Patut ke aku bertukar??

Hihi..entri ni bukan pasal nak tukar keje or tempat keje..bukan juga pasal nak tukar perabot kat umah or pakai kete lagi baru..tapi pasal Lutfi punya diapers.. akhir2 ni Lutfi selalu je mudah dapat rashes. Bila kasi sapu Drapoline or Pureen Nappy Cream tu ok la sket..but then weeks after jadi lagi..sian Lutfi. Tak tau la nak kata dia tak sesuai pakai jenama diaper yg sekarang ni or sebab2 lain. Padahal dah lama dah pakai Drypers ni. Drypers Wee-Wee utk siang hari, Drypers Drypantz utk malam or klu nak g jalan2..senang nak tukar.kalu kat umah, asal dia poo je terus tukar tak kira la walau baru sket dia poo..kadang2 x sampai 1hour kena tukar lagi sebab yg poo awal tadi tak lawas lagi kut..so dia poo lagi. Klu setakat basah kencing tu tggu la 4-5 jam baru tukar lagi.tp depends jugak..klu dia minum banyak kasi tukar kerap sket. Tapi klu kat nursery tak pasti la camne..tapi aku dah siap bekalkan nappy cream tu utk prevent dr jadi lagi teruk rashes2 ni. Klu kita tanya pun, of course la diorg kata diorg dah gunakan sebaiknya. Biasanya stok diapers Lutfi 1jumbo pack(70-80 pieces) boleh tahan utk sebulan setengah or 2 bulan. Agak2 berapa kali diorg change diapers Lutfi a day ek?tak penah nak calculate..huhu..

Even Drypers tu klu time promosi tak la mahal sangat, tapi klu dah kena tukar kerapkali sehari aku terfikir le jugak nak bertukar ke CD plak..cuba save cost & Go Green la plak...tapi buat permulaan mungkin just beli trial pack je kut. Tgk dulu camne keadaan dengan kulit Lutfi nnt. Banyak2 review yang aku dapati sebelum ni suggest pakai CD Lunatots. Membe2 yg dah ade pakai CD pun kata brand ni ok..Maybe aku bukan fully utilise la CD ni. Just at home aje la..kat nursery still bekalkan dispo diapers gak kut. Apepun still dalam perbincangan dgn Hubby..n of course la tggu gaji next untuk start shopping CD tuh.(klu Hubby setuju laa..)

Harap2 rashes Lutfi cepat baik n takmo la rashes2 lagi. Sian anak mama kan??

1 komen ditinggalkan:

a berkata...

petua dari kakak ipar, guna minyak zaitun sapu kat rash dia tu.. series cepat elok. dah try dh pun. cubalah.