Percutian Idaman Saya | Hari 2 ~ Cabaran 7 Hari Entry


Bersambung lagi episod cabaran blog 7 hari, dengan topik hari kedua, Percutian Idaman Saya. Kalau sebut pasal bercuti ni banyak tempat sebenarnya teringin nak pergi, dalam Malaysia belum habis round lagi, luar Malaysia lagi la banyak tempat belum sampai. Masa kecik2 mak ayah saya kata pernah bawa saya dan kakak ke Singapore katanye..tapi takde dlm ingatan saya la memori tu. Mybe kecik sgt utk memorize sekali tu je. Passport masa tu pun passport tumpang dlm mak punye je. So sampai besar ni belum ade passport sendiri lagi. And i should have my own after this.

Percutian Idaman Saya - sejak akhir tahun lepas la ni tiba2 je rasa nak pergi sangat ke New Zealand, South Island travel secara bermotor-home. Semuanya bermula lepas saya terjumpa page Trip Kekawan di FB. 


Antara pakej yang ditawarkan adalah trip NZ motorhome. Kenapa NZ? Kenapa motor-home?
Sebab saya rasa ia percutian yang sangat menarik bagi saya. Penuh adventures. Kita drive sendiri ke mana perlu pergi, tidur dlm motor home bukan dlm hotel2 or bangunan. Masak sdri pun boleh. Kira percutian yang sangat menarik kalau dalam berkumpulan. Dan dah pastinya saya bercadang nak ajak mak dan ayah saya sekali join trip percutian begini. Kalau ade rezeki lebih sket mungkin dapat ajak adik beradik juga. 

Actually ini bukannya satu-satunya percutian impian saya, ada banyak lagi. Tapi selain impian untuk melancong sambil melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, saya juga ingin menjejakkan kaki menunaikan ibadah umrah/haji di kota Mekah dan dapat ke Madinah. Cuma yang ni saya tak kategorikan dalm percutian sebab jauh beza rasanya bercuti ke negara lain-lain jika nak disamakan dengan pergi menunaikan haji/umrah tu. Mekah dan Madinah memang list no 1 tiap-tiap tahun nak pergi kalau boleh menjadi insan terpilih tu. Tapi lain orang lain pandangan la kut kan?

Yang pasti saya ingin releasasikan percutian idaman saya ke NZ secara bermotor home ni pada November/Disember 2015 nanti insyaAllah. Dalam suasana musim bunga bersama suami, anak-anak, mak ayah saya pastinya. (Mak ayah mmg dah pencen masa tu so mmg berharap percutian impian saya tu akan dapat saya laksanakan tanpa halangan besar). Melalui page Trip Kekawan tu ia membantu saya dalam membuat perancangan bajet dan perbelanjaan serta visualisasikan tempat2 yang bakal saya pergi nanti. Antara yang saya rasa menarik la dalam itenirari yang dirancang tu: KLIK SINI untuk details di laman blog mereka.

CHRISTCHURCH > OMARAMA >WANAKA > QUEENSTOWN > TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN > TIMARU >  CHRISTCHURCH

 
Lake Tekapo, NZ

Puzzling World, Wanaka NZ
Antara  aktiviti menarik di Queenstown

Antara yang menarik hati saya nak mengenali New Zealand - melalui lensa foto orang lain aje la buat masa ni: (kredit pic dari page Trip Kekawan)


Okay...visualisasi sudah, masa untuk mengumpul lebih banyak lagi bajet supaya hasrat nak kesana next year bakal dicapai. Seronok kan kalau dapat peluang mengenali bumi Allah yang luas ini. Supaya impian tidak hanya tinggal impian, maka saya harus berusaha bersungguh dari sekarang. Alhamdulillah mengenali Shaklee membuatkan saya berani berimpian sebegini.


InsyaAllah banyak lagi impian saya ingin releasasikan, satu persatu. Yang penting lepas ni - buat passport dulu! Ini percutian idaman saya diluar negara punya la. Anda punya impian bercuti ke mana?

Entri lain Cabaran 7 Hari Entry:

Hari 1 ~ 3 Fakta Menarik Tentang Saya
Hari 2 ~ Percutian Idaman Saya
Hari 3 ~ Apa Ada Dalam Handbag Saya
Hari 4 ~ Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan
Hari 5 ~ Resepi Homemade
Hari 6 ~ Restoran Kegemaran Saya
Hari 7 ~ Saya Pengedar Shaklee & COD Shaklee Terbaik di Kuantan Pahang

0 komen ditinggalkan: