Breastpump Review | Lacte~Duet Electric Breastpump yang awesome!

Hari ni saya nak buat sedikit review / perkongsian pandangan saya tentang pam susu Lacte Duet yang saya gunakan selepas kelahiran Irdina Zulaikha, anak ketiga saya. Bersemangat nak terima baby baru, seawal bulan 2 saya dah start survey breastpump baru. Due date kelahiran bulan 5. 

Actually ini bukan pam susu pertama saya pakai tapi yang keempat dah. Yang terakhir pakai Spectra 3 (S3) masa menyusukan Humaira. Alhamdulillah banyak jasa pum tu tapi sebab rasa gedik sangat nak cuba jenis dual phase electric breastpump, maka setelah beberapa jenis yang saya survey ini lah yang paling memikat hati saya dan juga dalam bajet saya ketika itu.
 
My Lacte Duet di sebelah tangan si debot comel saya ~ Irdina

Alhamdulillah ia satu pembelian yang berbaloi bagi saya, walaupun awalnya ada rasa berbelah bagi nak beli atau tidak sebab saya masa tu fikir nak sambung cuti lepas habis cuti bersalin atau tidak. Sebab bagi saya kalau nak duduk rumah aje, keperluan terhadap pam elektrik (double pum plak tu) bukanlah satu keutamaan yang tinggi. Pakai pam sebelum ni pun dah ok kut. 

Tapi memikirkan saya tetap akan naik kerja balik awal tahun hadapan, tak salah kut saya nak beli lagi. Tambahan pula S3 saya memerlukan saya menghantarnya pergi ke servis terlebih dahulu jika nak guna balik. Sebab performancenya dah makin kurang la sejak dah lama jadi tukun bila saya mula stop aktiviti pam di ofis sejak Humaira mencecah usia 2 tahun lebih. Just direct feed aje waktu dirumah. Waktu kerja dah mula tukar ke FM slowly masa tu. So S3 saya tersimpan rapi dibeg tanpa dipeduli sangat.


Apa yang anda akan dapat jika membeli satu set pam ini?

Seperti mana namanya Duet~maka ada dua botol, dua corong la untuk kegunaan belah kiri dan kanan. Bahagian yang ada diperbuat dari bahan yang bebas BPA. Penting ni ciri-ciri BPA-Free.

Corong pam plastiknya mempunyai getah silikon yang boleh diceraikan part-by-part. So ia lebih mudah untuk simpanan tapi part nak guna leceh sket la berbanding S3 saya dulu yang sekaligus aje corongnya.Yang part membran aje berasingan bagi pam S3.

Yang Lacte Duet boleh pisah part by part. So kebarangkalian untuk ter'missplace' tu ada kalau anda seorang pelupa.Hihihi. Tapi dari sudut positifnya ia lebih mudah dicuci dengan bersih.


Aksesori corong pam yang boleh diceraikan pada beberapa part dan botol serta tubing (aksesori asal)
Jika nak dibandingkan saiznya dengan S3 memang Lacte lebih kecil dan ringan la. So sangat convenient nak dibawa ke mana-mana. 

Tapi kalau nak banding dengan Medela FreeStyle (FS), Medela punye lebih compact sket lagi. Average saya boleh katakan tentang saiznya not so bulky but not too little. Pegang satu palm pun ok lagi. 

Dah namanya electric breastpum of course la kena sambung pada kuasa elektrik nak gunakannya. Takde bateri macam FS tapi yang best ia still boleh mobile

Nak mobile camne? Boleh pakai power bank aje nak gunakannya. Power bank yang cucuk nak charga handphone tu ke? Ye..yang seangkatan dengannya pun boleh. Asalkan anda ada adaptor USB la. SO it is still a mobile breastpump too. 

Saya dapat kabel power bank tu percuma dari penjualnya hari tu. Paling best sebab ia tak consume banyak power pun, dalam 20-30 minit saya pakai menggunakan powerbank 10000mAh, ia hanya menggunakan dalam 1% - 2% aje dari penggunaan kuasa dari powerbank. Jimat kan? Still boleh charge telefon berkali-kali juga lagi sambil mengepam. 

Saat saya mengepam siang tadi saya sedang menghadap laptop sambil buat kerja sambil mengepam dan saya cucuk kabel USB tu ke laptop aje. Memang convenient kan? Kat laptop pun boleh cucuk kasi power kat pam..hehe. Adaptor asal yang dapat saya baru gunakan sekali dua aje kut. Jarang pakai power elektrik direct ni.

Pilihan penggunaan kabel adaptor - nak jenis plug adaptor (aksesori asal) atau USB adaptor (Freegift)

Dari segi paparan luaran, Lacte Duet ada beberapa butang yang memainkan peranannya masing-masing. 
1) Butang power On/Off.
2) Butang pilihan dual phase- Simulation @ Expression
3) Butang + untuk tinggikan speed sedutan
4) Butang - untuk rendahkan speed sedutan
5) Butang pilihan dual pump / single pum Left or Right

Haa...ni la antara ciri yang saya tertarik hati nak cuba pam ni. Selain dari konsep dual phase macam FS juga, ia juga mempunyai pilihan single or double pam. Nak kiri or kanan saja pun boleh pilih. 

Memandangkan tubing dia asing2..takde Y or T connector pada tubing so ia memastikan level suction single or double tetap sama, takde istilah bila ON sebelah je, suction jadi lagi power. Kiranya pilihan single or double, level of suction tetap maintain hebat. 

So kalau nak buat tandem pumping (menyusu anak sekaligus pam susu disebelah lagi) pun takde hal la.. Boleh aje! Kalau S3 pula bila kita pilih jadi single pum, suction level akan lebih power. Sebab disambung pada satu pam yang sama aje.. walaupun tubing asing-asing. Lacte Duet ibarat 2 pam dalam satu housing! Menarik kan? Sebab tu saya terbeli...hehehe.

Jika anda rajin survey dionline, anda boleh buat pilihan untuk membeli pam ini secara set tunggal (pam dan aksesori dalam satu kotak shj) ataupun pembelian secara pakej yang mana lebih jimat biasanya. Pembelian secara pakej anda akan diberi pilihan beberapa pakej mengikut penjual la. Macam saya ni, beli secara pakej yang mengandungi perkara berikut:

1 unit of Lacte - Duet Electric Breastpump worth RM499.00 
1 unit Autumnz Posh Cooler Bag worth RM55.90 (which can fit the pump well) 
10 bottles of Bumble Bee PP Milk Storage Bottles worth RM38.90 
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00 
1 year Warranty 
Free Gift from Kedai Kecil DL (USB adaptor)

Semua sekali berjumlah RM540.00 including Free Postage.

Kalau rajin survey atau beli masa promosi tertentu mungkin anda boleh dapat lagi murah kut! Macam saya ni malas nak survey banyak sangat. Saya dah tetapkan range harga yang nak dicari, serta spesifikasi paling memenuhi kehendak saya la.


 
Rupa camni la cooler beg pilihan saya. Cantik kan?




Susu perahan pertama kali pakai pum ni pada hari ke3 kelahiran Irdina ~ dalam 1.5oz je
Gambar diatas menunjukkan hasil susu perahan pertama menggunakan pam Lacte Duet ni. Masa ni baru aje masuk hari ketiga. Saya dah mula rasa bengkak tapi susu takla meriah lagi masa ni. Cubaan pam dapat la 1.5oz. Namun 1.5oz yang cukup berharga tu, susu pekat warna kuning keemasan lagi tu menunjukkan kaya dengan kolostrum masa tu.

Takde dipengaruhi dengan suplemen berwarna kuning seperti B complex, sekadar Ostematrix (kalsium magnesium) sahaja buat masa tu. Mungkin juga sebab masih awal dan juga dalam proses mencari keserasian dengan pam baru maka jumlah susu yang keluar pun masih malu-malu juga. Apepun Alhamdulillah, jika takde permulaan yang sedikit camne nak jadi meriah kalau tak diberi rangsangan kan?

Hasil mengepam setelah dah 4 bulan+ si Irdina, lama dah asyik direct feed aje sejak mama cuti panjang

Dan petang semalam setelah Irdina mencecah 4 bulan lebih (kira2 3 bulan dah tak mengepam kut) saya akhirnya pasang balik pam tadi gara-gara si kakak Humaira yang buat permintaan nak rasa susu mama dalam botol.

Dah lebih setahun wean off tetiba minta, sian sangat nangis2. Ingat bagi sket untuk dia, sket lagi buat praktis adik Irdina minum, last2 hampir semua dia minum. Si adik minum sket aje. Setelah sesi direct feed hingga Irdina tertidur baru mulakan aktiviti mengepam susu, Alhamdulillah dapat la dalam 4oz+ dalam 20 minit mengepam setelah sesi direct feed sebelumnya.

Lama dah tak rangsang pengeluaran susu lebih banyak, sekadar ikut demand Irdina aje dalam beberapa bulan yang berlalu. Sekarang kena rutinkan balik la, sebab tempoh cuti saya pun dah tak lama lagi dah. 2 bulan setengah aje tinggal. Huhu...why time flies so fast hah? Kena ajar dia minum susu ibu thru botol susu pulak.

Bagaimana dengan bunyi pam ni? Kuat, sederhana atau slow aje?

Kalau tanya saya, secara terangnya saya cakap takdelah senyap terus~ still ade bunyi suction tapi agak lembut juga la. Tapi insyaAllah tidakla sampai mengganggu ketenteraman orang lain. Kalau tutup dengan kain mungkin hilang sket bunyi tu. Tidaklah seteruk bunyi motor yang macam mesin rumput ke,hihi.. Ia juga punyai suction level sehingga 9 level. Meh tgk video yg saya rakam ni.

 

Andai kata anda rasa dual pam terlalu sukar untuk anda handle serentak, haa..Lacte juga ade Solo Pump sekarang. Pasti harga pun lebih murah la. Jangan tanya saya harga ye, saya pun tak pasti yang Solo ni. Tapi ianya juga pasti sehebat Lacte Duet cuma kurang satu corong pam sahaja.

 
Comel tak Lacte Solo?
Okey, so itu saja lah review  saya tentang breastpump Lacte Duet yang awesome juga la bagi saya. Dengan harga masih mampu milik walaupun kena la menabung juga nak memilikinya. At least tak cecah ribu ringgit dengan spesifikasi yang ada tu. SO NICE la dapat memiliki pam ni. Siapa pakai Lacte Duet juga boleh say Hi di ruang comment? Nak juga tau ape feeling anda pakai pam susu ni.
Best ke?



31 komen ditinggalkan:

Cik Iman berkata...

Belum try lagi Lacte Duet nie, saya baru pakai yang Solo punya. Rasanya beza Duet dengan Solo tu, level dia kurang la dari Duet :) Tapi suction lembut je kan?

Ida Iar berkata...

Pasal level saya pun tak sure, tapi suction sama je kut. sebab bila saya tukar mode dual ke single sama je level suction saya rasa. lembut aje tu mmg pasti dah.

Unknown berkata...

Salam,boleh bagi review puan mengenai Lacte Pump ini di http://www.go-lacte.com/ kerana ada gift untuk costumer yang bagi review :)

Unknown berkata...

Salam Puan,boleh bagi review puan mengenai Lacte Pump ini di link http://www.go-lacte.com/ kerana ada gift untuk costumer yang bagi review :)

Tanpa Nama berkata...

Pakej yg sy beli rm499.00 free postage..
Free gift yg sy dpt,autumnz storage beg,power bank,usb adapter,1 pek jj breastmilk beg 7oz,v-cool ice bricks 1..beli dengan Aqilah Idris

aishah berkata...

→ LACTE DUET ELECTRIC BREASTPUMP ←
==========================
Harga: RM450 + FREE GIFTS BERNILAI LEBIH RM100 + FREE POS SEMENANJUNG

+ FREE Vcool Bag (Boleh simpan pam dan botol)
+ FREE 4 Extra Bottle BPA FREE
+ FREE 3 Plastic Breastmilk Storage
+ FREE Icebrick
+ FREE USB CABLE for powerbank
+ FREE POS dalam Semenanjung
Malaysia
From HafsahCollection www.myhafsah.com
To order: whatsapp 0196611782

Tanpa Nama berkata...

Can I know if we use power bank, is the suction still strong as when we use DC?

RiNa FaRiD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ida Iar berkata...

Cik Puan Anonymous..

Using power bank does not effect the suction power. for me la..so far i have use this in both situation. it is just the same as using DC supply.

nur ayman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ida Iar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eMMe berkata...

Assalam mmg dah survey breastpump ni juga yg saya minat, tapi lom cukup uwangnya... skrg ni manual pun manual laaa...dah biasa, cepat je, hehehe...

ietams berkata...

tq ye bagi review pam ni..
saya tgh cari info pasal ni. memang berguna

Unknown berkata...

Good info.tq

diari hati berkata...

salam..sis..nak tanya lacte duet ni berat x..boleh ke kalau saya masukkan dalam poket baju masa saya buat kerja..sebab saya kerja di makmal..x duduk meja..

Ida Iar berkata...

salam puan diari hati,

klu nak masuk poket lama2 berat tu terasa gak. tapi beratnya saya rasa tak lebih 1kg la. sebab dia tak la kecik sgt.tak besar sgt. tapi tak la seberat dan sebulky pam spectra 3 saya dl. it is bigger n heavier la klu banding dengan FS or lacte solo.

klu nk mudah maybe boleh masuk dlm sling beg yg fit dan sangkut dlm beg gtu. masuk poket klu poket quite big ok la kut..tapi better masuk sling beg je la.senang.

Unknown berkata...

cik .. saya nak tanya ada x jual getah yg kat kepala pump.. bocor la

Ida Iar berkata...

Boleh tny mana2 kedai yg jual breast pump utk sparepart tu ade jual rasanya.

Tanpa Nama berkata...

Salam nak tanya kalau getah tu masih ok tp warna dah kekuningan perlu ke tukar ye? Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya kalau getah tu mcm kekuningan sikit tp masih ok perlu ke tukar ye?

Ida Iar berkata...

Salam Puan White Rose..tq for dropping by here

Getah yang dimaksudkan tu membran yg psg dlm botol tu ke? atau getah tiub? Pandangan peribadi saya la, getah kekuningan tu cuma petanda ia dah agak lama diguna/tersimpan lama pun bleh jadi juga.

Jika getah yang dimaksuadkan tu membran kecil nipis tu..selagi ia masih elok dan tidak menjejaskan kualiti mengepam..suction still ok, tak perlu ditukar pun, tukar hanya jika membran tu koyak atau mengeras..

Sebab membran kecil nipis tu memberi peranan besar dlm impak sedutan pam. kaler jd seasoned kekuningan takde mslh kalau masih berfungsi elok.

harap ia membantu puan.

sheyra berkata...

Nak tanye,corong die ok kalau breast besar?

Ida Iar berkata...

Pn Sheyra..setakat feedback kwn2 sy yg bersaiz cik B besar insyaallah sedap pakai juga. takde mslh.

Unknown berkata...

Nk tye,sy pkai pam brand neh,tp susu xkeluar pun..salah pasang or macam?

Unknown berkata...

Nk tye,sy pkai pam brand neh,tp susu xkeluar pun..salah pasang or macam?

Ciqeane berkata...

Salam. Saya pakai spectra 3 sebelum ni. Ni baru nak survey breastpump baru. Suction lacte duet ni ok tak compared dengan spectra 3? Breast rasa kosong tak lepas mengepam? Saya rasa suction spectra 3 bagus, cuma nak beli baru untuk lebih semangat nak pump bila ada new baby:) tq.

Ida Iar berkata...

Salam puan Ada Wanda. Jika langsung tak keluar susu ada beberapa perkara perlu dicek kenapa tetap tak kuar susu. Paling mudah bertanyakan kembali pada penjual set pam itu pada puan adakah betul cara penggunaan puan lakukan. Silap pemasangan atau termiss satu part pun boleh mengganggu proses mengepam. Jika puan tak pernah memakai pam elektrik sebelum ini, ia juga mungkin mempengaruhi. Ada orang memerlukan beberapa percubaan untuk mendapat titik keserasian dengan mana-mana pam yang dibeli. Atau boleh tanyakan pada mana-mana BF peer counselor berdekatan dengan puan.

Ida Iar berkata...

Salam puan Ciqeane,
Sama la kita pun pakai pam Spectra 3 sebelum ni. Kelainan paling ketara tentang suction yang boleh saya katakan la, S3 suction dia lebih kuat berbanding Lacte. Tapi kelebihan untuk Lacte ni dia ade dua fasa sedutan. Stimulation dan expression. so dia lebih mimik kepada hisapan baby la. lebih soft tapi tetap memuaskan hati dan boleh rasa kosong lepas mengepam. Level suction Lacte ade 9, tapi so far saya lebih guna pada level 4 atau 5 sahaja maksimum. Memang lebih teruja nak breastfeed baby dengan adanya pam baru..haha.

Unknown berkata...

assalam

siapa ada masalah breastpump boleh cuba hantar pump ke e-mumshop.
macam - macam model pump boleh di servis di sana.
Di e-mumshop juga ada jual parts dan accessori breastpump.

ni link nya www.e-mumshop.com siapa2 nak cuba.

Unknown berkata...

Sy ada nk jual lacte duet elite yg terbaru punye design,baru je beli blom buka dari kotak pon ,anak nak df je x nk guna botol so x guna pump.beli rm650 nk jual rm600 percuma beg cooler,botol,icepack berminat boleh wassap 011-11718191

Mashitah Mamat berkata...

Saya baru je beli lacte duet atas review kawan2.
Beli siap free gift. Dapat la v cool cooler bag. Tapi tak muat la pulak nak masukkan semua aksesori lacte duet. Aduhaii.
Takkan nak bawak 2 beg kot.
Takkan nak beli beg lain pulak. Pening.pening. hahaahah.