Entri arini just nak share aktiviti singgah sekejap kami sekeluarga sewaktu ada kesempatan balik kampung sebelum ni..gambar2 dan cerita ni kiranya dah basi la..hehe.tapi baru terasa nak berkongsi kat sini arini. Saje isi masa senggang plus takde idea nak update citer ape kat blog ni. Moga2 ada maklumat baru yang dapat saya kongsikan disini untuk mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana.
Gambar-gambar blur tu sebab amik pakai handphone cikai yang banyak berjasa ni..hehe. paham2 aje la yer.
First2 sampai ke TTI korang akan jumpa pintu gerbang besar yang menyambut korang datang. Then terus aje masuk cari la kawasan parkir kat dalam tu..either nak ke Masjid kristal or Taman Monumen. Kat Masjid tu korang leh lepak free2 aje kat luar..lepak dalam masjid??apa kes nak lepak2?kan tempat solat..hehe.
Kalau nak masuk Taman Monumen kena bayar yer, ade satu gambar amik ttg pakej yang ade. Kalau bukan pakej mahal sket la kut by individu..lupa nak snap gambar juga.
Masjid Kristal..salah satu tarikan di TTI |
Peace from Lutfi! |
K.A.M.I |
Dpn pintu utama masjid kristal |
Side view dari arah sungai Terengganu, |
Harga dan pakej bayaran yang tersedia di TTI. Taman Monumen tu besar dan luas..kalau malas jalan better amik pakej On Buggy aje..senang naik keretapi kecik yang bawa korang pusing satu taman nnt. |
Bangunan pintu masuk Taman Monumen..kami tak sempat masuk sebab dah lewat dah..6.30pm closed yer. |
Cenderamata tanda ingatan..fridge magnet le ape lagi..hehe. |
Selamat Datang! Kempunan nak masuk sbb lepak kat masjid kristal lama sangat..haha.amik angin sepoi2 dari sebelah sungai aje kan?? |
Take a break.. |
Kat bawah ni sedikit yang kami sempat snap kat Muzium Negeri Terengganu..takleh nak snap banyak pasal pakai kamera hp yang kurang mesra sket..ahaha. blurrrr.
Mulakan pendakian ke puncak tinggi!haha..kami sampai ke kayangan dah! |
Main entrance: ade tempat jual tiket sebelah tu..lupa nak snap harga. |
WAKTU OPERASI GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Hari Sabtu hingga Khamis
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Jumaat
- bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
- dibuka semula pada jam 3.00 petang - 5.00 petang
Hari Kelepasan Am
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja
PERKHIDMATAN TIKET MASUK GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Warganegara Malaysia
Dewasa
|
RM 5.00
|
Kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun
|
RM 2.00
|
Kanak-kanak sekolah berpakaian seragam
|
RM 1.00
|
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun
|
PERCUMA
|
Dewasa
|
RM 15.00
|
Kanak - kanak
|
RM 10.00
|
crdt:museum terengganu
Kenal tak monumen ape kat belakang tu?? Ye..antara tinggalan sejarah negeri Terengganu yang tersohor..Batu Bersurat! Bukan batu belah batu bertangkup ye..hihi |
Okay dah penat...take a break jap sambil menikmati pemandangan luar muzium yang tenang lagi mendamaikan itu. |
Budak comel nampak penat tapi tak reti-reti duk diam sangat. Nak panjat tangga tinggi-tinggi kalau boleh! |
Sebelum balik..posing satu! |
Lutfi nak intai ikan dalam kolam bawah tu |
I Miss my hometown!! Nak balik kampung la. Tapi en suami pulak agak sibuk..dengan kerja shiftnye. nak balik berbuka kat umah mak ayah saya or PIL mana2 pun tak kisah laa..janji dapat balik Terengganu. Rindu nak terjah Bazar Ramadhan kat Terengganu sebab pasti akan jumpa juadah2 istimewa tempatan musim puasa begini. Yang pasti sukar nak ditemui kat tempat lain.
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan