@Cuti-cuti di Melaka ::Part 1::

Post yg lepas tu aku ade cakap nak gi bercuti di Melaka kan??haa..yg ni baru nak upload citernye..dan gambo2 sepanjang kami di sana..3 days 2 nights.. (30 Dis 2009 - 1 Jan 2010). Aku wat by part la ek.. takler panjang bebenor story utk 1 entry tu nnt..

FYI, aku ke sana selepas Hubby decide nak g Melaka..nape Melaka??Saje2 nak melawat Bandaraya Bersejarah tu jer..dah lama tak ke sana..tapi ye laa..bukan senang nak booking hotel menjelang New Year Eve kan?Ramai betul manusia di bumi Melaka dalam tempoh tu..padat dan nak cari parking kat bandar pun susah..Tambah2 plak byk tempat bleh g Melaka tu..stakat 3 hari 2 mlm yg kitorg pegi tu blum cukup nak jelajah Melaka yang kurang besarnya tuh..Maybe lepas2 ni klu nak gi Melaka lagi masa yang akan dipilih bukanlah waktu mcm aritu.. serik laa..

Perjalanan pegi bertolak dalam pukul 12pm kut..konon2 nak turun lagi awal tapi pepaham jer laa..aku ni suka benor wat keje last minute.Lambat kemas kain baju..dan kemas umah..lambat la perjalanan nak bertolak tu.. Hubby mmg dah pot-pet-pot-pet dah..aku je wat donno..Kami tak penah drive ke Melaka, so aku just tanya pendapat cik RR je nak lalu mana nak gi Melaka..she suggest a few ways..kut Segamat, kut Muadzam-Kuala Pilah, or nak rentas KL dulu ker..so on da way pegi kami decide lalu ikut Segamat je la. RR pesan pastu masuk Tangkak sebelum cari Highway dan kuar ikut exit Ayer Keroh..then cari la sendiri jalan nak ke hotel kami kat area Tanjung Kling. Tapi sebab pilot(Hubby) tak dengar arahan co-pilot(aku la tuh..)hihi..laluan kami lepas sampai Tangkak tu tak gi masuk highway tapi pegi lalu kut Jasin. Dah brp byk signboard entry to highway tapi sebab tak confident lalu kut Jasin je la menuju ke Bandaraya Melaka tuh.

Alkisahnye..sampai kat simpang tiga..ke kanan menuju ke Ayer Keroh, ke kiri menuju Ayer Molek/Bandaraya. Aku pun tak pasti which way yg lagi dekat nak sampai ke Tanjung Kling tu. Tapi aku cakap suh amik laluan Ayer Molek/Bandaraya tu jer..Sesat2 nnt pun boleh cari lagi laluan..sambil2 masuk ke pusat bandar kan..mana tau leh survey2 jln sket. Tapi Hubby kata aku buat dia pening kepala..tadi suh kuar ikut Ayer Keroh tapi nape nak amik laluan Ayer Molek plak..aku balas la balik, klu ikut highway mmg la amik exit Ayer Keroh..klu dah lalu jalan kampung ni mana la aku tau jalan mana paling dekat.. Apa salah lalu ikut Bandaraya kan??Besar2 Melaka tu pun setakat satu daerah kat negeri aku jer. Redah je la laluan tu. Tapi disebabkan dia rasa bengang dengan aku time tuh jugak dia berenti tepi jalan dan exchange jawatan..aku kena jadi pilot lak..kui..kui..kui..aku tak kesah pun...sebab last2 dlm kul 5pm aku berjaya juga bawa Persona ku itu sampai ke Everly Resort Hotel di Tanjung Kling. 5hours ok kami take time nak pegi Kuantan-Melaka. spesifiknye..Kuantan-Tanjung Kling. Klu orang lain aku tak pasti laa..tapi memandangkan ini 1st time ok la kan..(Nasib baik aku dah study sket kat intenet tu map nak ke Tg. Kling from Bandar Melaka tuh..ade lah hint2 sket dlm kepala kena cari signboard tuju ke Klebang)





..Pics yg sempat snap on da way from Kuantan.. 
i'm da co-pilot dis time..

Sampai2 je kat Hotel..hmm..kami dah tak sabo2 nak check-in. Mau rehat..penat sehh..lama dah tak jalan jauh2 ni. Stkt balik kg kat KT tu paling lama 3 jam jer..kecuali kalu balik raya la..maunye jadi 5-6 jam paling cepat. ok..back to the story..

Dah sampai kat hotel terus park dan masuk check-in, tak angkut beg terus pun..relax2 dulu..dapat room level 7. Ohh..lupa nak btau, bilik kami tu Superior Room ajer. Sampai2 kat bilik..Hubby aje yg duk relax..Lutfi terus lari2 satu bilik, terjah situ sini..maklumlaa..biliknya agak luas la..bedroom separate dgn living room, ada kichenette (abaikan jika ejaan salah), bathroom sama aje mcm mana2 hotel yg penah ku pegi. Bila perut dah rasa lapar kami pun decide nak turun, kuar jalan2 cari makan. Kebetulan pulak Lutfi dah poo lak.. Lepas change diapers dia bermula la eksplorasi kami pusing2 Melaka.





ok..to be continued...

0 komen ditinggalkan: