Makanan-makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis

Credit: Dr Adi Hashman


Dah lama dah saya beli buku ni, masa ada buat Pesta jualan buku kat POLISAS dulu. Masa tu student2 ramai yang baru dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)..so dlm beberapa buah buku yang ade, saya ambil ini sebagai salah satu koleksi bacaan saya. "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Belum habis khatam lagi tapi so far apa yang saya baca, saya boleh katakan isi kandungannya juga agak menarik. Antaranya:
  • Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
  • Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
  • Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
  • Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
  • Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
  • Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat
 Tapi hari ni saya sekadar nak berkongsi sedikit dari kandungan buku tersebut. Saya ambil beberapa ringkasan dalamnya sahaja lah untuk dikongsi bersama. Selebihnya bolehlah anda sendiri dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku berdekatan ye. Murah aje. Tak sampai RM20 pun.

************************************************************************
Makanan-makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis:

1) Minyak Zaitun
"(Kami tumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan".
-Surah Al Mukminun, ayat 20-

Abu Hurairah juga pernah menceritakan yang Rasulullah pernah berkata:
  
"Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya. Ada penyakit yang dapat disembuhkan dengannya. Satu diantaranya adalah kusta"
 -Abu Nuaim-

 Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolestrol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti oksidan. minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi. Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan,  melawan kanser dan alergi.


2) Kurma
Kurma atau buah tamar adalah makanan yang disyorkan kepada maryam, ibu Nabi Isa ketika beliau melahirkan Nabi Isa (surah Maryam, ayat 25-26). Kurma juga makanan yang sentiasa dipuji oleh Rasulullah. Kurma adalah simbol makanan yang efisien. Bentuknya kecil namun mengandungi 50 peratus glukosa ringkas.
Ini menjadikan buah ini dapat digunakan sebagai sumber kalori tanpa melalui proses pemecahan enzim yang lebih lanjut seperti sumber-sumber karbohidrat kompleks yang lain. Lapisan kulit buah kurma mengandung serat yang bermanfaat buat sistem penghadaman, mencegah sembelit dan menurunkan risiko terjadinya gangguan kolorektal. Kandungan kalium yang tinggi pada kurma bermanfaat buat jantung, saluran darah, otot dan saluran penghadaman. Kurma juga mengandungi tanin yang berfungsi sebagai pencegah cirit birit.


3) Susu
Susu adalah makanan yang lengkap dan bergelar"lima sempurna" dalam kamus nutrisi. kandungan kalsium susu yang tinggi bermanfaat bagi jantung, otot, serta metabolisme, khususnya bagi kesihatan gigi dan tulang. rasanya kebaikan ini sudah lama diketahui umum. Susu adalah antara makanan terbaik dari segi nutrisi dan mutunya.

4) Daging burung
Daging burung adalah antara model makanan yang menjadi menu makanan disyurga nanti ( Surah Al-Waqiah ayat 21). Mungkin kerana kelebihannya. Berbanding sumber-sumber makanan haiwan yang hidup didarat, kelompok unggas atau burung adalah lebih rendah paras kolestrolnya. Lemak pada burung juga berbeza dengan lemak pada haiwan ternakan. Lemaknya sudah terpisah dan terdapat pada lapisan kulitnya sahaja. Mudah bagi memisahkan dan membebaskan menu makanan daging burung daripada lemak. Antara semua sumber makanan, lemak adalah zat yang paling tidak dimahukan, terutamanya kelompok lemak tepu, lemak trans dan kolestrol yang banyak ditemui pada sumber makanan haiwan ternakan.

5) Madu
Satu-satunya makanan di dalam Al-Quran yang dinamakan secara eksplisit sebagai ubat adalah madu (surah An-Nahl, ayat69). Perkataan syifa' yang disematkan pada madu bererti mengubati secara umum dan menyeluruh. madu mengandungi glukosa dan fruktosa dalam jumlah yang tinggi dan mudah diserap. madu juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium, besi, garam iodin dan radium. 

Mengenai kemampuan terapeutiknya pula, kajian menunjukkan madu bersifat antimikrob dengan kandungan lysozm yang efektif mencernakan bakteria negatif. Pelbagai jenis enzim yang terdapat dalam madu antaranya diastase, invertase, katalase, peroksidase dan lipase. Enzim-enzim katalase pada madu berfungsi memecahkan peroksida iaitu radikal bebas yang mempercepat proses penuaan dan menyebabkan banyak penyakit degeneratif.

6) Habbatussauda (Nigela Sativa)
Rasulullah pernah berkata.
"Gunakanlah habbatussauda kerana didalamnya terdapat ubat bagi segala pelbagai penyakit, kecuali maut"
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
Dalam kajian kita mengenai habbatussauda atau jintan hitam, didapati supplemen ini mengandungi elemen-elemen yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh iaitu imunomodulator. Imunomodulator mengeluarkan interferon yang penting dalam sistem imun badan.

7) Susu awal ibu yang tidak terganti
Susu awal ibu tidak dapat digantikan dengan apa jua susu ataupun bahan makanan yang lain. Quran mencadangkan pemberian susu ibu kepada anak selama dua tahun penuh.

"Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mmereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu"

-Surah Al-Baqarah, ayat 233-
 Pakar-pakar pediatrik pula menyarankan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama. Di samping memberikan makanan pelengkap, susu ibu juga memberikan bayi zat-zat imun seperti immunoglobulin.

Bayi-bayi yang diberi susu ibu nyata lebih tahan jangkitan penyakit berbanding sebaliknya. Kegiatan menyusu bayi juga proses penjalinan hubungan emosi antara ibu dan bayinya. Bagi si ibu sendiri , menyusukan bayi bermanfaat membakar kalori dan mengurangkan berat badan yang sudah meningkat selama hamil dan turut mengurangkan risiko kanser payudara. Sayang sekali apabila terdapat golongan feminis yang radikal menolak peranan ibu yang sepatutnya menyusu dan menggantikannya dengan susu formula daripada lembu.

*********************************************************

0 komen ditinggalkan: