Alhamdulillah..diberi cabaran berblog dan mengupdate entri untuk 7 hari . Tujuannya warm up balik mood blogging kami.hehe..Berbalik pada tajuk entri, ok hari ni saya nak cerita sket la 3 fakta yang mungkin tak ramai orang tau tentang mamalutfi iaitu saya la ni. Yang mungkin orang boleh agak dgn pasti nama mamalutfi muncul sebab waktu blog ni dicreate saya masih ibu yg ade anak satu namanya Ahmad Lutfi.hihi.. berblog sebab nak citer pasal anak je asalnya. Okay itu bukan antara 3 fakta yang saya nak cerita la.
Apa 3 fakta tentang saya yang mungkin masih ramai tak tau.. Maka hari ni akan saya reveal sket la.
Fakta #1:
Saya bertemu jodoh melalui internet (perkenalan pertama melalui yahoo messenger chat) tapi bercinta melalui utusan surat.
Yang ni saya rasa ramai tak tau kut kecuali sebahagian ahli keluarga yang amik tau la. Dan mgkn bbrp org BFF saya zaman bljr kat UKM dl. Chatting pertama masa cuti semester (raya tahun 2004 kalau tak silap saya). Si dia bukan la orang celik IT mana pun, chat pula pakai ID sepupu dia aje...haha. Itu first and last chat kami via YM. Sempat kami bertukar no phone.
Tapi persahabatan alam maya tu tak lama pun..satu sebabnya mungkin masa tu dia dah ade makwe lain (chat pun suka2 aje), dan saya pun tak serius berkawan dgn sahabat alam maya ni. Tapi ade peristiwa la yang menghubungkan kami kembali.tak payah citer pjg la..lps tu kami berhubung dengan berbalas surat kebanyakannya. Saya dah ade hp pertama masa tu Nokia 3310 tp jarang guna utk berhubung dgn dia yang berada kat JB masa tu dan saya di UKM Bangi. Telefon tu lebih utk berhubung dgn keluarga dan sahabat2 di UKM aje masa tu. Melalui surat dari persahabatan lama2 ia bertukar menjadi luahan kasih sayang. Hahaha.. syok tau feeling menunggu warkah dari kekasih hati yang jauh dimata masa tu.
Tak lama lepas tu, kami ambil keputusan untuk hubungan lebih serius slps saya tamat belajar pada 2006, kami menjalin ikatan pertunangan pada 06/06/06.hihi cantik no tarikh tu kan? Ikatan berlangsung lebih kurang setahun. 03/06/07 kami sah bergelar suami isteri. Macam sukar nak percaya kami dipertemukan diinternet dgn si dia yg tak berapa celik IT dan surat yang menyatukan lebih luahan hati berbanding sms&call. Hahaha..save budget! Ok itu fakta #1 yang saya pasti ramai pun tak tau kan?
03/06/2007 tarikh penyatuan sebagai suami isteri |
Fakta #2:
Saya anak kedua dari 10 beradik (1 mak 1 ayah)
Alhamdulillah saya dilahirkan dalam ahli keluarga yang ramai..banyak perkara saya belajar bila ada adik beradik ramai ni. Kami 5 perempuan 5 lelaki. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Ye no dua dari atas. Bukan no 2 dari bawah.hehe..sejak2 adik2 semua dah membesar dengan jayanya saya dah tenggelam sket. Paling rendah dalam ahli keluarga saya. Paling kecik molek dan paling tak cukup berat badan sokmo.hahaha...
Masa berpantang yang ketiga hari tu pun, misi yang datang umah ingat saya ni adik pada Nadiah (adik saya). Maybe faktor fizikal kut. Menjadi anak yang dilahirkan dalam keluarga ramai agak tidak mudah awalnya. Ye la..mesti ade sifat dengki dan nak cari gaduh masa kecik2 dl. Bila dah besar je lebih sket sifat saling menghormati dan menyayangi antara kami. Dan saya juga bertemu jodoh dengan si dia yang adik beradik ramai. 11 orang semuanya yg masih hidup sihat. 2 sudah meninggal sewaktu kecil. Kiranya kami dua2 dtg dari keluarga besar. Keluarga kecil kami sendiri? Hehe baru anak 3 je baru. Ade can tambah lagi insyaAllah.
3 cahayamata penyeri hidup kami suami isteri |
Fakta #3:
I am a temporary WAHM right now
Ok bab ni..saya tak reveal kat sume orang lagi pun sebelum ni. Yang terdekat dengan saya, yang mengikuti update status saya kat FB mungkin sedar la kut.. selepas selamat bersalin 24 Mei yang lalu saya ambil cuti bersalin 3 bulan. Sebelum bulan terakhir berakhir percutian saya, selepas beberapa perkara ditimbang tara akhirnya saya mengisi borang cuti menjaga anak sehingga tempoh hujung tahun ini. Ikutkan hati memang saya nak jadi WAHM sangat2 tapi sebelum saya benar2 melepaskan jawatan tetap saya dalam kata lain keluar dari comfort zone saya, saya perlu meletakkan diri dlm tempoh percubaan terlebih dahulu. Nak tau saya ni sebenarnya bersedia tak nak lepaskan jawatan saya sekarang demi bersama keluarga sepenuhnya. Sejujurnya saya katakan memang saya sangat menghargai saat2 ini..meluangkan masa bersama anak2 dan keluarga bila2 yang saya mahu.
Setelah melalui 4bulan lebih sebagai WAHM ni, saya sedar banyak lagi saya perlu susun dalam diri saya sebelum dapat betul2 menggunakan masa 24jam saya sebaiknya. Time management saya masih pincang walau dah ade jadual..belum dapat adapt sepenuhnya lagi. So dengan situasi sekarang saya sedang meletakkan target baru-by 2017 saya sudah jadi seorang WAHM sepenuhnya. Buat masa ni, saya masih ada rasa sayang lagi pada kerjaya saya di unit yang baru tu..nak timba ilmu dan pengalaman lagi dibidang multimedia ni. Mana tau ia berguna untuk saya aplikasikan dalam kerjaya sebagai WAHM by 2017 nnt. So detik2 WAHM yang masih berbaki sehingga tarikh 1 Jan 2015 ni akan saya gunakan sebaiknya untuk biz Shaklee saya sekarang.
Ok..itu je kut yang saya rasa 3 fakta yang saya nak reveal buat masa ni..rajin2 la jenguk blog mamalutfi ni kut2 akan datang rasa nak reveal fakta2 lain lagi..hihi. so buat yang nak beli Shaklee atau perlu COD area Kuantan ni, insyaAllah saya available setiap hari untuk membuat penghantaran COD atau pengeposan produk Shaklee untuk anda.
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan