Mak Ayah kembali sebumbung..ohh aku gembira!

Mak+Ayah

After 2years+few months had passed..at last they can be together under one roof again..everyday! 

Itulah harapan aku, dan juga yang pasti harapan mak+ayah aku. Aku pasti itu antara hadiah terbaik yang diterima oleh Ayah sepanjang hidupnya selama ini. Semalam aku dpt sms dari Ayah:
"Bertukar ke SK Losong sebelah Pasar Cabang Tiga KT mulai 8 Feb 2010"
Sejak Oktober 2007..lebih kurang 2 bulan lepas aku dpt keje kat Kuantan ni..ayah pun dapat promotion jadi Guru Besar kat SK Felda Cherul, Kemaman. Sejak detik itu la bermula perjalanan ayah+mak sebagai pasangan PJJ di usia 50an. Memang la Felda Cherul(Kemaman)-Padang Midin(K.Trg) tu sekadar memakan masa paling lama 2 jam je..but of course la itu agak memenatkan juga. Lebih2 lagi klu time cuti raya perjalanan akan jadi lebih berganda masanya. Setiap petang Khamis ayah akan bertolak balik ke KT, then setiap kali lepas Subuh hari Ahad ayah akan bertolak ke sekolah semula. Jadi Guru Besar bukan macam guru biasa..asal cuti sekolah je boleh cuti. Jadi Guru Besar kejenya ofis hour la mcm aku ni. Paling tak best time cuti sekolah..bosan btul kan kena pegi keje juga dengan hanya bertemankan 2 orang PAP@PAR@kerani sekolah la..sekolah yg besar kecil rasa macam besar sgt sebab kesunyian berada di mana2 aje. Klu time raya puasa lagi tak best..tahun lepas ayah aku kena keje dah pada raya ke-3. Sebab cuti raya kan 2 hari aje. Dlm pekeliling kerajaan mana boleh biarkan ofis kosong selain hari cuti umum/hari bukan bekerjakan??So terpaksa la ayah aku dan kerani yg 2 org tu amalkan sistem giliran kerja. Hari raya ke-3 ayah aku keje, raya ke-4 kerani lagi sorg kene keje, hari ke-5 kerani lagi sorg kene keje.. maknanya ade satu hari ayah aku kene keje sorg2. Kalu aku kena keje kat ofis sorg2..mau jadi sewel walaupun sehari aje. klu duk Kuantan leh fikir nak ngular kat bandar..klu kat Felda nak  ngular mana??Sian ayah..time raya mana ada kedai makan nak buka kan? so ayah cuma berbekalkan dengan nestum 3-in-1 aje..selain sket mknn yg mak bekalkan utk bertahan keje 1hari tuh. Kalu mak aku takde hal memang dia akan ikut dan temankan ayah tapi dah hari raya..ade sedara mara jauh2 dtg nak jumpa. kalu harapkan kitorg adik  beradik je melayan mmg tak jadi la.

So dengan mendapat perkhabaran begitu..of course itu adalah hadiah terbaik yang ayah terima tahun ni. Get back at home dengan mak. Mak pun dah tak perlu risau tggl bertiga aje dengan adik2 aku yg masih sekolah tu kat rumah mcm dulu. Aku kalu Hubby takde kat umah malam2 pun rasa tak berapa secure..gaduh ke tak gaduh itu belakang kira..asalkan ada seorg lelaki yg boleh kita harapkan utk jaga keselamatan di rumah itu dah cukup kan? So..sekolah baru yang Ayah dapat tukar tu cuma dalam 1/2 jam perjalanan aje paling lama pun klu jalan jammed. Pagi2 kan org sibuk g ofis,budak2 gi sekolah.Tapi lalu shortcut maybe 15 mnt dah sampai dah. To my dearest DAD..enjoy the last moment with SKFC. (Mesti skrg Ayah tgh sibuk2 uruskan hal ofis sebelum pindah ke tempat baru..so SKFC blum tau lagi akan dapat bila GB baru.)

0 komen ditinggalkan: