Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Untuk Masalah Keradangan di Badan


Tips Memilih Minyak Ikan
(sumber dari FB Encik Hafiz Sulaiman) - seorang doktor perubatan.

Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi.
Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan.


Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan).

Radang ni sama jugak macam meradang hehe.. tandanya:
1. Merah
2. Bengkak
3. Sakit
4. Hilang Fungsi
(kalau meradang orang kata hilang akal :D)

Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.


----------------------------------------------------------------------------

Omega 3 ni terbagi kepada:

Sumber tumbuhan - Alpha linolenic acid (ALA) : Paling tinggi dalam flax seed.
Sumber Haiwan – Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Docosahexaenoic acid (DHA) : Minyak Ikan, Minyak Krill, Minyak hati ikan cod.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

Saya lebih menggemari sumber haiwan, ALA walaupun boleh ditukar kepada EPA dan DHA oleh badan manusia, prosesnya tidak begitu efisyen (masih dalam pendebatan). Yang pastinya jumlah ALA yang lebih tinggi diperlukan untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti EPA & DHA.

---------------------------------------------------------------------------------------

Baik, tips memilih minyak ikan yang baik pula:

1) Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard).
Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.
2) Minyak Ikan dari ikan kecil.
Ikan besar lambat mati, banyak kumpul toksin logam berat.

3) Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.

4) Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2 !
( artikel lain menyusul kemudian..minyak ini wajar mendapat artikel khas)

5) Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. * SANGAT PENTING
- Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
- Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
- Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3..anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!


Sekiranya jumlah minyak 1000mg : 
Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 --- 300mg Filler --- 700mg

Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 --- 660mg Filler --- 340mg

Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 --- 900mg Filler --- 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel tu lepas dah letak Omega 3. Contoh minyak filler ni minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air.

-------------------------------------------------------------------------------------

Haa... dah abis baca tips pilih minyak ikan terbaik yang dikongsikan oleh Doc tu? So boleh la check botol minyak ikan yang anda pilih tu betul2 jatuh kategori terbaik ke belum? Klu belum jom pilih yang lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga.


Nak tau pilihan minyak ikan Omega 3 saya yang mana satu? Of courselah OMEGA GUARD dari Shaklee.

Kenapa Omega Guard?  Best sangat ke? Baca di link ni ye:

Kenapa Omega Guard Shaklee menjadi suplemen minyak ikan-Omega 3 pilihan ramai orang?

1 komen ditinggalkan:

Fatin berkata...

Memang banyak brand yang jual fish oil. Tapi, pilihlah brand yang the best supaya dapat kesan yg optimum. Pilih Fish oil shaklee :)