Memaparkan catatan dengan label Minyak ikan untuk masalah keradangan pada badan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak ikan untuk masalah keradangan pada badan. Papar semua catatan

Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Untuk Masalah Keradangan di Badan


Tips Memilih Minyak Ikan
(sumber dari FB Encik Hafiz Sulaiman) - seorang doktor perubatan.

Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi.
Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.


Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan).

Radang ni sama jugak macam meradang hehe.. tandanya:
1. Merah
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hilang Fungsi
(kalau meradang orang kata hilang akal :D)

Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.


----------------------------------------------------------------------------

Omega 3 ni terbagi kepada:

Sumber tumbuhan - Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.
Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

Saya lebih menggemari sumber haiwan, ALA walaupun boleh ditukar kepada EPA dan DHA oleh badan manusia, prosesnya tidak begitu efisyen (masih dalam pendebatan). Yang pastinya jumlah ALA yang lebih tinggi diperlukan untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti EPA & DHA.

---------------------------------------------------------------------------------------

Baik, tips memilih minyak ikan yang baik pula:

1) Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard).
Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.
2) Minyak Ikan dari ikan kecil.
Ikan besar lambat mati, banyak kumpul toksin logam berat.

3) Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.

4) Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2 !
( artikel lain menyusul kemudian..minyak ini wajar mendapat artikel khas)

5) Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. * SANGAT PENTING
- Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
- Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
- Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3..anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!


Sekiranya jumlah minyak 1000mg : 
Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 --- 300mg Filler --- 700mg

Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 --- 660mg Filler --- 340mg

Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 --- 900mg Filler --- 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu lepas dah letak Omega 3. Contoh minyak filler ni minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air.

-------------------------------------------------------------------------------------

Haa... dah abis baca tips pilih minyak ikan terbaik yang dikongsikan oleh Doc tu? So boleh la check botol minyak ikan yang anda pilih tu betul2 jatuh kategori terbaik ke belum? Klu belum jom pilih yang lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga.


Nak tau pilihan minyak ikan Omega 3 saya yang mana satu? Of courselah OMEGA GUARD dari Shaklee.

Kenapa Omega Guard?  Best sangat ke? Baca di link ni ye:

Kenapa Omega Guard Shaklee menjadi suplemen minyak ikan-Omega 3 pilihan ramai orang?

Kenapa Omega Guard Shaklee menjadi suplemen minyak ikan-Omega 3 pilihan ramai orang?



Saya memilih Omega Guard Shaklee dalam banyak2 suplemen minyak ikan yg pernah saya jumpa. Kenapa?
************************************

Sebiji Omega Guard membekalkan 330mg kandungan Omega 3. Size hidangan yg dicadangkan adalah sebanyak 3bj kapsul Omegaguard yg mempunyai lebih kurang 1000mg minyak ikan.

1 hidangan yg dicadangkan = 3 biji Omegaguard = 1000mg minyak ikan = 990mg Omega 3!
Sebiji Omegaguard juga membekalkan 120mg DHA, 180mg EPA. Bermakna satu hidangan 3biji Omegaguard akan membekalkan 540mg EPA dan 360mg DHA!I
Ini bermakna dengan memilih Omegaguard bermaksud saya telah memilih suplemen minyak ikan yg sangat tinggi kualitinya. Ia bermaksud 99% minyak ikan yg kaya dengan Omega 3 dan cuma lebih kurg 1% adalah filler (minyak ikan yg tiada kdgn Omega 3).

Paling penting untuk anda tahu juga..Omegaguard bukan sekadar mempunyai kandungan Omega 3, (EPA & DHA) yg berada pada kuantiti yg optimum malahan ia juga sangat tulen!
 
Kalau anda kunyah Omegaguard ni anda akan rasa manis minyak ikannya mcm makan ikan rebus fresh yg sgt pekat rasanye. (Tapi bau dia kalau kunyah tu jangan citer la.. mmg pure betul bau ikannye. Bukan bau tengik tau!) Saya dah pernah kunyah sebab tu saya tau rasanye. Hihi..

Ape lagi bukti mengatakan ia tulen? Nak tau kenapa? Haa..jika anda cuba letakkan Omega guard ini didalam peti ais (freezer), kdgn minyak didalamnya TIDAK AKAN MEMBEKU! kerana kadar asid lemak tak tepunya. Ia bukan sekadar minyak biasa2 la maksudnya tu.

Minyak biasa yg bersifat tepu akan membeku bila paras suhu turun terlalu sejuk. So...jangan risau makan Omegaguard ni ia takkan membeku disalur darah atau dlm badan ye. Malah membantu lagi clearkan pembuluh darah korg supaya flow darah smooth aje.

Lagi satu keistimewaan Omegaguard yg anda PATUT TAHU..ianya melalui proses TRIPLE MOLECULAR DISTILLATION. Apa tu?

Ia bermaksud minyak ikan ini telah melalui 3 kali penapisan molekul untuk memastikan segala kandungan logam berat mahupun bahan asing yg tak bermanfaat yg mungkin ada pada ikan yg diproses benar2 telah ditapis untuk mendapatkan khasiat Omega 3 yg betul2 tulen!

Tak lupa juga..Omegaguard Shaklee insyaAllah dijamin Halalan Toyyiba. Ade kelulusan KKM lagi. Kalau tak halal saya pun taknak cuba dan takkan recommend anda cuba juga tau!

***********************************
Dah tahu kenapa Omegaguard Shaklee antara yang terbaik pilihan hati ramai orang dan juga saya sendiri? ðŸ˜„😄
***********************************
Anda memang sedang mencari minyak ikan terbaik yang ada dipasaran? Meh cuba Omega guard. Saya yakin anda pasti berpuas hati dengan manfaat yang akan anda terima. 

Baca entri berikut perkongsian pengalaman saya sendiri menggunakan Omega Guard untuk anak saya Humaira:

Omega Guard bantu akhiri trauma Humaira ber 'nebulizer'


Hubungi saya untuk mendapatkan Omega guard anda harini juga tau!
Ida - 013.9230.280