Hidangan western food sedap oleh Chef Azam di Azam Roaster Balok


Hari ni nak berkongsi satu restoran western food yang sangat sedap pilihan menunya yang berhampiran dengan tempat tinggal kami di Balok. Kebetulan 1 Disember sempena meraikan ulangtahun kelahiran encik suami saya. Actually ni kali kedua la kami dah menjamu selera disini.

Siapa orang Kuantan yang belum pernah singgah ke Azam Roaster ni anda patut singgah mencuba hidangan di sini lagi2 jika anda peminat makanan Barat mcm chicken chop, chicken grill, lamb chop, steak yg pelbagai nama tu, aneka jenis pasta, pizza dll lagi. Dibuka setiap hari Isnin-Jumaat (11am-11pm) dan Sabtu Ahad bermula jam 1pm-11pm.


Kenapa saya suruh anda cuba? Sebab bagi saya susah nak dapat masakan setanding hidangan hotel dengan harga yang berbaloi dan lebih murah la bagi saya. 

Betul ke hidangan setanding masakan hotel? Ye..mmg betul sebab chefnya pun mmg bekas chef hotel pun..hehe. Dulu chef Azam ni bekerja di hotel Swiss Garden Resort. Mengorak langkah membuka restoran pula. InsyaAllah pertengahan Disember nanti cawangan baru Azam Roaster akan beroperasi kat Indera Mahkota 8 Kuantan pula. Saingan hebat nampaknye untuk Secret Recipi lps ni. Hehehe...


So kebetulan harini besday en suami saya..maka kita makan2 besar sket arini kat sini. 



Takde nak booking2 or tempah dl bagi special2, kami just walk in aje. Nasib tak ramai dah customer dlm kul 9 mlm td. Klu ade yg berhajat nak buat special event pun boleh tempah meja dulu. Nak candle light dinner ke, nak birthday party ke, or even nak buat buffet kecilan dlm 30-50 org mkn pun boleh kat restoran ni. Call n book aje dulu dengan Chef Azam atau staff di Azam Roaster ni.


Hidangan special yg encik suami order- lamb chop. Murah aje rm18 utk hidangan yg marvelous ni. Dua keping daging lamb tu tau..dgn sos blackpepper dia yg sgt best itu.



Saya order chicken grill with cheese- rm16 aje. Sedap dan puas hati dgn hidangan tu.


Then kami order juga pizza chicken and pineapple serta hidangan tambahan lain utk anak2 dan kami makan sama2. Pizza kat sini satu saiz aje 10 inci je. Sgt lembut roti pizzanye. Topping mewah sungguh. Yumm yumm. Pizza jenis ni rm22. Amik yg kurg pedas sebab anak2 pun nak makan.


Air bandung soda pun ade...sedap! 

Buat encik suami, maaf tak pandai saya nak masak special2 macam ni. Hehe. Bawa pegi kedai belanja makan kompem takkan ade dengar komen hidangan saya yg kurg menjadi nnt.hihihi. Saya pula mmg seronok makan yg org masak dari saya sendiri yg masak. Tengoklah akan datang kut2 sampai keinginan nak pergi belajar buat masakan sedap2 ni sendiri.



Saya dapat makan dengan tenang bila mana Irdina pun dah tdo dlm Boba 4G saya ni. Hehe... aman mama makan nak oiii. 


Alhamdulillah mmg cukup mengenyangkan la menu2 yang kami order malam ni. Dah balik umah takleh lupa telan Omega guard dan Phytocol ST pula utk kami berdua. Hihi...makan sedap2 sgt td. Klu yang berdiet abis lari diet tu kan. Tapi makan kat Azam Roaster ni memang sedap2 menunya. Diet ke laut pun takpe la, hihi.. sesekali apa salahnya kan?


Anak2 tgk mak ayah telan 'ubat ikan'= omega guard tu..diorg pun minta juga. Tp phytocol dorg tak makan la. Tapi amik vita c chew aje. Humaira dah abis soksek hidung, Lutfi pulak tengah start soksek. Maka both ni mmg takleh lupa utk mereka.

Ok itu je nak citer mlm ni.. Nak masakan western yg best kat Balok ni meh Azam Roaster ye!Oh ya...bukan setakat western food aje ada kat sini, local food macam mee mamak, nasi goreng, char kue teow dan lain2 pun ade. Desert best2 pun ade. tak rugi try sekali pasti nak lagi.

Nak order Shaklee kat Balok ni dan sekitarnya meh cari saya..nak COD pun boleh tau! Free aje berdekatan ni. Ni no phone saya 013-9230280.



6 komen ditinggalkan:

Cik Iman berkata...

alaa kat kuantan :( baru ingat nak try gi

natura berkata...

Yummy..
Sedapnya western food..

jie susanos berkata...

nti jln2 kuantan bleh singgah ni..sdpnya lampchop tu..

Mak Jemah Jual Vitamin berkata...

semua makanan yang terhidang nampak menyelerakan..mesti sedap sungguh ni..

Ida Iar berkata...

Cik Iman, Azeni , Jie Susanos dan MJ klu singgah Kuantan boleh la cuba...buat sape2 suka makan western food setaraf hotel punye hidangan tapi nak pada kadar harga yg affordable dan tak kena tax..meh la ke Azam Roaster ni. hihi..

Papaglamz berkata...

Kuantn ke? Salam perkenalan. Sy pon blogger kuantan.. www.papaglamz.com