Memaparkan catatan dengan label Kehamilan Blighted Ovum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan Blighted Ovum. Papar semua catatan

Kehamilan blighted ovum..pengalaman bermakna buatku. (part 2)

Maafkan saya buat pembaca kisah part 1 entri Kehamilan Blighted Ovum saya sebelum ni, sebab buat anda tercari-cari apa kisah akhirnya yang terjadi pada saya selepas tu.

Maaf yer cerita tergantung sekian lama, takde mood nak sambung cerita pun ada masa tu. Lama diperam dalam draf entri blog. So hari ni saya sambung kesudahan cerita part 1 saya tu kat sini. InsyaAllah ada 2 part aje cerita pasal kehamilan Blighted Ovum saya ni.



13 April 2013:

Lenguh pinggang makin ketara..en suami pegi memancing pagi tu dengan kekawannya dan dia bawak kete..bleeding makin ketara. Pad sehelai pun takde kat umah. Sebab dah lama tak period kan? tak simpan stok pad langsung. Cover dengan tisu dapur je lipat tebal2 selit kat panties..hahaha. Perasaan masa tu..sangat2 redha dah jika ini harinya..penantian bakal berakhir. Takyah tertunggu2 lagi...

Pagi start dengan spotted bleeding, saya amik peluang untuk rehat saja la hari tersebut. Kebetulan pula Sabtu masa tu. Malas masak pun ada, malas buat housework la pendek cerita hari tu. Saya sms pada husband inform tentang spot bleeding saya tu dan bagitau yang saya takde sehelai pad pun kat rumah time tu. Saya minta husband balik awal sket la dari memancing. Anak-anak pun macam behave sket hari tu. Bagi aje mama rehat.

Tengahari membawa ke petang, lenguh pinggang makin terasa. Ari-ari juga makin tak selesa, rasa mengeras. Bleeding makin ketara. Nasib husband dah balik, so dah dapat pakai pad la masa tu. Anak-anak dan urusan rumah semua husband handle masa tu.

Malam lepas dinner dan sampai la nak tido, saya mula merasa pengalaman kesakitan macam orang nak bersalin biasa tu. Mild contraction, ari-ari mengeras, pinggang lenguh rasa nak cabut aje letak tepi. Serba benda buat jadi tak kena belaka, duduk, baring, berdiri.. sume tak selesa. Humaira masa tu masih menyusu badan lagi, so setiap kali dia menyusu yes memang saya rasa contraction saya makin lama kuat.

Saya cerita kat husband tapi dia pun tak tau nak buat apa yang boleh melegakan kesakitan saya. Dia tanya nak bawak ke klinik or hospital ke? Saya cakap takpe la. Memang saya dah pasrah kandungan kantung kosong tu akan berakhir malam tu la kut. Saya cakap kat husband, esok pagi saja pergi hospital kalau betul saya dah keguguran nanti. Saya tau dah takde perkara boleh saya lakukan nak halang proses keguguran tu berlaku.

Sebab doctor pun dah bagitau, rahim kita wanita ni special Allah ciptakan. Andai kandungan itu tidak menjadi untuk survive, akan tiba saatnya ia akan jatuh sendiri bila badan tahu ia bukan lagi sepatutnya bertahan di situ. Cuma masa gugur tu la doc cakap, ada orang dia keluar sume complete. Ada sesetengah orang kena lalui proses D&C or kita panggil cuci rahim je la senang. Untuk keluarkan mana yang tertinggal tak mampu kuar habis. Untuk elakkan komplikasi jangkitan kuman dalam tu dan yang berkaitan la.

14 April 2013:

Saat semua orang, en suami dan anak-anak lena dibuai mimpi. Saya bertarung sakit contraction yang makin menggila. Macam nak putus pinggang rasa. Serius teringat sangat masa contraction nak bersalin 2 anak sebelum ni. Lebih kurang la sakit cuma lebih ringan sikit la. Sakit contraction nak bersalin betul-betul lagi sakit dari saya rasa malam tu.

Lepas tukar pad sebelum tido, saya baring melayan contraction saat sume ahli keluarga tido. Tiba-tiba aje satu ketika tu sakit memuncak sampai ketar-ketar badan dan tiba-tiba je saya macam rasa wooshhh, darah kuar menggila banyak. Pad yang baru tukar terus bocor. Dan kadar kesakitan saya yang menggila tadi makin surut secara tiba-tiba.

So saya bangun nak gi bilik air, memang rasa macam ada sesuatu melekat kat bahagian bawah tu. Buka panties dan pad dalam bilik air, berketul-ketul darah keluar jatuh ke lantai toilet tu. 


No miracle story happen..

Masa tu memang saya tau, saya dah officially keguguran kantung kosong tanpa janin tu. Takde cerita miracle yang terjadi pada saya macam yang saya harapkan sebelum ni. Saya kena belajar menerima hakikat saya dah kehilangan ia masa tu.


Saat tu saya cuba duduk dalam keadaan mecangkung seluas-luasnya, nak kuarkan seketul benda yang masih stuck kat bawah tu. Takut seriau sume ada..sakit aje yang dah menghilang terus diganti dengan darah yang kuar merah abis lantai toilet. Saya tak berani nak duduk kat toilet bowl sebab takut kantung jatuh dalam lubang tandas tu. Melepek la duduk aje atas lantai sorang-sorang dalam bilik air jam 1 pagi tu. Nak kejut husband pun tak jadi. Sume lena belaka dah.

Lebih kurang setengah jam pastu akhirnya benda seketul yang melekat tu berjaya kuar sepenuhnya.
Apa yang saya lihat? Ye, seketul benda lembik bulat tak berapa bulat gak la..macam telur ayam kampung/telur penyu haa saiznya. Kaler merah gelap. Saya yakin itu la kantung yang kosong tu. Langsung tak koyak. Langsung takde sebarang tanda ada janin kecil dalam tu.

Biasanya kalau orang yang keguguran diusia pregnancy macam saya masa tu about 14-15weeks, kalau belek kantung memang korang akan nampak seketul janin kecil yang mungkin sudah ade sifat asas kepala, badan, tangan kaki sume tu. Yang kantung saya punye saya tekan-tekan dan belek-belek memang takde apa-apa rupa janin dalam tu.

Saat tu baru air mata saya mengalir laju. Sebak dalam hati tetiba. Saya tak tau nak gambarkan perasaan masa tu sebenarnya, i am speechless. Rasa kehilangan, tapi saya tak nampak rupa janin pun. So apa yang saya kehilangan sebenarnya masa tu? Hmm. Seolahnya saya bukan kehilangan baby yang dikandung pun. sebab memang kantung tu kosong! Yang saya tau saya rasa kehilangan sangat sebenarnya.

Saya kutip segala benda berketul yang ada tu dan saya cuci elok-elok masuk dalam plastik. Sambil melayan perasaan macam nak pitam pun ada sebab tengok darah banyak kan. Saya pun tak tau mana datang keberanian saya nak urus sume tu sorang-sorang tengah malam dalam bilik air. Dah settle semua tu baru la saya kejutkan husband lebih kurang jam 2 pagi masa tu.

Saya minta husband bancuhkan segelas air Milo untuk saya. Sebab saya mula rasa nak pitam dan penat sangat. Penat bertarung dengan sakit yang menggila masa contraction. Nak pitam sebab banyak tengok darah keluar. Dah minum air, saya cakap kat husband saya nak tido dulu. Husband pun memang suruh saya rehat tido dulu dan gain my energy back. Esok pas Subuh baru kami ke HTAA denga membawa ketulan kantung dan lain-lain yang kuar tu dalam plastik yang saya dah cuci siap tadi. Nak suh doctor cek, complete miscarriage ke belum.

Maaf saya takde nak snap-snap gambar rupa kantung kosong yang keluar tu dan cebisan-cebisan yang ada. Maklumlah tengah malam jam1-2 pagi kut sorang-sorang masa tu dalam bilik air. Takde fikir nak snap gambar dah. Semuanya terakam dalam memori ingatan saya sahaja sampai bila-bila mungkin.

Tapi kalau ada yang nak tengok gambaran rupa kantung kosong dan cebisan yang keluar tu, boleh baca kat blog mama omputih ni yang melalui situasi lebih kurang saya lalui juga selepas keguguran tu. Tapi maaf ye gambar sedikit mengerikan kalau mak preggy nak tengok. Saya warning dulu la ye. Kalau sanggup boleh BACA SINI
Lebih kurang macam tu la rupanya kantung tu.

Complete Miscarriage and no need D&C

Alhamdulillah pagi tu urusan berjalan lancar, sampai kat HTAA saya tuju ke wad kecemasan dan checkup oleh doctor bermula. Doc scan rahim saya dan cek ketulan yang saya bawa. Doc cakap semua complete kuar dah ni. Tak perlu D&C. Alhamdulillah sangat masa saya dengar doc cakap macam tu. Saya memang taknak melalui D&C proses kalau boleh. Takut! Takut sakit dan macam-macam lagi teringat cerita yang dimomok oleh orang lain.

Doc cuma cucuk sejarum kat peha saya suntikan untuk bantu rahim saya kecut dengan baik. Dan saya perlu ditahan kat wad pagi tu untuk pemantauan. Takut ada kes tumpah darah atau sebagainya, post natal care la kira. Alhamdulillah selepas pemantauan sampai petang tu, darah nifas yang kuar dalam keadaan normal. Takde overbleed maka saya dapat discaj hari sama aje. Tak perlu bermalam di wad tu syukur sangat rasa.

Maka bermula la episod berpantang saya dengan dapat MC seminggu aje. Huhu.. Kalau dapat extra sket kan best. Boleh rehat lama sket sebelum naik kerja. Malas nak apply cuti tahunan kan..sayang tu cuti. Hehe. Saya pilih untuk ambil produk Shaklee sebagai vitamin untuk saya recover semula dalam proses berpantang. Ingat ibu keguguran tak perlu jaga semua yang macam ibu lepas bersalin biasa tu ke? Penting semua berpantang tau!

Emosi terganggu?

Actually lepas keguguran kantung kosong tu, saya akui emosi saya tak stabil. Selalu sangat saya rasa nak gaduh dengan husband. Sampai kena amik extra B complex. Ibu keguguran memang emosi kacau tau kalau tak jaga. Alhamdulillah saya recover cepat juga dengan pengambilan Vitamin Shaklee masa tu. Then saya continue amik GLA Complex juga untuk stabilkan balik hormon saya.

Feeling lepas tu..saya nak cepat-cepat pregnant semula. Saya nak ada pengganti kehilangan saya rasakan masa tu. Saya doa dan saya usaha, semoga saya mampu ceria semula. Yang pasti fasa berpantang jangan lupa jaga diri dan emosi baik-baik, pergi mengurut, pantang makan minum, suplemen asid folic dan vitamin asas lain jangan lupa juga.

Tempoh terbaik untuk mengandung semula selepas kelahiran, doc saya cakap selepas tempoh 3 bulan @ 100 hari ke atas. InsyaAllah masa tu badan dah ready nak pregnant semula dengan lebih sihat.

Cerita bahagia kemudiannya...


Alhamdulillah Allah Maha Baik Maha Penyayang. Allah berikan saya rezeki mengandung lagi lepas 4 bulan kes keguguran tu berlaku. Alhamdulillah pregnancy story saya yang ke 4 itu benar-benar membawa kebahagiaan untuk saya semula. Terasa kehilangan saya sebelum ni diganti oleh Allah semula.

Ini cerita kelahiran anak saya Irdina Zulaikha yang saya kandungkan selepas kes keguguran tersebut.
Baca SINI >> Diari Kelahiran : Irdina Zulaikha


Blighted Ovum Pregnancy. Pengalaman mahal yang tak boleh dijual beli.

Sekarang saya sudah merasa kebahagiaan semula dan kehamilan Blighted Ovum ini memang pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Saya belajar terima hakikat tak semua perkara kadang-kadang ada penjelasan terperinci kenapa ia berlaku. Macam pregnant dengan kantung kosong ni la, tak ke unik tu rasa buat UPT postive, tapi bila di scan janinnya tak nampak pun. Pregnant ke tidak sebenarnya? Hehe. Doc pun tak boleh bagi penjelasan tepat kenapa ia berlaku pada saya dan sesetengah ibu lain juga. Pendek kata semua yang terjadi ia ketentuan Allah yang nak saya pelajari sesuatu dalam memandang hikmah yang berlaku disebalik kejadian ni. Andai ada di luar sana ibu-ibu yang mengalami situasi scan pada awalnya dalam tempoh 5-8weeks kantung anda nampak kosong tiada janin, jangan terus cepat membuat andaian dan berfikir bukan-bukan lagi.

Mungkin adakalanya ia tak berapa nak nampak lagi disebabkan keadaan uterus dalam tu..Boleh teruskan pengambilan Vitamin seperti B complex , protein dan multivitamin. Dan jika ia masih rezeki anda dan suami, maybe selepas usia kandungan mencecah usia minggu yang lebih banyak ia akan makin jelas kelihatan macam kes sesetengah ibu yang ada. Be cool ya ibu-ibu jika awal scan belum nampak jelas.

Dan andai tersurat sudah bukan rezeki kita, redhakan ia pergi bila tiba masanya nanti. Janin yang tidak menjadi (no heart beat, saiz tak membesar, kantung kosong) akan berpotensi keguguran di akhirnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Yang pasti jangan lupa berusaha untuk yang seterusnya pulak. Kun Fa Ya Kun.


Kehamilan blighted ovum..pengalaman bermakna buatku. (part 1)


Lama dah tak menjenguk ke blog ini apatah lagi mencoret entri baru. Mac tiada entri langsung. Maafkan saya menyepi diri seketika. Terasa bagai baru saja menerima berita gembira di hujung Februari..baru aje nak berkongsi kegembiraan di blog ini pada awal Mac yang lalu..tiba-tiba aje dikejutkan perkhabaran yang membuat diriku jadi tak keruan. Seriously it changes my mood and emotion.

Rentetan peristiwa: (Entri agak panjang..sape suka baca silakan..hehe)

27.2.2013:

Berita gembira yang ku terima di hujung Februari nan lalu, setelah beberapa hari tak sedap badan, pening dan cepat penat sangat terasa. Gambar bawah ni yang ku snap terus, lepas pembantu klinik tu hulurkan balik padaku result UPT ku sebelum masuk jumpa doktor balik..pastu apalagi terus MMS en suami tentang perkhabaran ni.

Dia cakap ku sakit ngada2 aje bbrp hari sebelum tu.. Haa..amik! ni dia sakit ngada2 tu..double line muncul!Terang2 takde blur2 sket pun..(sampai hari entri ni ditulis masih ku simpan benda alah ni..hehe..kenangan!)


Asalnya pergi ke klinik nak minta MC, tapi doctor minta aku buat urin test sekali sebab aku cakap period ku memang dah lewat pun tapi selama bbrp minggu yang lepas memang tak terdetik nak buat urin test sendiri.

Banyak sangat perkara yang difikirkan Februari tersebut..sampai tak kisah period lewat tiba. Last Menstrual Period (LMP) 2.1.2013...tak ke memang dah 3-4 minggu lewat dari yang sepatutnya kan? Actually itu kitaran period pertama ku selepas hampir 2 tahun selepas kelahiran Damia Humaira.

Breastfeeding si Humaira kali ni betul-betul kacau hormon ku.hehe..lagi 10 hari nak menjengah usia 2 tahun si kecik tu baru kitaran period ku bermula kembali. Itu pun lepas dah hampir 3 botol GLA complex ku telan bermula saat Humaira berusia 18 bulan.

Terkejut tapi aku agak happy jugak la sebenarnya..memang plan nak preggy tahun 2013 tapi tak sangka seawal itu dapat lekatnya.
Maka bermula la episod sihat tak berapa sihat lepas tu. Alahan dan sensitif pada bauan dan masakan terutamanya. Tekak mula rasa nak macam2. Cepat semput, penat.

8 Mac 2013:

My ofismates, merangkap geng bisnes Shaklee juga kak Ida Ifaz ajak pegi scan..actually kami punya LMP sama..tapi dia lebih dahulu tau pasal pregnancy dia..maybe bcoz she's expecting that. hehe.. so kuar ofis dah almost noon..pegi Klinik Dr Nadira kat IM dah tutup pendaftaran..ramai patient dah beratur lebih awal.

Alang2 tutup kami makan2 dulu kejap then gerak ke klinik Dr Syed Badarudin kat IM 14...pun kami lambat rupanya..tutup rehat tengahari yer.hehe..fikir punya fikir kami pun gerak ke Pusat Rawatan MUIP (Klinik Al-Farabi) pulak kat tengah bandar nun sana lepas singgah poslaju jap.

Lama menanti giliran, kak Ida masuk dulu (no dia dulu), then aku masuk bilik lain plak. Tak ingat ape nama doc nye.hehehe..tak familiar sangat dengan ku. Maklum la bukan selalu ke Al Farabi..hehe. Doc letak aje alat scan ultrasound tu ke perut ku..gerak2 sket mencari kedudukan then itu dia nampak rahim dan kantungnya..tapi........ Aku pandang penuh hairan sket.(sebab dah anak dua kan, boleh agakla ape yang bakal ku lihat sebenarnya, tapi apa yang dilihat langsung tak sama dengan andaian ku.)

Doc tu pun sama..ditekan2 lagi sekeliling nak bagi nampak clear. Sama aje ape yang kami nampak. Kantung yang membulat dalam rahimku tapi KOSONG dalamnye. Doc pun tny balik history aku...bla..bla..bla.. Lepas tu dia amik ukuran saiz kantung tu..around 8weeks katanya.

Klu ikut LMP maybe dah cecah 9 weeks+ / 10weeks la kut. Doc cakap takpe mungkin bukan based on tarikh LMP ku kut..so tggu another 2 weeks dan rescan lagi utk kepastian..maybe masa tu akan kelihatan lebih jelas kut. Aku kuar bilik tengok kak Ida dah siap tggu dah..then dia tunjuk hasil scannye.

Seriously..jauh beza dengan hasil scan ku.. Aku agak speechless sket sebenarnya sebab tak tau nak zahirkan ape perasaan aku masa tu. hehe..terkedu, terkejut, ter ape2 aje la.Balik umah tak tercerita pun kat en suami..tak sanggup dan tak tau nak mula citer macamane.

12 Mac 2013:

Ada kawan suggest scan 3D supaya lebih jelas..tapi tak pegi. Sebab?? ntah. Pegi klinik Dr Syed Badarudin aje kat Balok plak. kekeke...klinik panel syarikat keje en suami, scan free la kat sini. Hahaha masa cek UPT tu kat klinik ni la tapi tak scan terus masa tu. Kali ni pegi utk scan, result? Sama aje laa...ape lagi yang ko harapkan? baru gap berapa hari dari tarikh scan sebelumnya kan? Doc pun btau benda sama, re-scan in 2 weeks lagi.

14 Mac 2013:

Tak puas hati dengan result2 scan ultrasound dua klinik tu..aku pegi la  klinik Dr Nadira pulak kali ni. pegi awal sket. Sebelum doc scan, dia buat anggaran weeks based on LMP aje dulu..then dia ckp klu btul ikut LMP ni dah leh nampak the fetus inside..gerak2, boleh detect heartbeat dh. Seriously aku debar sangat time tu..aku tak btau pun yang aku dah pegi scan pertama kalinya kat Al-Farabi tu, then kali kedua kat Syed Badarudin.

Bila doc letak je alat tu ke perut ku..gerak2 mencari kedudukan..hmmm..the same image..sama seperti yang ku lihat tempoh hari, EMPTY SAC only! saiz sama la mcm aritu lebih kurang. Ayat yang lebih kurang sama juga macam doc kat dua klinik sebelum ni cakap..pendek kata tggu je another 2weeks and re-scan. Maybe boleh nampak perubahan kut..klu ade means takleh ikut LMP la duenya.

Ade gak macam2 soalanku tanya..hehe. Curious kan? Doc just pesan teruskan pengambilan suplemen waktu hamil macam biasa. Masa ni baru dapat kekuatan nak btau en suami perkara yang berlaku pada malam harinya.. Actually cuba cerita tanpa perasaan sedih dan en suami pun macam blur je nak faham situasi ku masa tu. Lantak dia la..


25 Mac 2013:

Aku macam migrain sket lately..maybe banyak sangat mengGoogle pasal 'kehamilan kantung kosong', 'empty sac pregnancy', then terjumpa satu frasa baru "Blighted Ovum"..migrain punye hal pegi Klinik Syed Badarudin lagi..then teringat ehhh..dah 2weeks dah dari tarikh scan aritu..so aku minta rescan sekali minta MC kes sakit kepala sangat2..dah lama tak sakit kepala mcam tu.

Hasil re-scan doc cakap takde perkembangan..kemungkinan "blighted ovum" sangat tggi. 99% la kut.. Doc tny awak nak refer hospital mana? Aku cakap HTAA aje la..so dia buatkan referral letter. Doc pesan klu ade bleeding or sakit ke kat kawasan perut/rahim tu pegi je.

Tapi memang aku tak pernah bleeding walau satu titik darah pun..sakit kawasan tu lagi la tak pernah. So aku delay kan one week kononnya baru nak pegi HTAA. tak sanggup pegi sdri sebab payah nak cari parking.hehe..tggu en suami Off day or dia sanggup amik cuti utk temankan baru ku akan pergi HTAA.

27 Mac 2013:

Ulang pergi Klinik Dr Nadira plak..hmmm...giler nak wat scan ultrasound aje masa tu sambil berharap MIRACLE dan MIRACLE lagi..huhuh. Tapi keputusan yang sama, berulang kali doc tu ukur dan pusing situ sini. Okey dah mula cuba menerima kenyataan sket, walaupun doc cakap jangan fikir banyak sangat dan yang bukan2, berdoa aje la pada Allah, teruskan suplemen macam biasa sebab UPT ku pun masih double line, alahan masih ade terasa walaupun dah makin kurang dan kurang..bleeding takde, sakit kat area situ takde. Doc cakap datang la re-scan lagi another 2 weeks pulak. Dalam hatiku cuma terdetik...TUNGGU LAGI?? Dah la mood swing aje lately..pastu menunggu lagi..doc ni macam bagi harapan lagi gitu.Huhuhu...sungguh diriku buntu sangat2 ape yang terbaik untuk dibuat masa tu..serah diri kat HTAA untuk tindakan lanjut oleh doc sana pulak or TUNGGU dan MENUNGGU..lagi!


hasil scan.. Kantung yang kosong tanpa rupa janin dalamnye.. duk elok dah dlm rahim. walau satu dot pun takde..repeat scan byk kali pun mcm ni gak..buat vaginal scan pun rupa mcm ni gak..


2 April 2013:

Kebetulan en suami off day, ku minta tolong dia hantar ku ke HTAA..kat unit kecemasan (walaupun takde kes kecemasan pun..bawak surat rujukan dr doc klinik swasta aritu). Dikategori pesakit tak kritikal.sebab takde sakit takde bleeding, pegi bodoh2 serah diri..hahaha.lama la yer menunggu satu demi satu prosedurnya. Bosan je menunggu giliran (ramai orang sakit macam2 datang ke hospital ni.)

Lepas re-scan, doc tu wat appointment aku ke unit EPAU at O&G utk refer pakar la pulak dulu.. Discuss dgn pakar dulu utk wat keputusan ape..tapi dari segi doc tu cakap dia suh aku cuci aje klu tak gugur gak nnt.

Hati makin gusar dan berbelah bagi..ade dua sebab utama:

*Student poli nak exam tak lama lagi dah (22 hb start minggu exam, subjek ku exam 23/4 sedangkan ade satu silibus dan bbrp urusan PB tak abis cover lagi)
* 6/4 aku ade Bengkel Nutrisi kat Hotel Grand Continental KT, yang mana ku dah bayar rm40 utk itu.

Oohhh...dilema sungguh nak wat keputusan masa tu.

Malamnye amik keputusan tanya kat group tertutup FB (mak2 punye group ni..) kut ade yang pernah alami situasi yang sama..then ade sorang mommy respon macam ni..



Ape boleh ku simpulkan dari kisahnya she's the lucky one..dengan situasi yang dialaminya.. Memang la bila dengar citernya buat kita menaruh sedikit harapan pada Allah mana la tau kut Allah nak bagi juga rezeki tu kan. Kuat naluri keibuannya kan?

3 April 2013:

Then bila seorang teman suggest utk ke KMC..tanya opinion pakar O&G sana..appointment yang patut ku pegi EPAU pagi esoknye ku pegi KMC dulu..sebab nak take turn jumpa doc pakar ni sangatttttt la amik masa. Doc pakar tu pun diagnose the same thing.."Blighted Ovum". Nak cuci or tunggu lagi depend pada aku katanya. Almost sehari suntuk dah kat KMC, so tak pegi EPAU that day..penat wehh menunggu.

4 April 2013:

Pegi EPAU dalam kul 10am+ macam tu..ade la sejam lebih gak menunggu..then doc wat vaginal scan.. Doc cakap vaginal scan kita leh nampak lebih jelas lagi dari scan ultrasound biasa kat perut tu. Hasil scan..sah kantungnya memang kosong..bulat gtu aje. sebab takde bleeding takde sakit doc pakar kat HTAA tu bagi kata dua..nak teruskan prosedur cuci aritu jugak atau tunggu lagi 2 weeks... so far that time aku dah menunggu dalam 3 weeks+..doc bagi tunggu lagi klu nak. Banyak2 benda ku fikir time tu..mulut tetiba je terpacul ayat.."SAYA TUNGGU LAGI LAH DOC"....sebab dilema dua perkara yang kunyatakan tadi la..take risk sdri je la.

6 April 2013:

Alhamdulillah dengan jayanye menghadiri bengkel Nutrisi Shaklee kat Grand Continental tu. Masih takde tanda bleeding dan sakit2..amik peluang balik kampung bercerita directly dengan mak. Meluah perasaan..Masa tu aku pasrah sangat dah..takut sangat nak mengharap lagi. Takut aku jadi terlalu sedih nanti.

12 April 2013:

Aku amik cuti sebab pagi tu macam sakit perut sket..banyak kali pi toilet gak..nak kata cirit tak sure la..Then ptgnye rasa dah ok sket..kebetulan ade 2 cust nak COD ptg tu..ku gagahkan diri angkut anak2 sekali..en suami keje macam biasa. Anak2 sangat lasak..Humaira nak berdukung aje kejenya takmo jalan sangat..Layan.. Malam sebelum nak tido masuk toilet..macam biasa. Then itu saat bermula... spotted bleeding kat panties. Coklat2 kaler macam orang mula nak period. Lenguh2 pinggang memang terasa ingt sebab dukung Humaira ptgnya.Telan b complex 2 biji+ 4 Oste malam tu sebab rasa over penat sangat dan lenguh pinggang.


13 April 2013:

Lenguh pinggang makin ketara..en suami pegi memancing pagi tu dengan kekawannya dan dia bawak kete..bleeding makin ketara. Pad sehelai pun takde kat umah. Sebab dah lama tak period kan? tak simpan stok pad langsung. Cover dengan tisu dapur je lipat tebal2 selit kat panties..hahaha. Perasaan masa tu..sangat2 redha dah jika ini harinya..penantian bakal berakhir. Takyah tertunggu2 lagi...


Sorry celoteh panjang sangat..kita sambung ke part 2 ye. Terima kasih setia membaca.


Update:

Sambungan kisah ni part 2 > Kehamilan blighted ovum..pengalaman bermakna buatku. (part 2)