Separuh Ramadhan telah berlalu..

  Salam..
Sedar tak sedar dah separuh Ramadhan berlalu pergi kan? Ibadah ku sepanjang Ramadhan ni pun tak seberapa. Sedih juga memikirkan betapa aku ni tak reti nak merebut peluang itu utk membanyakkan lagi amal ibadahku. Keazaman diri tak cukup kuat lagi. Apepun dengan hari2 yang masih berbaki ni, ku harap umurku masih panjang untuk sama2 menambah amalan baik ku. Lagi 2hari pula Nuzul Al-Quran..azam nak khatamkan Quran sepanjang puasa ni pun belum terlaksana dengan jayanya lagi. Entahkan sempat, entahkan tidak.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk beribadah di bulan mulia ini.

Setakat 15hari ni, niat utk pose penuh tak mampu terlaksana. Ade satu hari dh lubang dh..gara2 termuntah balik waktu pagi sebelum gi kerja. Masa tu dah hari ke berapa pose ntah..nak tak nak terpaksa aku berbuka juga..sebab tekak terasa keloyaannya time tuh. Bimbang juga terhidrat di hujung hari. Actually dah 2 kali aku bersahur hanya beralaskan kurma dan air milo aje..bukan pasal lewat bangun, tapi gara2 termuntah lepas sahur. Nasib ade sedikit waktu lagi utk bersahur, kebetulan masa tu bangun sahur awal sket, so kurma aje la pengalas kelaparan. Makanan lain dh habis buat sahur, roti pula takde dlm stok nk buat alas perut. Alhamdulillah diberikan jua aku kekuatan untuk meneruskan puasa sepanjang 2 hari tu, walaupun di hujung2 waktu dh agak lembik  dh. Memang aku tak terbayangkan pun dalam keadaan mengandung macam ni aku mampu teruskan puasa dalam cara bersahur begitu. Sepanjang puasa perut tak berkeroncong atau rasa angin langsung..cuma penat dan lembik dihujung2 hari aje. Itulah keberkatan bulan Ramadhan kan?Tapi pose ganti cukup menyeksakan..sebab tu awal2 aku berazam tak nak kena ganti walau sehari pun. Tapi Allah lebih mengetahui..burn juga sehari. Apepun aku bersyukur sangat2 aku diberi kekuatan utk terus berpuasa.

Waktu bulan pose ni..rajin juga Lutfi 'menolong' di dapur saat aku sibuk nak siapkan juadah berbuka. Sibuk nak goreng ikan sama, nak masak nasi, basuh beras sama2..teringat aku satu video penah aku rakam. Masa tu usia dia dalam 1tahun lebih kut..ingt2 lupa dah. Aksi main masak2 oleh Lutfi...layan! hehe...igtkan anak dara je minat main masak2.



Sila abaikan keadaan dapur yang sempoi dan comot2 itu..hihi.

p/s:Lagu raya telah mula berkumandang  harini di corong2 radio..semangat nak cuti lebih dari semangat nak keje.. Harap2 tak terover excited nak raya sampai lupa Ramadhan masih berbaki.. Lailatul Qadar masih belum terlewat untuk dikejar.



0 komen ditinggalkan: