Tahun baru menjelang sudah, mungkin ada yang baru menimang cahaya mata dah mula berfikir-fikir cara terbaik untuk merancang kehamilan demi Family Planning yang terbaik. Saya rasa ini antara bab paling sukar juga untuk para ibu/ isteri memilih mana yang paling baik dan serasi untuk kalian kan? Walaupun dalam Islam ada menekankan setiap anak itu ada rezeki masing-masing, namun bagi sebahagian besar ibu bapa masa kini lebih selesa memilih untuk merancang kehamilan bagi menjarakkan usia anak-anak. Bukan menafikan anak-anak itu rezeki dari Allah tapi pelbagai faktor lain yang menyebabkan perancangan keluarga juga dititik beratkan. Faktor utama yang ibu bapa zaman sekarang fikirkan, mereka mahukan kualiti bukan sekadar kuantiti. Mendidik anak-anak zaman sekarang pastinya lebih mencabar ditambah dengan kos untuk membesarkan/ menyekolahkan anak-anak dan saraan hidup keluarga makin bertambah. Tambahan lagi apabila kedua-dua ibu dan bapa bekerja, kos menjaga anak yang diupah pada orang lain samada babysitter, maid mahupun dihantar ke Taska masing-masing ada peruntukan kos yang tinggi.
Banyak kaedah perancang kehamilan yang disyorkan oleh klinik-klinik kerajaan mahupun swasta bagi merancang keluarga. Dari semurah-murah dan semudah cara hinggalah yang berkos tinggi. Pil, kondom, suntikan, implanon malahan cara semulajadi seperti kaedah "buang diluar" (memerlukan kerjasama tinggi dari pihak suami), kiraan waktu subur boleh digunapakai dalam menjarakkan kehamilan. Cara pilihan saya? Meh story background sket la dulu kan?
So far 5 tahun perkahwinan, dikurniakan cahayamata pertama setelah setahun usia perkahwinan. Doktor / nurse pernah mengesyorkan bbrp kaedah untuk saya pilih. Tapi memandangkan saya menyusukan anak dengan susu badan, hormon saya kira agak terganggu sket la. Sehingga anak berusia setahun dua bulan, sejak habis nifas saya memang tidak didatangi haid. Saya kira saya ni kategori tak berapa subur la kut masa tu..haha (andaian saya aje). So saya malas nak guna ape2 kaedah untuk merancang ditambah suami yang kurang bersetuju saya ambil kaedah yang melibatkan pil hormon, suntikan mahupun implanon. Macam-macam la alasan dia bagi. Saya bimbang juga tapi ikut aje la kata suami. lagipun dia sanggup bagi kerjasama.:)
Maka berlalu la setahun 8 bulan tanpa kaedah-kaedah perancang yang macam2 tu.....bilamana masa tu tengok baby kekawan lain yang comel-comel, rasa macam nak tambah lagi..so berusahalah balik dalam 6 bulan aje didatangi haid secara agak teratur,saya preggy lagi untuk yang kedua. Alhamdulillah. Seperti mana yang saya agak, untuk second baby ni maybe haid saya pun lambat tiba dek kerana menyusu badan, maka sekali lagi saya membuat keputusan taknak amik kaedah perancang yang doc /nurse sarankan. Hahaha..bahaya betul kan? Apepun saya pegang prinsip jika termengandung dalam tempoh menyusukan anak kedua ni, saya terima seadanya. Tapi aim sy biarla saya sempat susukan dia sekurangnya 2 tahun sebelum lekat baru kan? Alhamdulillah..Allah mudahkan niat saya untuk menyusukan anak. Tanpa kaedah2 moden ni, hanya dengan bantuan dan kerjasama suami aje. Nak kira waktu subur tak dapat sebab saya memang tidak didatangi haid sejak habis nifas sehinggalah beberapa hari aje lagi nak mencecah usia 2 tahun anakanda saya itu. Nak gunakan konsep ukur suhu badan saya agak culas nak buat.
Bilamana anak dah nak cecah dua tahun ni, terasa la plak nak menambah lagi memandangkan usia masih muda ni kan? Baru nak masuk 30.haha..mak pun selalu pesan, muda2 ni la nak mengandung nak beranak, dah masuk usia 40 tak larat dah. Banyak komplikasi mungkin berlaku. Kalau ikut background family, suami saya ada 13 beradik (11 hidup 2 meninggal masa kecil), dan saya ada 10 beradik. Big family kan? Maka chances utk kami ade big family pun tinggi jika tak kena planningnya. Teringin gak nak anak ramai..tapi faktor kewangan membuatkan kami fikir banyak kali jugak..mampu kah kami mendidik anak2 menjadi anak soleh dan solehah semuanya. Kualiti mahu..kuantiti juga. So dalam merancang tak berapa merancang tu memang pernah terfikir nak consider kaedah-kaedah moden yang ada, tapi last-last satu pun tak pilih. hahaha...Alhamdulillah takde istilah terbabas sangat. Buat yang tak berapa konfiden dengan perancangan sendiri ni sila lah dapatkan nasihat dari yang pakar. Sebab setahu saya, klu jenis melibatkan hormon banyak kesan sampingan yang mungkin berlaku, who knows? Kalau takde effect negative Alhamdulillah..teruskan. Cuma yang pernah saya baca somewhere else..blog dr Zubaidi kut. Pengambilan perancang jenis suntikan sebaiknya elakkan ambil berterusan dalam 2 tahun. So boleh fikir alternatif2 lain juga. Itu pentingnya bertanya pada yang pakar. Tanya pengalaman orang lain boleh tapi harus diingat kesan terhadap individu boleh jadi berbeza-beza.
So buat mereka yang nak mencuba kaedah2 perancang ni, boleh la dapatkan nasihat lanjut dari klinik2 berdekatan. Boleh juga terus ke LPPKN berdekatan anda. Bincang dan pilihla mana yang terbaik anda mahu. Semua pun ade risiko masing-masing. Jangan tanya saya mana yang paling ok ye, sebab saya langsung tak guna mana-mana kaedah yang berkos2 ni. So takde pengalaman nak diceritakan details. Cuma yang mampu saya bagitau..ni dia. Kos untuk perancang kehamilan yang di tawarkan oleh pihak LPPKN. Rujuk gambar ye. Dapat brochure ni last year masa buat pemeriksaan kesihatan kat tempat kerja saya. Klik gambar utk besarkan imej.
Haa..itu dia pilihan yang ada. Nak buat pemeriksaan kesihatan pun boleh ni. So boleh la melawat ke klinik kesihatan mahupun LPPKN berdekatan. Pegi swasta kos tinggi lagi yer! So tepuk poket la nak buat dimana yer. Pendek kata bincangkan pro dan kontra bersama yang pakar.
Semoga membantu buat ibu-ibu mahupun bapa-bapa diluar sana membuat pilihan untuk merancang kehamilan berdasarkan kos anggaran tersebut. Happy planning! Saya taknak merancang.tunggu berusaha nak dapatkan next aje pulak. mana la tau ada rezeki 2013 kan? Next entri insyaAllah saya cuba kongsikan tips2 dan step2 yang boleh dicuba untuk cepat hamil pulak. Ini based on buku yang saya beli dan baca la yer. Berjaya atau tidak kita usahakan dulu sama-sama ye. Meh jeling2 dulu buku apa saya maksudkan..
Taraaaa..
Okay..tu aje dulu buat masa ni. Next time saya curi masa untuk entri berkaitan Getting Pregnant Faster ni plak eh. :)
Nak Cuba Shaklee?
Popular Posts
Jumlah Paparan Halaman
Arkib Blog
Blog Pengedar Shaklee Kuantan : Bagaimana Produk Shaklee Menambah Nilai Hidup Kami? Di sini cerita bermula..
1 komen ditinggalkan:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips pemakanan sihat untuk yang merancang hamil.
Catat Ulasan