Tapi ye la kan bila dah stop EPF tu makanya kena la pandai cari alternatif nak selamatkan nilai duit tersebut yg sebelum ni at least jadi nilai tabungan yg takleh senang2 nak korek. Sekarang bila dah dpt balik 11% nilai gaji tu kena la pandai manage duit tuh..Bila ku congak2 balik, fikir2 ape nak buat utk bulan2 yg akan dtg dgn nilai 11% tu..pastilah keutamaannya pada anak2 selain utk diri sendiri nih. Perkara terbaik yang boleh difikirkan antaranya ambil plan Takafulink dgn Prudential + medical card sekali utk si kecil comel ku itu...Damia Humaira. Sebahagian dari 11% tu dah selamat jadi duit perlindungan+pelaburan utk masa depannya.
Al maklumlah..malang tak berbau. Setiap ibu pastinya mau yang terbaik utk anak2, itu cuma langkah kecilku dalam berwaspada aje, bukan mengharap anak2 ditimpa kesakitan ataupun kecelakaan (Nauzubillah) tapi kata orang sediakan payung sebelum hujan. Jika anak sihat, pastinya mamanye ni juga yang senang hati. Incase ape2 berlaku pada saya sepanjang diorang ni nak membesar, itu aje la yang mampu dibekalkan. Moga bila tiba masa mereka memerlukan bantuan kewangan dalam ape2 perkara akan datang, harap2 tabungan itula yang mampu digunapakai. Lutfi pun dah ade plan takaful sejak umur dia 6months++. Tapi bukan dengan Pru la..sbb masa tu belum tau sgt pasal Pru ni. Apepun itu untuk kegunaan jangkamasa panjang. Insya Allah klu takde aral nak bukakan akaun Tabung Haji juga untuk Damia. Up kan nilai potongan gaji untuk TH pulak pasni.. Sebelum ni potongan hanya untuk diri sendiri dan Lutfi, insya Allah lepas ni tambah lagi sorg. Akaun TH ni lebih kepada akaun untuk kecemasan juga, manalah tau perlu guna duit utk keperluan yang urgent dn masa2 terdesak, selain tujuan utama nak menabung supaya mampu menjejak kaki ke Tanah Suci Mekah pada masa akan datang (insya Allah). Nak buka akaun Amanah Saham tu pun ade terfikir juga, insya Allah akan dilakukan mana2 yang baikla kan. Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. Kun fayakun..
Bila dikira2 cukupla tu kut dengan nilai 11% gaji nak diagih kemana2. maybe juga bleh up sket duit utk mak ayah ke..hmm..kata orang duit gaji tu lebih berkat bila diagih2 pada orang lain juga, lebih2 lagi untuk mak ayah sendri dan ahli keluarga selain dizakatkan atau diberi pada yang memerlukan. Itu bab nilai 11% tu..tapi bab duit dalam EPF tu cmne???ehehe. borang utk pengeluaran EPF dah ade.tggu nak isi dan hantar aje.
Tu yang duk byk fikir tu..rasa2nya sebahagian besar akan diperuntukkan untuk membeli rumah..kongsi2 duit dgn en Suami utk beli rumah..insya allah moga tercapai hajat nak memiliki rumah tahun ni juga. Kawan2 ofis ramai dah beli umah dari tahun lepas lagi..aku tahun ni la baru nak merangkak2 mencari lokasi2 umah yg strategik utk kami. Itupun gara2 asyk dengar orang duk cakap umah nak naik harga lagi tinggi dh lepas ni. (Harga rumah memang naik mencanak2 sekarang kan??) EPF en suami lagi byk...hehe..maklum la dia keje dh lama, kita baru je nk masuk 4tahun.hehe..EPF tak la seberapa, plus keje gomen ni nnt EPF yg bleh kuarkan bahagian syer sdri aje..syer majikan tak dpat yer!kutla nengok dalam EPF total RM puluh2 ribu..tapi bahagian sdri ntah2 belas ribu aje..klu belas ribu la kan???klu stkat 4 angka aje???emmmm...bersyukur la sbb anda masih ade wang juga plus masih dapat bekerja.
Apepun jauh terselit disudut hati ni nak beli sesuatu..sesuatu yang boleh diguna pakai untuk masa hadapan juga insya Allah..harap2 tak hangat taik ayam je dengan benda ni..Apa dia??? Saya sudah lama plan nak beli menda alah ni..cuma sebelum ni tak mampu sgt nak menggapainye, bimbang kut jadi gajah putih kat umah.
Nilah mendenya..
..portable sewing machine..
sumber pic:Mr GOOGLE
Okay..not exactly this brand and model...but some kind yang affordable dn mudah digunapakai. Sejak2 my sis, Ana beli sewing machine yg portable tu dulu.brand Brothers tak silap..diri ini pun pasang angan2 mau jugak. Dah brp tahun dh dia beli...hehe. saya???cuma setakat simpan angan2 aje dulu. Pandai menjahit ke???? Takdela kategori expert..menjahit utk diri sendiri aje bolehla. Tapi kemahiran takkan diperoleh sekadar menengok aje kan?dah lama tak pegang sewing machine, harap2 boleh la capai satu menda alah ni. Apekah en suami akan mengizinkan saya memiliknya??owhh..saya berharap sangat dia tak akan membebel2 bila saya menyuarakan hasrat hati ini untuk memiliki terhadap benda nan satu ini..sepertimana saya cuba tidak membebel bilamana dia balik dengan membawa pulang mesin jorannye yang baru. Saya cuma pandang dengan senyum kelat aje la tengok dia beli joran baru lagi. Saya tak nak sekat hobi dia so saya juga berharap dia takkan menyekat hobi2 saya..ahaha.
Haiiihhhh....borang lum isi lagi..berangan dah tinggi ke langit. Doakan saya mampu buat ape yang telah saya rancangkan itu yer.
2 komen ditinggalkan:
Beli la mesin Janome (Epal), bleh attend kelas menjahit sekali :)
tq for the info..menarik gak tu, beli mesin jahit dgn EPAL bleh sekali pakej belajar menjahit.tp harganya mmg mantop arhh..hihi. kena fikir masak2 nih..
Catat Ulasan