6 tahun perjalanan melalui suka duka hidup berumahtangga. Ya..memang ada episod suka dan duka itu..yang adakala menguji kesetiaan dan kesabaran menangani isu-isu dalam berumahtangga. Bak lagu P Ramlee nyanyikan dalam cerita 3 Abdul.."sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi".
Mengakui diri setiap insan ada kelemahan namun yang penting harus dilihat dimana kelebihan yang dapat menutupi segala yang kurang. Terima kasih wahai sang suami, atas segala pengorbanan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan.
6 tahun yang dilalui, dianugerahkan Allah dua cahaya mata yang pasti menjadi permata yang cukup berharga buat kami. Ya Allah moga zuriat kami membesar menjadi anak yang soleh dan solehah berkat didikan yang betul mengikut syiar Islam.
Doa kami moga keutuhan jiwa berkasih sayang antara kami ini berterusan selagi hayat di kandung badan..Aminn..
I love my dear hubby...so much! |
**Rasa nak buat promosi istimewa pulak untuk pelanggan Shaklee kami pada bulan 6 ini.. Sempena meraikan 6 tahun kami bersama. ANDA MAHU REBUT PROMOSI ISTIMEWA INI?? Ape yang ISTIMEWA?
Hubungi saya SEKARANG:
PM FB : Ida Iar
Emel: norlida134@gmail.com
Sms/Whatsapp: 013-9230280
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan