Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Menjelang Rejab..Syaaban..Ramadhan..

Salam ceria buat teman2 blogger,

Sebelum sambung update entri pasal kehamilan blighted ovum part 2 plak..refreshing time dulu yuk!
Diam tak diam sudah menjelang tibanya bulan yang dinanti2 umat Islam. Bulan yang penuh dengan berkah..dan rahmat Ilahi.
Apa persediaan kita dari segi rohani dan jasmani? Mana yg belum berganti puasa masih ade kesempatan lagi selagi usia masih ada, kesihatan masih diberi. Yuk..ibu2..anak2 gadis..yang belum ganti posenya kerana uzur syarie last year. Yang mana tggl pose secara sengaja..mungkin ini masanya pulang ke pangkal jalan, sucikan diri, mohon keampunan dan doa moga2 tahun ini kita semua umat Islam dapat mengerjakan Rukun Islam ketiga ini dengan sempurna. Ganti puasa yang belum berganti..bayar fidyah jika perlu bayar kerana denda. Islam itu sentiasa memudahkan umatnya. tangguh ganti puasa tak kena double ganti pose..skdr bayar fidyah yang pasti ramai orang mampu membayarnya. Tapi sebaiknya jangan ditangguh kewajipan pada Allah ini. Mati tak kira usia dan tahap kesihatan. Itu janji Allah. Reminder for myself too..jom muhasabah!

Count down to Rejab, Syaaban, Ramadhan..
Tik..tok..tik..tok.. 


Mungkin dari sekarang kita dahleh buat persediaan menyambut bulan yang mulia ini...Setiap bulan Islam ade keistimewaannya..namun antara bulan yang dinanti-nanti umat Islam..Ramdhan..bulan untuk menambah kebajikan dengan pahala berlipat ganda ditambah bila kita ikhlas melakukannya.
Syawal memang ade yg dah nak rai dah..siap beli baju/langsir /kain utk tempah buat beraya.. tapi sebaiknya biarlah kita lalui bulan2 ini denga jayanya dulu barulah terasa seronok meraikan kemenangan itu nanti.

"Ya Allah..panjangkanlah umur kami untuk melalui sepanjang bulan Ramadhan mu kali ni.. Berkatilah setiap masa dan rezeki yang telah Engkau berikan pada kami ini"

~Ameenn~

Set Istimewa untuk persediaan berpuasa anda!



Sedar tak sedar Syabaan sudah menghampiri pertengahan bulan..Maknanya Ramadhan juga bakal tiba tak lama lagi. Dah buat persiapan untuk menghadapi puasa nanti? Syabaan merupakan bulan yang bagus untuk kita mula praktis berpuasa sementara menanti hari tibanya Ramadhan. Masih tercari-cari supplemen yang bersesuaian untuk membantu anda berpuasa dengan lebih baik? Kenapa perlu supplemen??Jika anda atau ahli keluarga anda terdiri daripada kategori / golongan di bawah mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil supplemen dari Shaklee sebagai satu usaha untuk memastikan bulan Ramadhan bukanlah suatu alasan lagi untuk anda tidak berpuasa penuh.

Siapa yang saya maksudkan dalam golongan tersebut?
  • IBU MENYUSU yang risau SUSU MERUDUM
  • IBU HAMIL yang risau TAK LARAT
  • Kanak-kanak yang sedang BELAJAR BERPUASA
  • Mereka yang bekerja keras/ di bawah matahari terik (rsiko untuk ter nyah-hidrat tinggi)
  • Warga Tua
Kenapa SET 3GEM ini sesuai untuk seisi keluarga?

1) ESP ( Retail Price : RM150 WM / RM 155 EM)
  • Non GMO soy protien 
  • Indeks glisemiknya rendah membuatkan kita lebih BERTENAGA dan kenyang lebih lama 
  • Mengatasi masalah GASTRIK  
  • Mengurangkan masalah susu merundum
  • Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

 2) Performance Drink
( Retail Price: RM 82.50 WM / RM87.50 EM)
  • Mengekalkan kandungan air di dalam badan 
  • Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
  • Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (Retail Price: RM 113.75 WM / RM121.25 EM)
  • Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga
  • Elakkan sembelit.


********************************
I'm Your Shaklee Independent Distributor
Kuantan Pahang
ID: 865095
norlida134@gmail.com | 013-9230280

Separuh Ramadhan telah berlalu..

  Salam..
Sedar tak sedar dah separuh Ramadhan berlalu pergi kan? Ibadah ku sepanjang Ramadhan ni pun tak seberapa. Sedih juga memikirkan betapa aku ni tak reti nak merebut peluang itu utk membanyakkan lagi amal ibadahku. Keazaman diri tak cukup kuat lagi. Apepun dengan hari2 yang masih berbaki ni, ku harap umurku masih panjang untuk sama2 menambah amalan baik ku. Lagi 2hari pula Nuzul Al-Quran..azam nak khatamkan Quran sepanjang puasa ni pun belum terlaksana dengan jayanya lagi. Entahkan sempat, entahkan tidak.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk beribadah di bulan mulia ini.

Setakat 15hari ni, niat utk pose penuh tak mampu terlaksana. Ade satu hari dh lubang dh..gara2 termuntah balik waktu pagi sebelum gi kerja. Masa tu dah hari ke berapa pose ntah..nak tak nak terpaksa aku berbuka juga..sebab tekak terasa keloyaannya time tuh. Bimbang juga terhidrat di hujung hari. Actually dah 2 kali aku bersahur hanya beralaskan kurma dan air milo aje..bukan pasal lewat bangun, tapi gara2 termuntah lepas sahur. Nasib ade sedikit waktu lagi utk bersahur, kebetulan masa tu bangun sahur awal sket, so kurma aje la pengalas kelaparan. Makanan lain dh habis buat sahur, roti pula takde dlm stok nk buat alas perut. Alhamdulillah diberikan jua aku kekuatan untuk meneruskan puasa sepanjang 2 hari tu, walaupun di hujung2 waktu dh agak lembik  dh. Memang aku tak terbayangkan pun dalam keadaan mengandung macam ni aku mampu teruskan puasa dalam cara bersahur begitu. Sepanjang puasa perut tak berkeroncong atau rasa angin langsung..cuma penat dan lembik dihujung2 hari aje. Itulah keberkatan bulan Ramadhan kan?Tapi pose ganti cukup menyeksakan..sebab tu awal2 aku berazam tak nak kena ganti walau sehari pun. Tapi Allah lebih mengetahui..burn juga sehari. Apepun aku bersyukur sangat2 aku diberi kekuatan utk terus berpuasa.

Waktu bulan pose ni..rajin juga Lutfi 'menolong' di dapur saat aku sibuk nak siapkan juadah berbuka. Sibuk nak goreng ikan sama, nak masak nasi, basuh beras sama2..teringat aku satu video penah aku rakam. Masa tu usia dia dalam 1tahun lebih kut..ingt2 lupa dah. Aksi main masak2 oleh Lutfi...layan! hehe...igtkan anak dara je minat main masak2.



Sila abaikan keadaan dapur yang sempoi dan comot2 itu..hihi.

p/s:Lagu raya telah mula berkumandang  harini di corong2 radio..semangat nak cuti lebih dari semangat nak keje.. Harap2 tak terover excited nak raya sampai lupa Ramadhan masih berbaki.. Lailatul Qadar masih belum terlewat untuk dikejar.



Bila terlalu lama menyepi..

Huihh..berkurun rasa tak melayan blog..tetiba dtg angin bosan dengan design template lama..ubah lagi. tapi rasanya lagi mudah sket kali ni sebab widget2 sedia ade dulu tak hilang. Tak payah susah2 nak save dulu template lama.

Berkurun jugakla tak buat entri baru..Macam2 hal dah berlaku sepanjang dlm sebulan dua yang lalu. Terkini.. waktu2 alahan yang memualkan dan menyeksakan sket demi sket berlalu. Cuma skrg ade batuk2 sket.. so time terover batuk tu boleh menyebabkan tekak geli2 sket dn adela rasa2 nak muntah sket tu. tak amik ape2 ubat pun..just minum air kosong je byk2 sket terutama malam hari sebelum tdo..nak harap minum air kosong siang2 kdg2 langsung lupa.

Time pregnancy kali ni pun agak2 menduga la dengan alahan yang bermula pada minggu ke 11..huhu... org lain dh nak abis trimester pertama maka alahan2 pun berkurang. Tapi aku dh nak habis trimester pertama itulah baru nak start alahan. masa pregnant Lutfi dulu..tau aje aku pregnant masuk mggu ke 6, next weeknya dh start alahan.. tapi yg ni..taunye pregnant masa 6weeks jugak..cuma simptom alahan tu lambat sket..apepun syukur jugak.sebab pregnant kali ni mmg confirm kena minum air gula pasal history pregnancy dulu aku GDM (Gestational Diabetes Mellitus) masa bulan ke7 pregnant. Awal2 dh gi buat buku merah, awal2 dh kena telan air gula yang manis gilerrrr tuh (OGTT). Nasibla masa tuh belum alahan. takde masalah besar la nak minum. For those yg nak tau semanis mana air gula tu..just imagine macam ni la.. glukos sebanyak 75g akan dibancuh dengan segelas air suam (1 paket gula mcm kat hotel tu lebih kurang 5g, so klu 75g jadila lebih kurang dlm 15 paket gula hotel tu dibancuh dengan segelas air aje). klu gi hotel paling byk 1cawan kopi atau teh tu aku guna dlm 3 paket aje dh agak manis la..inikan pulak 15 paket).

Alhamdulillah, awal pregnancy ni OGTT aku tak sangkut.. sebelum minum air gula kdgn glukos aku cuma 4.6mmol/L (lepas kena puasa lebih kurang 8jam start malam sebelumnya) ..and after 2hours lepas minum dalam lingkungan 6.4mmol/L. still dalam kadaran selamat la. Apepun aku tau akan datang bila mggu pregnancy dah bertambah kena buat lagi test tu. so start skrg ni dh kena control diet la. So, bila sebut control diet kebetulan pula..insya Allah esok Ramadhan 1431H menjelma kembali. Aku mohon agar diberi kekuatan mengharungi bulan puasa kali ni. First time kena pregnant bulan puasa, takleh nak bayangkan keadaannya. Tapi aku yakin, Ramadhan bulan penuh berkat.klu niat dah nekad puasa Insya Allah pasti aku juga mampu harunginya macam ibu2 lain juga yang sama situasi dengan aku. Buat kawan2 semua..

SALAM RAMADHAN 1431H

moga2 tahun ni kita diberi peluang menikmati sepenuhnya keistimewaan bulan Ramadhan yang tiada dibulan lain..