8 Cara Mengatasi Mabuk dan Loya Ketika Hamil

Mabuk dan loya ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami diawal kehamilan yang disebabkan oleh perubahan hormon yang meningkat sewaktu hamil. Dalam 8 dari 10 ibu yang hamil mengakui mereka menghadapi situasi ini yang biasanya berlaku diawal pagi dan ada juga yang berlarutan seharian. Saya juga mengalami perkara yang sama namun dengan cara yang berbeza disetiap kehamilan sebelum ini. Mengandungkan anak sulung paling lama mabuk dan loya ini berlarutan sehingga bulan kelima kehamilan. Persoalannya, apakah ada cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah mabuk dan loya ini?



Berikut ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan situasi mabuk ketika hamil ini menjadi lebih teruk:

1) Elakkan dari mendekati bauan yang menyebabkan anda akan berasa mabuk atau loya. Sesetengah ibu ketika mengandung mengalami hidung yang agak sensitif dengan bau dari sekeliling. Samada bauan yang wangi dari mana-mana pewangi, bau busuk rokok, bau masakan dan mungkin juga bau pasangan sendiri! Beritahu rakan sekerja mahupun ahli keluarga jika anda mudah mabuk atau loya dengan bauan yang mungkin datang dari persekitaran harian anda.

2) Minta seseorang masakkan atau belikan makanan buat anda sekiranya anda tidak tahan dengan bau makanan yang dalam kuantiti banyak dan memberi aroma yang lebih kuat. Selalunya makanan yang mempunyai aroma berempah dan pedas meningkatkan rasa loya ada pada makanan tersebut. Makanan yang bertumis dengan minyak yang banyak juga mungkin menimbulkan bau yang kurang selesa di hidung anda.

3) Makan kerap tapi dalam kuantiti yang kecil.
Kebanyakan wanita hamil akan berasa lebih sihat apabila dapat mengambil hidangan yang sedikit tapi lebih kerap dan meminum air sedikit demi sedikit sepanjang hari. Ibu mengandung tidak harus kurangkan makanan atau cecair dan kalori dalam badan sewaktu loya dan mabuk melanda. Ini akan menjejaskan kesihatan ibu itu sendiri sekaligus kesihatan bayi mungkin terganggu.

4) Ambil sumber protein yang ringan sebelum tidur.
Bagi mengelakkan gula darah menjadi rendah diwaktu pagi sekaligus menjejaskan keperluan tenaga anda untuk permulaan pagi, pengambilan sumber protein sebelum tidur pasti membantu anda mengatasi masalah ini. Pastikan ia dalam kuantiti sederhana cuma.

5) Sediakan kraker / biskut kering dalam paket kecil.
Menyediakan kudapan yg lembut dan kering serta mudah dicapai pada bila-bila masa membantu anda mengatasi masalah loya da mabuk yang berpanjangan. Perut yang terlalu kosong atau terlalu penuh boleh menyebabkan rasa loya anda semakin teruk. Boleh disimpan dalam beg tangan atau ditepi katil anda beberapa paket kecil ini.

6) Pengambilan makanan bersitrus / bauan sitrus
Sesetengah orang mengesyorkan anda menghidu bauan buah-buahan sitrus. Anda boleh memarut kulit lemon dan juga buah oren. Letakkan didalam sebuah uncang kecil dalm beg. Sekiranya berasa loya datang, hidu bauan tersebut. Anda juga boleh mengambil gula-gula berperisa lemon/oren, air lemon atau hirisan buah lemon atau oren sendiri.

7) Pengambilan Vitamin B6
Dari kajian, Vitamin B6 didapati mampu mengurangkan  rasa loya. Jika ia tidak terdapat di dalam  vitamin pranatal anda, sila minta pada doktor untuk mempreskripsikannya untuk anda.

8) Pengambilan halia dalam makanan/minuman.
Air halia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang loya akibat kehamilan malah  untuk apa saja keadaan yang boleh menyebabkan anda berasa loya. Anda boleh dapatkan secawan teh halia panas atau juga pengambilan gula-gula berperisa daripada halia.Satu lagi pilihan adalah mengambil halia dalam bentuk pil yang mudah ditelan bagi mengurangkan kemabukan anda.

Satu perkara yang mungkin menghampakan anda, walaupun banyak cara yang disenaraikan diatas tetapi masalah mabuk hamil adalah berbeza bagi setiap individu. Anda harus mencuba penyelesaian yang diberi satu persatu untuk mengetahui mana satukah penyembuh terbaik masalah loya ini pada diri anda sendiri. Walaupun sesetengah wanita mengalami mabuk yang teruk ketika hamil (dipanggil hyperemesis gravidarum) ia bukannya penyakit ye. Majoriti wanita mampu menangani masalah mabuk hamil mereka bersendirian. Jika anda benar- benar tidak larat untuk melegakannya dengan cara anda sendiri, jangan berlengah untuk dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor anda.

Melalui pengalaman saya sendiri setakat 3 anak sebelum ni, pengalaman mengandungkan anak pertama dan ketiga agak sama, mengalami saat-saat mabuk dan loya yang agak teruk sehingga tidak larat bekerja. Hampir-hampir nak serah diri ke hospital untuk masuk air namun saya cuba bertahan sambil mencari-dan mencuba segala macam petua yang diberikan. Namun bezanya pada saat mengandung yang ketiga saya telah menemui penyelesaian terbaik melalui Shaklee akhirnya.

Bagaimana Shaklee membantu dalam menangani masalah loya atau mabuk hamil?

Seperti mana yang disarankan dalam 8 cara di atas, ada tiga produk Shaklee yang mampu membantu mengatasi masalah loya dan mabuk hamil yang teruk iaitu dengan mengambil Vitamin B complex, VitaC Chewable dan juga Peppermint Ginger Shaklee.


Rasa sitrus buah pada chewable vita C mampu menghilangkan loya dan mabuk hamil

B complex Shaklee complete dengan semua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik.

Penggunaan pil halia (peppermint ginger mampu mengurangkan rasa berangin dalam badan)

Ketiga-tiga produk inilah yang saya cuba saat mabuk hamil yang teruk melanda. Pil peppermint ginger saya larutkan sebiji dua di dalam air panas dan diminum seperti teh halia juga. Ia sangat sedap dan benar-benar membantu mengurangkan angin mual-mual didalam perut dan badan. Alhamdulillah ia benar-benar berkesan bagi saya.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama seperti yang telah saya lalui sebelum ini, saya sangat mengesyorkan anda mencuba ketiga-tiga produk ini sekaligus. Sekiranya berminat bolehlah menghubungi saya di talian  013-9230280 samada melalui Whatsapp/sms/Call.

 

Pembelian set ini boleh menggunakan kad kredit / kad debit?

YA! KLIK SINI untuk membuat pembelian anda.

 

2 komen ditinggalkan:

Unknown berkata...

Assalam. Nice Entry. Isteri saya Alhamdulillah tak alami alahan atau mabuk sepanjang hamil.

Silakan visit http://jejarihaq2u.blogspot.com

syuhada berkata...

bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)