Tik..tok..tik..tok..masa pun berlalu..

Sedar tak sedar cuti panjang 3 bulan dah nak berakhir dah..ohohho..

Isnin ni aku mula keje balik  dah. Ape cerita ler keadaan di ofis skrg??hmm, aritu singgah kejap pun dh rasa lain jer..ahaha.Ni mesti gara2 5S yg baru bermula semester ni..meja ku yg selalu penuh tetiba aje..lapang giler.. tapi bila jenguk bawah meja..ahahaha,bersusun bawah tu brg2 aku. nampak gaya perkara pertama bila dh naik keje kena 5S kan meja sendiri dulu ler.

Apa feeling aku skrg nih??hmm,macam2 ade. Rasa mcm orang baru nak start keje pun ade. Tapi Alhamdulillah naik keje di saat student dh bersiap sedia nak exam lagi seminggunyer. klu naik time student tgh separuh jalan belajar, kalut gak rasa. Skrgpun dah cuba siapkan diri semula secara fizikal dn mental nak menghadapi situasi bekerja disamping nak kena adapt dgn situasi anak dh 2 ni. Byk la perkara nak kena adjust balik lepas ni..timing tdo dn rehat itu yg pastinye berlaku perubahan mendadak. Maklum la dah ade baby ni tdo dn rehat tak menentu sgt. Teringat masa awal2 naik keje lepas cuti bersalin Lutfi dulu. Penat wehh, asyik ngantuk aje kat ofis. Malamnye rehat tak cukup, mmg la effect sampai ofis hour. Kali ni??hmm.. tggu dan lihat aje la. Harap2 i'm quite fit  to face the challenges. Cabaran baru jugak la sbb skrg tambah lagi satu part kena manage stok EBM utk bekalan bby kat Taska nnt.

Bila dah naik keje nnt, antara perkara lain yg perlu nak kena amik perhatian..sila amik peluang untuk mencukupkan kuota hari berkursus untuk tahun ni>>10 hari tuh! skrg dah masuk April..huhu..tak lama pun masa tu nak capai bulan Disember.  Lain2 yg utama dalam kerjaya aku ni of course la sasaran kerja, pencapaian utk tahun ni.. apakah mampu untuk buat yg lebih baik berbanding sebelum ni?hmm..cuti dh lama, now its time to warm-up the engine back!!

Selain dari kerjaya aku juga ade target baru utk family life aku ni..anak dah bertambah, makanya daily expenses juga bertambah.Disebabkan itu la juga, teringin nak buat extra income, insya Allah moga ia dipermudahkan. Sepanjang bercuti panjang ni dah cuba intai ape2 peluang utk extra income ni, tapi semuanya masih dalam perancangan..harap2 jadi dan tak separuh jalan je perancangan tuh. Impian nak beli rumah sendiri pun ade juga..insya Allah..aku akan lebih berusaha la ke arah itu. Pendek kata, kena rancang step by step then buat pun step by step.harapan aku, moga2 tak jadi seperti pepatah ini.."yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.."

0 komen ditinggalkan: