereka terbeban kena menanggung keje org bersalin nih..waduhh..klu la manusia itu menghargai jerih payah wanita mengandung dan sakit melahirkan, tentu tiada rungutan seperti itu kan??:::

    

MOGTT lagi??

Selasa lalu pegi check-up pregnancy lagi..

Alkisahnye..kali ni poliklinik Beserah tu dipenuhi warga2 pelatih..nurse pelatih, doc pelatih, lab asst pelatih.. aku takde hal la sgt pasal tu, sbb still lagi ade org2 otai diorg yg memantau dan bersama2 bekerja di situ.
Macam biasala kan sampai aje dftr kaunter, pegi urin test, pastu amik ukuran timbangan berat dan bp. Alhamdulillah macam biasa urin test aku mmg -ve aje selalu..takde yg aku risaukan di situ. Memandangkan 2mggu lepas baru aje test HB so kali ni takyah buat HB test..lagipun Hb aku still >11 lagi.

Time amik bacaan bp..pun normal la..110/70..mmg aku tak penah ade mslh la dgn bp ni. paling2 rendah pun 90/60, average aku biasa 110/70 aje la. Tapi time timbang berat la aku paling tak suka, dahla berat mula2 masa buka buku merah tu 42.5kg (aku mmg versi underweight punya org), then dh masuk 25 weeks ni pun timbang uihhh...terkejut aku..misi pelatih tu baca 41.5kg!!oiittt..tak naik ke berat aku ni?abis tu perut je la makin besar, lelemak bdn aku ni dh makin berkurang la ek..dalam hati aku mmg rasa tak best la kan. confirm lg 2mggu kena datang nih. so seperti yg dijangka, bila masuk bilik jumpa nurse..ade sorg nurse pelatih sbgai pencatat aje la, lagi sorg nurse terlatih la yg buat checkup tuh. nasib la nurse ni ramah ajer,,tak bebel pjg pun pasal berat aku yg merah lagi kali ni..lagipun katanya 2mggu lepas dtg berat lebih, kali ni berat terkurang..kira dia coverla tuh...tapi nak tak nak mmg kena dtg lagi another 2weeks la..dh procedure gtu katanya kat klinik2 kerajaan ni.

dh habis checkup biasa la..serah buku klinik tu balik yg simpanan diorg punya. misi yg jaga kat situ alert btul laa...dia cek buku aku, then katanya ,
 "ooo, awk dulu ade GDM ek 1st pregnancy, lagi 2weeks kena dtg lagi ek pasal berat tak memuaskan yer? dah berapa mggu skrg?

aku: "a,ah, berat turun 1kg ..(jawab dgn berat hati ajer) ni dh masuk 25mmgu la.."

nurse: "dtg lagi 2mmgu pose terus malam sebelum yer, buat MOGTT lagi. biasa kena MOGTT lagi masa 28mggu, tapi alang2 dh kena dtg masuk 27mggu, buat sekali terus la dgn checkup."

aku: " MOGTT lagi??" (dalam hati: ni la perkara paling aku tak suka tau!!)

nurse: "iyer..paling kurang 3x awk kena buat MOGTT ni spjg pregnant..klu yg mggu 28 ni takde mslh, lagi sekali MOGTT masa mggu 34 nnt. Klu yg kali kedua ni kadar gula tinggi, tak yah minum la kali ketiga tu..cuma kena dtg uji darah aje la tiap 2mggu..yg 4x sehari tu. Dulu pun penah buat kan??"

aku: "a'ah..yer..(dgn nada kecewa sbb takleh nak ngelak dah..)

Disebabkan tidak puas hati dengan timbangan berat kat klinik, balik rumah aku timbang lagi dengan penimbang elektronik baru aku..43.3kg!!apekah???jauh benar nilainye kan?lantakla..yg aku tau berat aku mmg dh naik sebenarnya. penimbang kat klinik tu yg tak betul agaknya.

Maka dengan ini aku kenalah banyak2 berdoa dan juga mengontrol diet 'kadar gula' dlm bdn aku nih.. dgn harapan, aku takmoh GDM lagi. aku tak bimbang risiko baby besar pun, sbb masa Lutfi dulu pun lahir 2.67kg aje..takde besarnye baby aku ni. Yang aku tak suka cuma 1 aje, klu nak bersalin kat hospital Terengganu tu bila ade kes2 begini, 38weeks adalah masa kemuncak yg dibenarkan. cannot over the limit. Klu kat Kuantan ni doc dia cuma tak bagi overdue tarikh EDD aje. Incase mmg takde tanda2 nak bersalin seawal 38weeks tu maka haruslah aku diinduce, bersalin paksa you!!..oooww!!!cukup sakit induce itu. Aku tak pasti la org lain sakit cmne klu kena induce. tapi aku dulu, bila dah mula rasa sakit contraction, ia mmg akan berterusan aje dgn kadaran yg constant dn semakin lama makin kerap contractionnya sampai la bersalin. Alhamdulillah masa Lutfi dulu tak lama sgt sakit contraction tuh dalam 6-7jam aje (utk org bersalin kali pertama, 6-7jam sakit mmg agak cptla kan??),  lagipun sebelum tu mmg takde tanda2 lgsg aku ni nak bersalin masa aku 'menyerah diri' ke hospital tu. dh kena induce tula baru aku rasa cmne sakit contraction, cmne rasa ketuban pecah, pastu kuar darah.. huhu...tapi semangat aku kira cukup kuat la kut masa tu, dgn husband takde disisi (baru on da way dari Kuantan), family aku pun takde saat aku melahirkan Lutfi, diorg sampai kat hospital lepas aku dh sejam selamat bersalin. Betapa aku langsung tak sempat nak btau diorg yg aku dh kena tolak masuk labour room pun..

Tapi yelah kata org, pengalaman pregnant dn bersalin tiap org berbeza2 even terkena kes2 yg hampir sama..ade yg susah saat mengandung, tp mudah saat bersalin, ade yg susah saat bersalin, tapi mudah jaga baby saat berpantang, ade yg langsung takde masalah saat pregnant, bersalin pun mudah, tapi baby selalu meragam waktu dalam pantang.., even ibu2 yg bersalin 10 org anak pun, ade 10 ragam berbeza yg dilalui. Makanya, wanita2 yg diberi keistimewaan utk merasai saat pregnant dn bersalin haruslah bersyukur seadanya dengan peluang itu, walau bagaimanapun ujian yg perlu dilalui. Disitu la kekuatan yg Allah berikan pada wanita yg belum tentu mampu diharungi oleh lelaki.

Ape hal ek tetiba aku buka citer pasal bersalin dan mengandung segala arini ek??emm...sebabnya arini 7 Oktober 2010 adelah ulangtahun kelahiran Mak aku yg tersayang. cmnela jerih, susah payah yg dilalui saat pregnantkan aku dan bersalinkan aku dulu.. Khas buat mak, SELAMAT HARI LAHIR ke 52. Semoga yang terbaik mengiringi hidup mak dunia dan akhirat. Moga rahmat Allah sentiasa bersama Mak. Tiada perkara dan tiada kata yang mampu membalas segala pengorbanan dirimu terhadap kami anak2 mu.


   

Aku memang tak pandai bahagikan masa!

Salam..lama dah tak mengupdate blog nih..mau jadi bersawang sudah..

sungguh saya sibuk sekali dihujung Mei ini..blog lagi satu pun tak berupdate dengan tempahan2 yg sy terima kebelakangan waktu ni. Sehari ade 24jam..waktu keje yg sebetul2nye cuma 8jam sehari..(itupun cuma 5hari seminggu aje).lain2 waktu utk diri sendiri dan keluarga..tapi 16jam yg ade itu sy tak reti peruntukkan sebaiknye..yaa..i'm not a good person in time management for my own life..maybe lebih sesuai kalu saya katakan i'm bad in that terms or even worse than i've ever think.. 24hours/day Allah dah bagi dalam hidup saya..tapi sering saya merasakan tidak cukup untuk saya merancang dan melaksanakan hidup saya hari demi hari..Sungguh saya malu dengan diri sendiri kekadang..mencipta alasan pada diri sendiri apabila keadaan dah jadi kalut. Alasan dicipta bagai menipu diri sendiri "saya tak bersalah jika tak mampu buat ape yang sudah saya rancangkan utk esok hari. Dah memang itu takdir perjalanan hidup kan?"

Tapi jika dikaji balik segala tindakan2 saya selama ini..memang kekadang saya sendiri yang sengaja menyebabkan ape yang dirancang tidak menjadi seperti mana yang saya dah rancangkan. Percaya pada qada' qadar itu wajib pada setiap Muslim.Saya tidak menyangkal perkara itu..tapi itu bukan lah perkara yang patut saya jadikan alasan andai kata saya tidak mampu melaksanakan perancangan saya lebih2 lagi klu ape yang dirancang tu sekadar perkara remeh harian.
Contoh: Hari ni balik keje saya plan nak masak untuk makan malam..lagipun bahan2 sume dah ade. Tapi bila balik keje anak saya meragam tak bagi saya masak macam biasa sebab dia nak berkepit dan bergendong aje.
Alasan saya pada diri sendiri: Pesan kat Hubby beli aje kat pasar malam..dah nak masak tak bleh..kena gendung anak aje..mana lagi nak guna tangan potong ayam, sayur, masak2..
Sedangkan hakikatnye..saya boleh duduk sama2 dengan anak potong ayam,sayur bawang dan sebagainya.. nak mudah potong kecik2 kasi anak main sket bahan2 tu, bagi sudu ke, garfu ke, pisau mentega ke..pinggan mangkuk sekali biar dia pun sama2 masak dengan saya..
Tapi kekadang saya suka gunakan alasan bila tiba2 dtg angin malas saya..baru je rancang sejam yang lalu dah ade masalah sket sy terus ubah angin..sungguh itula yg saya kata saya bukan org yang pandai urus masa. Beli buku motivasi dah banyak dah.. tapi hati blum cukup kuat utk sentiasa positifkan diri..supaya saya boleh buat ape yang saya rancang....Bilakah saya yg dalaman ini mau berubah?bilakah saya nak jadi seorang yg kuat dan tegar menghadapi masalah kecik2? Saya dah boleh merancang tapi belum tentu saya mampu melaksanakan.. jadi yg penting sekarang saya kena belajar dan aplikasikan merancang perkara yg mampu saya laksanakan dalam time frame yg saya dh tetapkan. (apakah maksud ayat saya ini kesampaian maksudnye? (maklumler dulu SPM, BM dapat 4B)

Haiiiiihhh...Anak dah nak masuk dua...hmmm perangai tang lama dulu la lagi..

Ohh yaa..did i just said " anak dah nak masuk dua" tadi? Ehehe..that is a good news mau saya kabarkan juga yg sy mmg harapkan memandangkan Lutfi comel saya tu dah nak 2 tahun dah Julai ni.I think its a good time i could give him a sibling. Belum confirm dengan doc cmne keadaannye..dah berapa minggu or setakat mana dah sekarang ni pembesarannya..but i hope benih yg telah bercantum di dalam rahim saya ni akan membesar dengan sihat dan sempurna supaya impian saya nak dapat sorg lagi baby akan tercapai insya Allah by early 2011 maybe.. Maka dengan mau bertambah ahli keluarga,,,seharusnya saya juga perlu lebih pandai uruskan masa..uruskan kewangan dan sebagainya..Doakan moga saya berjaya at least berjaya merancang dan melaksanakan perkara2 remeh dan mudah dalam hidup seharian saya.


I'm 27??Am i??

Huhu,,,sedar taksedar, Alhamdulillah sudah 27 tahun aku diizinkan Allah untuk hidup dimuka bumi ini..melalui suka duka perjalanan hidup bermula sebgai seorg anak, adik , kakak, kawan2, isteri orang...n now i'm mama to my little Lutfi..Banyak perkara telah dilalui..namun sebagai manusia aku akui aku kekadang memang merasakan belum cukup dengan ape yg aku ade di dunia ini..maupun bekalan utk di akhirat sana..lagila sikit. Kadang2 bila ku renung masa yang berlalu, memang ade perkara dan keputusan yg telah ku buat dulu bukan lah 100% kehendak diriku..namun nak nyesal takde guna dah..life must be go on..and on!!Kerana itula yg telah tersurat untuk ku di dunia ini.. 27 tahun..lama sebenarnya tuh, dah melebihi suku abad dah..tapi achievement diri aku mmg tahap lemah lagi. Banyak yg aku inginkan, namun tak banyak aku mampu mencapainya. Do i am not a positive thinker??huhu...aku sdri takut nak meletak hakikatnye.

I wish diusia mencecah 30-an nnt aku boleh memiliki sebuah rumah idaman hati..yer rumah idaman...bukan rumah main taram beli ajer! Aku juga berharap in another 5-7 years ahead i will have a saving around 50k++..hoho..angan2 besar nih. Mau melunasi hutang2 yang  termampu. Aku juga berharap yg minat aku pada bake& deco cake/cupcake and so on..akan membuahkan hasil aku mampu membina empayar niaga aku sendiri. Macam poyo jer bunyi nyer kan??ok ler..more to my own big business la, empayar tu macam hape aje bunyinyer kan???huhu...And one more thing yg aku harap aku dpt laksanakan secepat mungkn dan maintain sokmo adelah..disiplinkan diri ke tahap maksima!!yer..aku banyak tak berdisiplin- on time management especially, faktor utama yg perlu dikuasai untuk berjaya dlm hidup. Time management!! Mana lagi mau mengejar kerjaya dalam bidang pendidikan tinggi, mau jadi businesswoman lagi, mau urus rumahtangga sebaiknya lagi..semua nya perlu aku lakukan dengan penuh kesabaran dn dedikasi.

I wish too much maybe..but i;m not act that much to make it a reality..uishhh...jangan angan2 Mat Jenin kamu Ida....tak bagus jika selalu berangan tapi tiada tindakan. Berangan dan ambil tindakan itu ok! Tak mau citer panjang lagi dah...kita layan gambo plak ek. Ni hasil usaha selepas mood kerajinan yg  melampau2 telah terusik dek kerana peristiwa sehari sebelum my birthday tuh. Maka hanya ini yang dapat dilaksanakan..
Me google2 the recipi, Cotton Soft Japanese Cheesecake..and terjumpa resipi best tu kat sini. Thanks a lot to Alma yg bagi resipi kat laman tuh. Cuba la sesape nak..aku telah menambah favourite ku as the topping atasnya..Blueberry filling!more yummy2 okeh..

Kasi potong siap2..senang ofismates nak mkn

 
This one blum potong, tak kuarkan pun dari acuan nyer..
tapi aku taruh ajer blueberry filling atas tuh.


It so yummy2..


N this year i got unexpected gift..from who?? of course la from my Hubby! 


nape unexpected?


Sebab baru nak masuk 3 tahun kawin n then baru 2 kali meraikan bday sebagai isteri, n 2 kali tu juga setakat dapat hadiah dinner ajer..tapi aku minta gak kad ucapan pastu, sebab "nak wat kenangan" cakapku pada Hubby. N this year he wish me early one day and set aside my present..okey!



What do i got for my bday this year??

 


 A pair of earing hokeyy!!
Memang unexpected btul la..bla masa dia gi beli ntah.
Yang pasti aku really appreciated it. Suka amat...
Loving u Hubby with all my heart!



Lutfi been cut his hair again..for 3rd time..go to mamak punye kedai .



Malang tak berbau!

Lately kesibukan yg sengaja dicari memang menjadi2..ntah ape yang aku sibukkan pun aku tak pasti. But one thing for sure, its my birthday few days ago..Entri kali ni bukan nak citer pasal bday aku kali ke dot,dot,dot tapi nak citer kisah malang tak berbau the day b4.

20042010..huhu..mmg aku takkan lupa la saat2 petang itu..after balik keje dari ofis dalam kul 545pm..(huhu rajin btul aku kan nk stay lelama kat ofis)..actually nak sudahkan keje2 sdri..tp kekadang tak habis pun. tgk orang sume dah blah, aku pun blah jugak la..seram gak nak stay lama2 ptg2 kat ofis tu.

So perjalanan balik aku dah berkira2 nak singgah kat kedai runcit area taman perumahan aku tuh. Hajatnye nak beli telur nak buat kuih malamnye, konon2 bw nak jamu kek pd kawan2 kat ofis sempena bday aku esoknye. Sblum balik sempat gak menjeling sebelah kedai runcit tu...uihhh!!sejak bila ade gym baru nih?hahhaa..kat area tu baru buka gym rupanya. Aku tny brader si tokei kedai runcit tu, katanya baru jugak buka tu..tapi aku tak sure la kul brp waktu BUKA nye..ikut kata brader tu..malam pun buka lagi smpai kul10pm gtula. Konon2 nak suh Hubby gi gym  la pasni, work-out sket utk dapat body lagi mantap..ecececeh...macam le aku ni mantap sgt!!hihi..

Dah siap beli ape yg kumau..(satu sarang tu beli telur!) balik ler..RM9 satu sarang tu telur saiz B..mmg ler harga mahal sket klu nak banding dari beli kat hypermart like Giant ke, Carrefour ke..tp dh namanye kedai runcit kan? tolong orang2 Melayu kta meniaga apa salah kan? (Belum sampai citer malang tak berbau lagi nih...huhu..intro pjg tak hengat!!)

Kedai runcit dgn umah aku tak jauh pun..so balik drive kete pun dgn penuh berhemah ler..bawa dlm 20-30 km/h aje..tambah2 aku tgk ptg tu meriah mcm biasa la..bebudak duk main2 tepi jalan, depan umah diorg, tambah2 dpn umah ade padang luas lagi..angin sepoi2 ptg mmg ler best duk luar umah time cenggitu.. Risau juga benarnye, nengok gelagat bebudak main tepi jalan macam main dalam kawasan rumah diorg ajer..ke hulu ke hilir, berlari2 sakan..aku rasa aku dah cukup berhati2 tapi itula kata orang, ape yg dirisaukan berlaku jua...MALANG TAK BERBAU!.masatu adelah dalam 3-4 buah umah selang dari umah aku..tetiba jer, ade budak kecik naik beskal dengan sesuka dia dan sepantas yg boleh dia tunggang beskal nye tuh..kuar dari simpang kecik dan menghala tepi kete aku!! Huaaa...tergamam aku sehh..dengan brek mengejutnya aku stopkan kete.tapi tak sempat nk ngelak woo..GEDEGANGG!!(bunyi side effect story) Adela dalam seminit aku terpacak  dlm kete tu lagi, memang aku terkedu!Bila orang dah makin ramai mengelilingi, (macam lalat hurung taik lembu baru jatuh kau!)..time tu ler baru aku macam sedar sket.."wehh...aku dah langgar budak tu ker??" Aku kuar je kete then terus cakap.." Sorry...saya tak bawa laju2 pun.." "Saya rasa budak tu lggr kete sy, bukan sy yg saje2 langgar dia nih".Huhu....cuak weh! Maka kuar la mana jiran2 aku yg mak pak sebelah umah budak tu...Mana yg mmg nengok situasi tadi pun sama2 dtg dekat..suh panggilkan mak bapak budak tu..tapi diorg takde. Kuar ke mana ntah!.Aku terkedu...tapi tengok budak tu nanges2 bleh bangun lagi, aku lega sket...cuma mungkin sakit la sbb terhentam kete aku yg dah tak jadi comel dh..

Ape jadi pada kete aku time tuh pun aku tak tengok dh, cuma adela aku dengar2 jiran yg tengok tu kata takde ape sgtlaa..calar sket ajer..Tapi aku mmg ketar lutut wehh..langgar budak sengaja ataupun tidak( i mean jika bukan silap i la) boleh jadi isu besar plak nnt. Takmo la cenggitu kan??rosak keharmonian sesama jiran tetangga.. Bila aku rasa budak tu dh okey, boleh jalan2 even nanges tak habis lagi..but i know that's mean budak tu okey lagi..tak cedera parah..aku pun drive la slow2 lagi masuk park kete dalam pagar. Then jiran sebelah umah, En. azhar dtg jenguk..dia nampak tang calar tu, katanya sket ajer..tapi mata aku terperasan sesuatu yg lebih byk teruknye..kemek weh!!dalam gak tuh...means hentaman tadi agak kuat laa.. tapi aku malas nak panjang citer, masuk je umah terus duk diam..nak layan tv xde mood dah!tggu le Hubby balik dulu..bila Hubby balik dan nengok..dia ckp.."nape tak minta ganti rugi??" kemek dalam tuh!".. wehhh senang cakap, dia takde masa tuh. aku yg cuak sebab terlanggar dgn budak kecik. Even aku kata bukan salah aku, aku pun tak sampai hati nak tuntut ganti rugi, nak kata salah budak tu pun susah gak, budak2 kan..main mmg ikut suka dia, yg silap aku rasa mak bapak la..boleh takde kat umah nak awasi anak2 bermain. Even nak kuar sekejap pun tak patut anak2 dibiar main dgn sebebasnya. Klu org dewasa yg langgar mau gak aku minta gantirugi tuh..

Sadis betul aku rasa malam tu, mmg takde mood nak buat kek dah asalnye, tapi aku cuba lupakan episod Malang tak berbau seketika..nnt spoil hari spesel aku esok . Klu lah malang tu berbau..Nahh...korang tengokla sdri, sekemek mana jadinya kete aku .. sekemek itula gak hati aku malam tuh..(hati boleh kemek ke?? ape2 aje la..)


 

Kasi zoom in sket!
  

Sadis kan nengok kete kesayangan kemek begini, calar kat bawah mmg ler sket ajer.



note:..balik umah tengok2, telur sesarang yang aku beli tu tertonggeng atas lantai kete, asalnye letak atas seat blkg jer..bila cek,,dah pecah dah sebiji sbb berlaga antara lain..lagi sadis ..rugi plak sebiji telur!

Alhamdulillah..rezeki makin bertambah!

Mggu2 yg telah berlalu..after pegi kelas deko dgn Kak Zati, keyakinan untuk berdeko pada kek dan cupcake makin bertambah. Alhamdulillah..tak sia2 gi belajar, dh dpt tempahan dari rakan2 terdekat. Memang aku akui bukan senang nak melatih diri ni lebih kreatif. Sebab dari dulu lagi aku ni bukan la jenis kreatif sgt pun dari dulu. Kalu masuk bab melukis zaman sekolah dulu pun aku harapkan kakak aku yg tangan berseni tu lukiskan..yg bab kaler2 baru aku buat sdri...hehe.Aku ingat lagi adik aku penah cakap, cmne la aku bleh suka hobi buat kuih2 dan deko2 ni..sedangkan benda yg cerewet ni la paling aku tak suka buat dulu..Hahaha..mengenangkannya memang buat aku tergelak juga. sebab dulu time buat kuih raya aku la org paling malas nak tolong. Takat tolong sket2 yg remeh2 tu nak la aku buat. Tolong simpan dalam bekas atau tolong makan. Cuma ade la skali tu, klu tak silap masa tu aku dah jadi tunangan org la kut..tetiba ajer aku jadi rajin nak try buat kek coklat untuk jamuan hari raya. 3 kali aku cuba tau baru dpt kek yg cantik dan sedap..sebelum tu samada merekah gler2 sbb kembang tak terkata..nak dekokan pun tak reti nak cover dah...ataupun jadi bantat dan keras smpai takde org nak mkn..baling kat dinding pun tak pecah kek tu!HAHAHAHA!memang sadis..cuma dulu deko kek coklat tu tak pakai aising buttercream la..deko simple2 yg mak aku ajar ajer.

Aku ingat lagi, kak Zati pun ade tanya ape yg membuatkan aku nak belajar deko2 ni. So, jawapan aku sebenarnya bermula masa bday anak aku tu la. 1st bday Lutfi aku tempah aje kat org..sedap!cantik!tapi harga bleh tahan juga..then aku terfikir la, aku ni bukan tak reti pun nak buat..cuma takde ilmu tu ajer. maybe klu dah byk belajar aku pun mampu buat juga sdri. so semenjak tu aku pun rajin2kan diri godek sana sini..buku, intenet, itula sumber rujukan awal aku. Habis buku2 resipi mak aku kat umah aku belek. Cuma bab buku dan intenet ni pasti ade kekurangannye..satu- tak byk tips, dua- tak byk yg tunjuk step by step. klu nak detail kena cari video kat youtube. Tapi tu pun tak byk membantu sgt. Thats why aku rasa aku patut gi belajar aje klu betul2 nak serius mendeko.

Dah ade ilmu ni at least aku paham la, susah senang nak wat sesuatu yg kreatif nih. Aku pun paham kenapa ramai bakers letak harga begitu begini (yg agak mahal la bagi sesetengah orang). Memang dah bleh kira harga patut pun. Jika mau yg cantik, yg berkualiti..jangan kedekut nak keluar duit. Anda membayar harga seni dan kreativiti org tersebut. Kekadang heran gak..ade yang kata cupcake sebiji yg comel tu klu ltk harga mahal gler..tanpa memikirkan bahawa hari2 dia makan kuih yang 3@4biji seringgit tu tak mahal pun. Kuih yg 3@4 biji seringgit tu ape sgt bahannya.. klu nak banding dgn resipi nak buat cupcake/cake. Lebih sedap sesuatu kek/cupcake, lebih mahal la kosnye. Itu belum masuk bab nak menghias supaya jadi cantik dipandang, sedap dimakan. Nak jual murah cuma setakat balik harga modal aje la, segala penat lelah yg dicurah langsung tak terbayar sebenarnya. Sebab tu klu rasa nak sesuatu yg sedap, cantik, maka kena sggpla kuarkan duit lebih sket.

Aku gi belajar deko2 ni pun banyak sebab, selain nak mencapai kepuasan hati sdri. antara lain..setiap kali bday or anniversary, klu takde aral bleh buat sdri. Adik2 pun ramai lagi yg tak kawin. Aku ada 8 orang adik tau!.Panjang umur mungkin aku bleh sumbangkan hasil kerjaku yg tak seberapa utk majlis diorg nnt..Itu angan2  dan impian aku la. Selain tu sebab utama sekarang nak tambah income keluarga. Jangan la ade antara korg tanya.."tak cukup ke gaji jadi Lecturer? Anak baru sorg tu..." memandangkan gaji aku+Hubby mmg tak besar pun..nak menambah ahli keluarga pun perancangan kami juga utk akan datang. Moga2 ade rezeki makin bertambah la dengan usaha kecil ku ini. Bukan mudah sebenarnya jadi part-time baker. Buat secara kecil-kecilan ajer kat umah. At least aku cuba mencari rezeki halal di bumi Allah nan luas ini, di samping sebagai hobi nak larikan diri dari kekusutan keje dan tension yg ade kdg2 bila jadi lecturer ni. Aku  sangat2 berterimakasih pada kawan2 yg telah menempah dengan aku. Kerana dengan kepercayaan korang baru aku lebih berani nak melangkah jauh. terima ksih atas segala sokongan. Selagi terdaya akan aku usahakan. Feedback dari korang amat aku hargai untuk tingkatkan kualiti hasil kerjaku.