Memaparkan catatan dengan label pantai Balok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantai Balok. Papar semua catatan

Piknik BBQ - My ITBians Shaklee Family

Alhamdulillah, 23/3/2014 yang lalu selesai sudah majlis mini yang pertama melibatkan sebahagian kecil ahli kumpulan Shaklee saya. Bukan mudah nak memastikan apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya, pasti serba sedikit timbul perkara tak terduga. Apapun sangat bersyukur dapatkan kumpulkan dalam 9 keluarga ni pun sudah cukup memeriahkan suasana. Havoc sungguh dengan keletah anak2.

Ini yang kami cuba terapkan dalam bisnes keluarga Shaklee kami. It is not just a business...tapi melibatkan ukhwah persahabatan dan kekeluargaan juga. Sesekali have to get fun juga kan? Permulaan cycle 2014/2015 dapat bertemu mata dengan upline saya..mama Dilla Jalil dan apak Apeh Dolah serta bertemu mata dengan susur galur downline saya - ia suatu memori indah untuk dikenang. Bertukar pandangan secara bersua muka jauh bezanya dengan berhubung secara alam maya. Get personal touch dan nasihat serta pandangan untuk memajukan bisnes dan empayar kami. Bertukar-tukar cerita dan bergosip pun tak ketinggalan jua..hehe..Terima kasih sangat2 kat upline saya yang sanggup turun dari Ipoh Perak nun..bagi menjayakan majlis mini kami. Seronok sangat ber BBQ di pantai Rekreasi Balok Kuantan pada hari kejadian. Saya takmo ulas banyak..meh layan gambar aje la ye.. Tercapai hajat mak buyung ni nak buat sebelum bersalin tak lama lagi. Happy...happy..happy! Itu je boleh cakap.

Sebahagian besar keluarga Shaklee kami..ade suami2 yang tak muncul dalam gambar ni pegi simpan barang dalam kereta dah kut.

3 generasi Shaklee - From left: Nurul Aziyana & Ida Fadliza (my anak Shaklee), mama Dilla Jalil and me!

Terima hadiah main sand castle
4 generasi Shaklee bersama - Sibaju biru anak Shaklee Nurul Aziyana - Nadya
 

Anak2 riang dapat main air pantai


Ayam + Seafood BBQ

Yummy!

Main sand castle jap

Aiskrim2! makan masa cuaca panas2...Layan!!

Family upline saya - happy family together!

Antara cameraman hari kejadian

Apak Apeh Dolah sedang memberi amanat dan tips2 berharga

Hero2 Ida Ifaz

Kami ada khemah! Port untuk ibu menyusu juga..hehe

Pasangan WAHM+WAHD pertama group kami...Semoga Ziela dan suami lebih success lepas ni

Hot mama! Jaja Kamal

Hasya yang bambam!

Jom mewarna!

Color cepat kakak2..

Tak sesia khusyuk mewarna..menang hadiah pastu.




Baby2 pun enjoy sama..lawan sape tido paling lama pastu..hihi.


Sand castle




Semoga kami berkesempatan untuk buat aktiviti lebih besar lepas ni dan lebih terancang pastinya. Apapun we really enjoy this day! Penat tapi sangat berbaloi...sume orang pun happy berBBQ dan beraktiviti dengan family. Sape kata berShaklee hanya fikir bisnes semata2? kami pun tau nak berukhwah juga tau!Moh sape nak join family Shaklee kami lagi... ITB- Inspirasi Tercetus Bersama! LOVE U ALL my upline and my downlines...anak cucu cicit Shaklee ku. Tanpa kalian majlis ni takkan meriah sebegini.

Piknik di pantai Balok..weekend yg cukup indah!

1st time ever lepas dah kawin dan ada anak2 dapat piknik di pantai..haha. lama dah teringin nak piknik2 ni, tapi selalunye tak terbuat. Sebabnye hubby akan keje di hujung mggu. Sekarang tempat keje baru ni blum kene keje secara shift lagi..dapat la berhari minggu dgn keluarga. Hari Sabtu husband keluar pegi mancing, dah lama dia tak aktif dengan hobinye nan satu itu. Tahun 2012 ni rasanye baru kali kedua dia keluar memancing. Alhamdulillah last week dapat merasa ikan siakap merah hasil memancingnye. tapi hari semalam takde rezeki best pulak.

Plan nak berpiknik tu muncul secara tetiba aje sebnarnye. Bukan dirancang awal2 pun. Kebetulan hari Ahad tu bkalan air takde terputus kira2 sehari start hari Sabtu malam ke petang macamtu la. Breakfast pagi beli aje dikedai..takde masak2. Kira2 lepas urus anak2 mandi makan minum segala tu sambung urusan menjahit beg baru pulak,,hehe..itu citer lepas2 ni la ek. Dalam pukul 3 ptg lebih cek air kat sinki dapur..Alhamdulillah dah kuar dah airnye..hehe. Boleh la masak2 untuk malam ni. Kuarkan ayam kasi thaw dulu dan bahan2 dari peti sambil sambung jahit sket lagi. Nak juga sudahkan luaran beg tu at least bolh nampak rupa bg dah. Pukul 4 stop menjahit, sambung keje2 kat dapur pulak sambil bancuhkan nestum segera aje utk anak2 makan bg alas perut dulu. Tung tang tung tang si mama didapur sambil si ayah melayan anak2 makan kat ruang depan. Alhamdulillah satu jam siap sudah..masak nasi, ayam goreng, kuah masak merah, sayur goreng campur. Konon2 macam masterchef masak la nak guna satu jam aje, tapi okler tu kan. Tengok jam kat luar baru aje kul 5ptg. pastu tgk cuaca macam best aje nak ke pantai ni..haha time tu la terdetik di hati, PIKNIK DI PANTAI!
Lepas tu cakap kat hubby, "Jom kita piknik kat pantai! Mama dah settle masak, nanti nak pack je sume2 tu." Ku pandang Mr hubby..takde respon pun..huhu. dia duk layan tgk tv aje.

Tapi sebab nak juga pegi, tak tggu respon dia dah..packing je sume makanan. Pastu bancuh air sunquick.. Siap2 sume dlm bakul letak kat depan pintu. Pastu g dapur settlekan pinggan mangkuk yg tak berbasuh dari semalam gara2 air takde tu..done everything in half an hour. Tukar pakaian dan siapkan anak2..masa tu la nampak mr hubby baru gerak nak tukar baju juga..hehe..dah agak dah. Dia setuju aje tu tapi malas nak tolong siap2. Dia tgk anak2 dn wife dia ni dah siap dia pun bersiap la juga. capai towel, layang2 Angry Bird si Lutfi.. isi air paip dalam 2 botol nak buat bilas mandi nanti. Then bila sume dah siap kami gerak ke kedai dulu, beli ais nak letak dalam air sunquick mama bancuh tadi. Lutfi sangat la seronok bila ayah dia masuk simpang ke arah pantai..dah boleh agak ayah dia nak bawa kami ke mana.

Sampai2 aje kat pantai, terus diorang terjah pantai. Mama dengan adik duk berpiknik sebelah kete aje..main2 kat situ aje. sbb takde bawa baju persalinan malas nak terjun air sekali plus sebenarnye tak pandai berenang.hehe..maka main je la tepi pantai. Bila diorang dah rasa lapar, naik makan sama2.. pastu sambung main air lagi. Lutfi sampai ketar2 sejuk badan bila naik kedarat. Angin kuat betul bertiup. Sampai kecut2 jari dia.

Alhamdulillah weekend yang cukup indah walaupun setakat dalam lbih kurang sejam lebih di pantai..tapi rasa macam nak piknik lagi plak pasni. tapi kalu boleh nak yang dirancang dengan lebih baik la. Mungkin cari destinasi lain la plak pasni..sungai ke air terjun ke..best jugak tu..hehe.

Meh layan gambar tak seberapa yang sempat snap. Masa makan takde nak snap2 dah sume macam org kelaparan aje. hadap nasi dengan bersungguh2. Adik Humaira pun makan nasi lauk sama gak. nasib baik mama masak tak pedas sangat. bolah la adik makan sama.

Merenung jauh ke laut..tengok ayah dan abang mandi air laut.
Bekalan masih dalam bakul..
Yang bulat merah atas, layang-layang Angry Bird sedang terbang..
Yang bulat merah bawah, 2 beranak sedang enjoy mandi air laut..;)

Dah bosan duduk, nak bangun jalan dah..
Aksi atas kereta..mau slide ker?
Dua beranak kebasahan..dan kesejukan budak kecik tu. brsama layang2 Angry Bird.

Lutfi tengok tangannye yang kecut sudah.
Black+white...ahaha..
Jom tukar baju..nak balik dah.

Ok..last pic for today..;) moga ade chance nak piknik lagi.


Indahnye weekend itu..bila dapat bersama orang-orang tersayang.
Terus rasa feeling nak balik kampung..piknik dengan my big family tentu lagi seronok kan??



Aksi mandi bogel di pantai Balok??...gilerr hape??



8 Mei aritu pegi pantai Balok, Hubby nak mancing katanya..so hari mggu sesaja la makan2 angin pantai.. Dah takde keje, tengok2 orang mandi manda, aku rekod aje la video nih pakai HP en Hubby..tengok arhh...hiiii.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nihaa..video mandi bogel di pantai... 



Hehehe..jangan marah! yang bogel budak kecik tu ajer..tak giler ehh...klu bapak budak tu yg mandi bogel, mmg gilerr arhh! buang tebiat ape kan,kan??


Aktiviti 8 Mei aritu..bapaknye balik keje ajak g pantai..dia nak mancing..hmm mancing jugak diingatnya.  Lepas dah puas mancing tak dapat hasil, ajak ank terjun laut sekali..owwhh..bukan terjun, celup2 dalam air aje. nak ajar berenang tak sesuai..ombak2 tuh, asyk tertelan air masin ajer.

..Pimpin slow2 masuk air..

Sebelum ni si anak mmg penakut giler dgn air laut hatta nak mandi kat kolam Gambang Water Park pun takut bangat. Makanya ini adalah kali pertama dia menunjukkan keberaniannya bermain air laut..betul2 excited dia gelak,ketawa riang dapat main air dengan jayanya..sampai masa nak balik kena pujuk2 dulu. Syok sangat  mandi bogel di pantai..haha..gara2 mamanye tak bawakan spentot mandi dia..

 Excited giler bila ombak menerjah..

"Okay mama..sy dh berani duk sorg2.."
sambil tengok ayah mandi kat jauh nun.


Mama dengan adik watpe??
Tengok je la dari tepi pantai tu..malas nk jejak kaki ke air..adik tdo.

 ..Mama yang serabai muka tak licin dengan anak yg cute miut..ehehe.

Lena dia dalam ring sling sambil ditiup angin pantai sepoi2 bahasa..

..Seronoknya ke pantai..