11 manfaat penyusuan susu ibu bagi si ibu

Hari ni ada masa sedikit nak membaca untuk refresh balik ilmu penyusuan susu ibu. Tatkala tengah hamil ni la masa terbaik nak mendalami semula ilmu penyusuan dan info penting untuk proses kelahiran dan selepas bersalin. Al maklum la, ilmu kalau memang dah ada tapi tak refresh memang akan jadi lupa balik.

So kat sini saya nak kongsikan sedikit la manfaat yang akan ibu-ibu perolehi sekiranya meneruskan misi penyusuan susu ibu untuk anak-anak selepas kelahiran mereka nanti. Susu ibu ni bukan hanya nak bagi manfaat untuk bayi yang disusui aje tau! Dengan ibu sekali dapat manfaat tu secara sedar atau tidak. Jom semak apa manfaat yang akan ibu-ibu dapat dengan penyusuan susu ibu ni.


  1. Menguntungkan secara EKONOMI
Betul ke MENJIMATKAN? haa..saat semua benda nak naik harga ni, pilihan untuk meneruskan penyusuan susu ibu pada bayi anda dapat menguntungkan ibu bapa dari sudut kewangan/ekonomi keluarga sebenarnya. Dengan menyusu secara eksklusif, ibu bapa tidak perlu mengeluarkan kos untuk makanan bayi selama minimum 6 bulan. Tak payah pening-pening fikir nak beli nestum ape, biskut bayi jenis ape, nak masak bubur apa...TAK PERLU! Yakinlah susu ibu mempunyai zat dan nutrien yang sememangnya dah cukup untuk keperluan bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Air masak pun tak perlu sumbat hanya untuk memastikan anak kenyang/hilang dahaga. Komposisi nutrien dan kandungan air dalam susu ibu cukup untuk memastikan bayi anda kenyang dan tak dahaga dah jika anda berikan mengikut kehendak mereka. Secara puratanya bayi akan menyusu selama 15-30 minit penyusuan dan setiap 2-3 jam sekali. Ada juga yang lebih tinggi kadar penyusuannya. Jangan risau, susukan sahaja anak anda dengan gembiranya.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan kos yang melibatkan gajet dan kelengkapan untuk mengepam susu,menyimpan susu? Bukankah melibatkan kos juga?

Tidak dinafikan jika anda tergolong dalam golongan ibu bekerjaya khasnya, anda pasti merasakan anda sangat memerlukan gajet2 ini untuk memudahkn niat anda meneruskan penyusuan terhadap bayi. Jika surirumah yang banyak berdamping dengan si anak, mungkin kos ini tidak perlu difikirkan sangat dan memang sangat menguntungkan. Namun jika diambil kira berdasarkan keperluan bukan mengikut trend semata-mata, kos penyediaan ini hanya dilakukan dengan nilai minima sahaja , bukan beli setiap bulan seperti nak beli susu formula. Tak percaya menjimatkan? Nanti kita buat entri lain citer keperluan ibu menyusu dengan gajet untuk mengepam susu ni ye.


     2. Susu ibu tidak pernah basi

Susu ibu selalu dikeluarkan oleh kilangnya di wilayah payudara ibu. Apabila kilang susu telah kosong, susu tersebut akan terus dikeluarkan. Sebaliknya jika susu ibu tidak digunakan kadar pengeluaran juga menjadi perlahan kerana dek kurang permintaan. Tidak perlu memerah terlebih dahulu untuk buang sebahagian awalan susu sebelum menyusukan anak. Susu ibu juga berkadaran dengan suhu badan ibu, langsung terus boleh diminum oleh bayi tanpa perlu menyukat suhunya terlebih dahulu. So,ibu nak bagi anak menyusu pukul berapa sekalipun tidak perlu risau dah basi ke belum susu didalam payudaranya. Malahan ia sumber paling segar untuk anak anda.


     3. Timbul rasa percaya diri pada ibu


Menyusu dapat memberi rasa percaya diri bahawa ibu mampu menyusu dengan penghasilan yang cukup untuk bayinya. Menyusu juga dipengaruhi emosi ibu dan kasih sayang terhadap bayi sehingga dapat meningkatkan pengeluaran hormon, terutama oksitoksin yang pada akhirnya akan meningkatkan pengeluaran susu ibu itu sendiri.

   4. Praktikal dan tidak menyusahkan

Susu ibu sentiasa tersedia disaat bayi ingin menyusu (tidak mengambil kira faktor ibu bekerja dan berjauhan dengan bayi). Langsung dapat diberikan tanpa perlu bersusah payah menyiapkan susu botol terlebih dahulu. Tidak perlu risau terlebih panas atau sejuk, tidak perlu risau terlebih sukatan atau susu atau kurang. Diciptakan oleh Allah sesuai mengikut keperluan bayi pada masa tersebut. sebab itu adakala susu ibu kelihatan sedikit cair dan sedikit pekat. Suhu semasa dan keperluan bayi adalah berbeza-beza.

  5. Menyusu dapat menunda kehamilan

Menyusu dapat menjadi cara merancang keluarga yang paling efektif untuk mencegah kehamilan jika dilakukan secara tepat dengan beberapa syarat, iaitu belum mengalami menstruasi, pemberian susu ibu tidak boleh dihentikan sama sekali dan belum mencapai 6 bulan penyusuan secara eksklusif. Dengan menyusu secara eksklusif kita dapat menunda haid dan kehamilan semulajadi. Namun tidak dinafikan dalam ramai-ramai ibu mungkin ada jua yang terlebih subur diberikan Allah walau dah buat secara eksklusif tapi lekat jua kehamilan baru tanpa sedar ketika belum mencapai 6 bulan. Itu rezeki namanya. Jangan bersusah hati.


   6. Mengurangkan risiko berat badan berlebihan

Dengan menyusu, lemak yang ada pada tubuh akan diubah menjadi air susu sehinggakan ia tidak menyebabkan kegemukan dan cepat mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelumnya. Menyusu memerlukan tenaga sekitar 500 kalori sehari, sehinggakan ibu tidak perlu mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Hasil dari kajian, berat badan sebanyak purata 0.44kg untuk setiap bulan ketika menyusu dapat dikurangkan. Ini juga bergantung pada tahap metabolisme badan ibu juga ye. Ada yang lebih banyak dan cepat turunnya di awal 6 bulan pertama penyusuan. Kalau berat mendadak naik dalam tempoh tu rasanya sebab ibu tak terlebih pengambilan kalori la tu..hehe.


Lima manfaat lagi saya sambung selepas ni ye..harap bersabar! Hehehe..

Cantik tak header baru blog aiii??

Assalamualaikum,

(Motif tajuk entri??Hahah...pemecah kesunyian blog yang dah lama tak update sebenarnya)

Lama menyepi...ku masih disini. Buat pengunjung blog mama yang masih sudi menapak ke blog ini..mungkin anda perasan lama sangat dah blog tak berupdate kan? Berapa bulan entri takde baru. Hilang ke mana tah mood nak menulis ni..hehehe.. Harini kebetulan saja2 cuba belajar software baru nak try guna pakai. Maka setelah sekian lama baru terhasil header blog ni..dulu2 takde header pun..hehe. Tapi sebab alang2 nk berjinak menggunakan Illustrator punye pasal..try la buat something useful maka terhasil la header baru yang masih macam caca marba sebenarnya. ekekekeke...tak pe lah, first trial not bad la kut ye. Any comment tentang header blog ku? Macam comel kah? Macam burukkah?hehe..
Saja cari mood sebelum nak hidupkan balik dan bersihkan laman sesawang daku ni. InsyaAllah daku cuba upload entri2 bermanfaat dan campur2 dengan story yg santai2 juga la nanti.

Ke mana menghilang selama ni?

Ada aje buat rutin harian biasa...bisnes Shaklee pun jalan macam biasa juga sebelum2 ni..Alhamdulillah masih tak putus customer yang datang mencari produk Shaklee dengan saya. Thanks u all. Sape2 nak beli produk Shaklee beserta dengan konsultasi percuma tentang produk yang anda beli tu...jangan segan2 contact mama ye... 013-9230280 (preferable SMS/WHATSAPP la buat masa ni.) Al maklum la masih terikat keje di ofis...takleh senang2 gayut di handphone sokmo. Klu by sms/whatsapp tu insyaAllah bila ade masa terluang akan balas segera. Klu lambat reply sket tu tanda ada sesuatu yang sedang dikerjakan ye. Tambahan pula sekarang mama dah tukar skop kerja baru, masih ditempat keje yang sama kat POLISAS Kuantan tapi berubah job posting aje..nanti later mama story mory hal tu..berkait la gak dengan kerajinan mencuba buat header baru tu..hehehe. Ade drafting bbrp post sebenarnya bulan2 yang lalu tapi semua takde penutup cerita so tak terpublish la akhirnya. Peram jadi pekasam dahhh..haha. Nak publish macam citer basi dah..tengokla cmne gaya nanti, klu berkenan mama publish jua.

Buat yang belum mengetahui..Alhamdulillah, mama sekarang melalui fasa pregnancy dah masuk 2nd trimester dah juga sekarang. Alhamdulillah...lepas episod keguguran April lepas Allah bagi peluang kedua hamil lagi tahun ni, boleh baca kisah tergantung ni pasal kehamilan Blighted Ovum yang dialami awal tahun aritu. Nape kisah tergantung? Sebab part 2 tak sambung2 smpai sudah..aduilahhh...maafkan saya. Terlupa nak sambung story tu.

Sekarang dah pun menjangkau usia 18-19minggu dah. Perut pun dah nampak, anak2 pun dah makin teruja nak tggu adik baru yang sedang membesar dengan jayanya dalam rahim mama ni. Yg sulung kata nak adik boy, yang second nak adik gegirl..macam2 ragam. Hehhe..tapi yang pasti jantina belum dikenal pasti lagi. Takpela itu kemudian tau pun takpe. Syukur Allah bagi rezeki pregnant lagi ni pun rasa tak terhingga dah syukurnya.

Till we meet in another entry ok? InsyaAllah..akan cuba update blog sehabis rajin daku nanti. Banyak benda nak story sebenarnya tau!