Bandar Kuantan - Jalan sehala 'percubaan' untuk atasi jalan jammed or tambah jammed??

Berhajat nak turun ke bandar Kuantan? Mahu jalan-jalan dalam bandar Kuantan? Mungkin anda harus pertimbangkan soal masa dan tujuan anda dulu ye.. Since 22 Julai 2013 bandar Kuantan dah start buat rombakan jalan dah.. JALAN SEHALA 'PERCUBAAN' bermula tarikh 22/7/13 - 21/10/13.
Sepertimana yang anda dapat lihat kat gambar-gambar dibawah.. Saya screeshot dr FBPage Kuantan.





GPS anda tiada maknanya lagi kut klu masuk bandar Kuantan sekarang ni..So bila drive klu tak biasa dengan bandar Kuantan..sila ada co-driver ye. Sian nanti sesat dalam bandar pulak. Tatkala ini sebagai pemandu kena alert dengan jalan-jalan yang dulunya dua hala kini dah jadi satu hala sekarang..so memang kena alert dengan papan tanda yang ada. Lagi bagus kasi print Map cadangan atas tu sebagai panduan. Takdelah nnt kes salah masuk laluan..pastu jauh plak kena pusing balik. Yang penting pandu berhemah, alert dengan pemandu lain juga ye. Kalau jadi budak baru dapat lesen ni maunya daku tak masuk bandar sorang2..sian rasa nak2 area dari Jalan Tun Ismail (H) nak menghala ke Jalan Beserah dan nak masuk ke Jalan Teluk Sisek  (I) tu. harus ada keberanian nak cross lane ok.

Mungkin ada yang gelak2..alaa..KL JB jalan lebar2 takde hal la..ye, sebab mostly sana dah terbiasa situasi 'bagi laluan'. Kat Kuantan ni, haha...boleh tgk macam2 style kedekut bagi jalan muncul tau! Klu driver baru dapat lesen P confirm kecut perut sket la kut..kecuali klu mmg dah otai sgt bwk kete kan? So, happy driving ye u'olls..Haha! Jangan maki2 banyak sangat bulan pose ni. Habis pahala.. Jomlah adapt dengan perubahan yang ada. Jika ada sebarang cadangan bernas boleh contact pihak MPK Bahagian Jalan seperti no talian tertera di atas tu.

*Orang kuantan pun leh haru biru dengan 'jalan baru' ni.. Takpe..alah bisa tegal biasa.. Tambah jammed or dapat atasi jammed? haha...ramai yang kata makin sesak jadinya sebab konfius dengan jalan yang dulu 2 hala dah jadi sehala...


UPDATE:
Haluan jalan sehala dah diubah lagi dah. Refer latest yang bawah ye! (credit FB Page Kuantan)

0 komen ditinggalkan: