Memaparkan catatan dengan label vacation trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vacation trip. Papar semua catatan

Cuti-cuti Malaysia : Pulau Perhentian Kecil

Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan nak bercuti bersama keluarga tersayang last weekend. Actually ini adalah percutian pertama ku bersama mak ayah dan beberapa orang adik-adikku juga. Sayangnya en suami tak dapat join sekali sebab bekerja shift. Alhamdulillah jua diizinkan suami saya untuk kami 3 beranak menyertai program singkat family saya ni. Kami pergi 2 hari satu malam aje la kiranya..Masa cuti hari Wesak lepas.

Bertolak balik dari Kuantan hari Khamis malam Jumaat. Tunggu adik dari JB dulu..tak berani gak nak drive sesorang bertemankan anak-anak kecik aje. Alhamdulillah..dapat nap seketika lps sampai Kuala Terengganu. Bangun pagi bersiap lebih kurang jam 8+ pagi baru bertolak dari umah menuju ke jeti Kuala Besut..cadangnye nak awal sket tapi biasalah..haha..meleret2 bersiap. Bawak bekalan spageti mak celur siap2..dan kuah bolognese. Itu juga sarapan awal sebelum bertolak.hehe.. Bawak bekalan air kosong (RO water) satu gelen. Bekalan untuk kegunaan kat sana ada juga beberapa paket megi, roti putih dua bungkus, tuna 2 tin, kacang panggang dalam tin kecik, kuah carbonara (Prego) 2 tin, cendawan butang dlm tin..dan bbrp bekas sudu garfu jua untuk kegunaan kat sana..incase terlebih lapar kan, ada bekalnya. Maklum la makanan/minuman kat pulau mahal2 sket.haha..Kalau bercuti bawak banyak duit makan kat sana aje takyah bekal2. Tapi sebab pegi dalam group yang boleh tahan ramai..9 dewasa + 2 kanak-kanak (Mak, ayah, saya, adik+suaminya, adik2 single mingle ade lagi 4 orang, dan 2 anakanda ku).

Saya tak lupa bawa sesuatu yang sangat berguna juga untuk kegunaan di sana.. Penapis air mudah alih Shaklee Water Pitcher la semestinya..haha! Kata air mahal kan? Kut bekalan air bawak tak cukup ke boleh la guna jug penapis mudah alih tu juga. Tapi Alhamdulillah takde la guna byk kali sangat sebab bekalan air yang kami bawak memang cukup untuk keperluan sehari disana. Saje standby dulu.

Perjalanan kami menuju ke Pulau Perhentian Kecil ni sebenarnya bukan atas mana-mana pakej percutian. Semuanya arrange by individu yang sangat membantu kami..seorang Cikgu sekolah mak saya bekerja. Dia la tolong uruskan untuk perjalanan naik bot, penginapan kat guest house dan juga makan minum dan aktiviti kami kat sana. Kami tinggal sedia duit aje..tu pun ada aje yang dia taknak terima kami bayar..hehe.. Terima kasih cikgu Dah membantu kami. Dia memang asal dari pulau sana..kiranya kami bertourist guide anak tempatan la. hehe..





Sampai kat jeti Kuala Besut dalam kul 10-11 pagi kut..lepak2 jap menanti tourist guide kami.. tak igt exact hour sbb tak tgk jam. hujan renyai2..dalam hati rasa macam tak best aje..mcmne nak mandi manda hujan2 gini..haha.Kami menunggu agak lama jugak la di jeti tersebut..maklum lah bukan pergi dengan pakej mana2 so ade bot tertentu aje la kena tunggu giliran.. Perjalanan dari jeti ke pulau memakan masa lebih kurang 30 minit. Naik bot laju la tu..berkapasiti untuk 12 orang lebih kurang. Lagi besar bot lagi panjang masa perjalanan ye..sape2 naik feri ke maybe drag sket masa. Tambang RM60 untuk pergi dan balik atas sorang dewasa. My kids free aje..

Lama menunggu dekat nak masuk waktu Zohor baru dapat naik bot lajunya. Tunggu trip turn kami. Nasib baik tak melepas yang tu kalau tak kami kena naik yang selepas solat Jumaat selesai..ye aritu kami pergi hari Jumaat. so waktu solat Jumaat diorang rest la kejap kut. Perjalanan yang penuh pengalaman buat diriku dan anak2 pastinya. First time kami naik bot laju tau! Nasib baik setengah jam aje. Alhamdulillah cuaca agak baik, mendung2 aje, tak panas membahang macam situasi biasa di pulau2. Dapat la bersnorkling petang tu. kami smpai ngam2 orang tgh baca khutbah Jumaat. So mana yang lelaki pegi solat Jumaat dulu..yang perempuan amik kunci bilik guest house dan angkat barang masuk bilik. kami dapat dua bilik aje beraircond lagi..Alhamdulillah. Satu bilik untuk lelaki, satu utk perempuan. Boleh la kan?? sekadar nak stay satu malam. Kos penginapan rm150 satu bilik.

Layan gambar2 aje pula yer..hehe..

















 Antara menu special dinner kami...yummy!



 Seronok walau seketika..kami bertuah sebab cuaca tak membahang. makanya takdelah yang menggelupas kulit or surnburn teruk2 walau tak pakai lotion sunblock pun.. Untung gak datang masa renyai2 di jeti..sampai pulau mendung2 aje cuaca..redup sekali. InsyaAllah jika ada rezeki akan datang bercuti bersama suami juga maybe ke Pulau Redang plak next..hehe..Kelakar kan jadi anak Terengganu dah 30 tahun..first time pegi pulau2 cantik ni..haha. I love this short vacation!




@Cuti-cuti di Melaka ::Part 2::



Malam pertama kat bumi Melaka..dengan tak tau arah tujunye kami pun main redah aje ke bandaraya Melaka tu. Sampai je kat tempat ni..Melaka River Pirate Park,ohoo..nampak ade orang naik bot menyusuri sungai di tepi yang nampaknya agak dalam jugak tuh. Kami berhenti makan2 dulu kat tepi tu..dah kenyang perut baru kami melangkah masuk ke taman tu. Dekat kaunter tiket tulis nak naik bot bukan kat situ tempatnya.. oooo...baru aku tau bot cuma lalu jer situ..tapi nak ke tempat yang ditulis tu sah2 la kami tak tau..malas nak meraban malam2 kami lepak2 aje situ..naik ferris wheel kat situ a.k.a Eye on Melaka..nak naik Eye on Malaysia tak jumpa jalan.. susah yer nak cari jalan malam2 ni..sekarang dah tak leh naik Eye on Malaysia dah..kena sita kan? just a few days after aku balik dari Melaka tetiba kuar berita disita tuh.. (pasal tak bayar hutang sewa..uhuhu..apela Malaysia ni.orang ade benda tu nak jugak..dah sewa mahal2 tapi keuntungan tak seberapa...bleh kira berapa ramai je nak naik sangat benda tuh..ooppss..) aku naik Eye on Melaka tu pun pasal si Lutfi ni dah macam orang jakun excited sangat bila nengok benda tu berpusing2 dengan sorotan cahaya lampu ikut rentak muzik tu. Budak2 kan..taknak bagi naik kesian gak asyik terdongak dan pusing kepala nengok benda tu aje..tangan pun asyik tunjuk2 sambil mulut tu bising nak sebut tak reti lagi kut.....bayangkan punya susah nak bergambo pasal bila suh dia tengok kamera dia pegi tengok benda alah tu..tapi bila dah dapat naik tu diam aje dia nengok kat luar.. takut nak terlompat2 kut.. Fee dia RM5 utk sorg dewasa..kanak2 dicaj hanya RM3 utk 3years old above..so aku n Hubby + Lutfi (free..) naik kena la caj RM 10 aje.. brp kali pusing??patutnya 3x aje..tapi rasanya org yg jaga mesin tu tak perasan kitorg..hahaha..pasal kejap kitorg buka lampu dalam tu,kejap kitorang tutup..so kira2 dalam 5x la kitorg pusing...hihihi.. Selain dari ferris wheel ade lagi pirate ship..yg ni tak la adventure sgt..stakat ayun kiri kanan ajer..naik pun rasanya tak la tinggi sgt..tak mcm certain2 tempat ade yg jenis pusing2 360 darjah..takut juga mau naik tuh..tapi sebab tak mencabar kata Hubby dia malas la nak naik..huhu..ye ke Hubby?hihi.. pastu ade yg panjat2 tu ape ke namanye ek?wall climbing ke?tak pasti laa..lagi satu benda pun aku lupa ape nama..tapi stakat nak duk santai2 ok jer..dah bosan kami pun blah..konon2 nak cari jalan ke Eye on Malaysia ke, Menara Taming Sari ke..nak cari tempat shopping macam dah tak sempat..lalu2 ajer la..tapi tak sampai pun ke area Dataran Pahlawan..tak tau jalan mana patut amik..last2 pusing je ntah ke mana..bila dah rasa lapar lagi kami just pegi cari burger tepi jalan then singgah ke 7E beli minuman 3-in-1 dan roti..buat bekal malam..kut lapar malas kuar kan..malam tu tdo awal la jugak dalam kul 11 kut..badan penat mata ngantuk.. Plan hari seterusnya..ke A Famosa Water World kat Alor Gajah..dengan harapan hari cerah menyebelahi kami..nak main air puas2 yuk!

@Cuti-cuti di Melaka ::Part 1::

Post yg lepas tu aku ade cakap nak gi bercuti di Melaka kan??haa..yg ni baru nak upload citernye..dan gambo2 sepanjang kami di sana..3 days 2 nights.. (30 Dis 2009 - 1 Jan 2010). Aku wat by part la ek.. takler panjang bebenor story utk 1 entry tu nnt..

FYI, aku ke sana selepas Hubby decide nak g Melaka..nape Melaka??Saje2 nak melawat Bandaraya Bersejarah tu jer..dah lama tak ke sana..tapi ye laa..bukan senang nak booking hotel menjelang New Year Eve kan?Ramai betul manusia di bumi Melaka dalam tempoh tu..padat dan nak cari parking kat bandar pun susah..Tambah2 plak byk tempat bleh g Melaka tu..stakat 3 hari 2 mlm yg kitorg pegi tu blum cukup nak jelajah Melaka yang kurang besarnya tuh..Maybe lepas2 ni klu nak gi Melaka lagi masa yang akan dipilih bukanlah waktu mcm aritu.. serik laa..

Perjalanan pegi bertolak dalam pukul 12pm kut..konon2 nak turun lagi awal tapi pepaham jer laa..aku ni suka benor wat keje last minute.Lambat kemas kain baju..dan kemas umah..lambat la perjalanan nak bertolak tu.. Hubby mmg dah pot-pet-pot-pet dah..aku je wat donno..Kami tak penah drive ke Melaka, so aku just tanya pendapat cik RR je nak lalu mana nak gi Melaka..she suggest a few ways..kut Segamat, kut Muadzam-Kuala Pilah, or nak rentas KL dulu ker..so on da way pegi kami decide lalu ikut Segamat je la. RR pesan pastu masuk Tangkak sebelum cari Highway dan kuar ikut exit Ayer Keroh..then cari la sendiri jalan nak ke hotel kami kat area Tanjung Kling. Tapi sebab pilot(Hubby) tak dengar arahan co-pilot(aku la tuh..)hihi..laluan kami lepas sampai Tangkak tu tak gi masuk highway tapi pegi lalu kut Jasin. Dah brp byk signboard entry to highway tapi sebab tak confident lalu kut Jasin je la menuju ke Bandaraya Melaka tuh.

Alkisahnye..sampai kat simpang tiga..ke kanan menuju ke Ayer Keroh, ke kiri menuju Ayer Molek/Bandaraya. Aku pun tak pasti which way yg lagi dekat nak sampai ke Tanjung Kling tu. Tapi aku cakap suh amik laluan Ayer Molek/Bandaraya tu jer..Sesat2 nnt pun boleh cari lagi laluan..sambil2 masuk ke pusat bandar kan..mana tau leh survey2 jln sket. Tapi Hubby kata aku buat dia pening kepala..tadi suh kuar ikut Ayer Keroh tapi nape nak amik laluan Ayer Molek plak..aku balas la balik, klu ikut highway mmg la amik exit Ayer Keroh..klu dah lalu jalan kampung ni mana la aku tau jalan mana paling dekat.. Apa salah lalu ikut Bandaraya kan??Besar2 Melaka tu pun setakat satu daerah kat negeri aku jer. Redah je la laluan tu. Tapi disebabkan dia rasa bengang dengan aku time tuh jugak dia berenti tepi jalan dan exchange jawatan..aku kena jadi pilot lak..kui..kui..kui..aku tak kesah pun...sebab last2 dlm kul 5pm aku berjaya juga bawa Persona ku itu sampai ke Everly Resort Hotel di Tanjung Kling. 5hours ok kami take time nak pegi Kuantan-Melaka. spesifiknye..Kuantan-Tanjung Kling. Klu orang lain aku tak pasti laa..tapi memandangkan ini 1st time ok la kan..(Nasib baik aku dah study sket kat intenet tu map nak ke Tg. Kling from Bandar Melaka tuh..ade lah hint2 sket dlm kepala kena cari signboard tuju ke Klebang)





..Pics yg sempat snap on da way from Kuantan.. 
i'm da co-pilot dis time..

Sampai2 je kat Hotel..hmm..kami dah tak sabo2 nak check-in. Mau rehat..penat sehh..lama dah tak jalan jauh2 ni. Stkt balik kg kat KT tu paling lama 3 jam jer..kecuali kalu balik raya la..maunye jadi 5-6 jam paling cepat. ok..back to the story..

Dah sampai kat hotel terus park dan masuk check-in, tak angkut beg terus pun..relax2 dulu..dapat room level 7. Ohh..lupa nak btau, bilik kami tu Superior Room ajer. Sampai2 kat bilik..Hubby aje yg duk relax..Lutfi terus lari2 satu bilik, terjah situ sini..maklumlaa..biliknya agak luas la..bedroom separate dgn living room, ada kichenette (abaikan jika ejaan salah), bathroom sama aje mcm mana2 hotel yg penah ku pegi. Bila perut dah rasa lapar kami pun decide nak turun, kuar jalan2 cari makan. Kebetulan pulak Lutfi dah poo lak.. Lepas change diapers dia bermula la eksplorasi kami pusing2 Melaka.





ok..to be continued...