Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

Makan2 sempena anniversary kami

Alhamdulillah semalam sempat juga kuar makan dgn hubby dan anak2 sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. So ptg smlm kami dinner agak awal la. Seawal jam 5 petang! Ahaha..sebab en suami kerja shift malam lagi. Nak masak untuk lunch tak dapat..sebab kuar menghantar barang Shaklee. Alih-alih petang tu ku bagitau en suami ajak makan kat luar aje..Itupun at Restoran Sri Jembal Balok aje. Tak pegi jauh mana la. Sbb 6.30ptg en suami nk bertolak ke tempat kerja.

Plan asal daku nak masak ketam bercili dan beberapa mskn lain..tapi bila dah tak jumpa ketam yang ku mahu tu jadi tukar plan makan kat kedai aje.hihi..Sesekali makan best2 orang masakkan..memang betul2 kenyang la. Humaira aje kurang sket sebab lauk pilihan kami ade pedas sedikit so dia reject pedas2 ni. Makan yang kurang pedas aje la.

Alhamdulillah..seronok aje walaupun takde la sesi bertukar-tukar hadiah ke. Dah tak reti nal pilih hadiah ape yang sesuai.. Kena ajak tuan badan cari beli sendiri aje. Tambahan pula kami dah lama tak makan kat restoran dengan lauk mewah macamni..klu nk mkn sedap2,  beli bahan mentah dari pasar or dari hasil tangkapan pancing en suami dan masak sendiri. Jimat sket..tapi sebb meraikan anniversary smlm ok aje la.

Moga kasih sayang ini tetap mekar sentiasa.



Happy 6th years anniversary to us!

Cepatkah masa berlalu? Tik tok tik tok..akhirnya hari ini 3 Jun 2013 genap sudah 6 tahun pernikahan kami. Alhamdulillah ya Allah..kau masih satukan kami di dunia ini bagi mengharungi episod kehidupan sebagai isteri, sebagai ayah dan mama pada dua permata hati kami.


6 tahun perjalanan melalui suka duka hidup berumahtangga. Ya..memang ada episod suka dan duka itu..yang adakala menguji kesetiaan dan kesabaran menangani isu-isu dalam berumahtangga. Bak lagu P Ramlee nyanyikan dalam cerita 3 Abdul.."sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi".

Mengakui diri setiap insan ada kelemahan namun yang penting harus dilihat dimana kelebihan yang dapat menutupi segala yang kurang. Terima kasih wahai sang suami, atas segala pengorbanan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan.

6 tahun yang dilalui, dianugerahkan Allah dua cahaya mata yang pasti menjadi permata yang cukup berharga buat kami. Ya Allah moga zuriat kami membesar menjadi anak yang soleh dan solehah berkat didikan yang betul mengikut syiar Islam.

Doa kami moga keutuhan jiwa berkasih sayang antara kami ini berterusan selagi hayat di kandung badan..Aminn..

I love my dear hubby...so much!



**Rasa nak buat promosi istimewa pulak untuk pelanggan Shaklee kami pada bulan 6 ini.. Sempena meraikan 6 tahun kami bersama. ANDA MAHU REBUT PROMOSI ISTIMEWA INI?? Ape yang ISTIMEWA?

Hubungi saya SEKARANG:
PM FB : Ida Iar
Emel: norlida134@gmail.com
Sms/Whatsapp: 013-9230280

4th Anniversary sudah..

3 Jun 2007-3 Jun 2011..



Alhamdulillah, sudah 4 tahun perjalanan cinta kami di alam perkahwinan. 4 tahun yang lalu jam 11pagi, kami selamat diijabkabulkan..kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel.. Ahmad Lutfi dan Damia Humaira.. memang rasa cukup bertuah sudah walaupun buat masa ini masih banyak impian yang ingin dicapai. Syukur ya Allah, kami masih bersama..4 tahun berlalu, memang banyak suka duka yang dilalui..adekala perasaan tak puas hati cuba menjengah di sudut hati ini..tapi aku harus akur, hidup berumahtangga bukannya mudah.Banyak hati dan perasaan perlu dijaga, banyak dugaan perlu ditempuhi. Air mata dan ketawa itula yang menjadi rencah bagi mematangkan diri dalam hidup berkeluarga. 

Buat suamiku..(mungkin kamu tak pernah membaca ape yang kuluahkan di blog ini..) namun terima kasih atas segala yang telah dilakukan, setiap pertolongan, kasih sayang yang terzahir dari tingkah lakumu serta kata2 mu, mahupun yang tidak ku nampak secara langsung, terima kasih untuk segala yang dikongsikan selama 4 tahun kita bergelar suami isteri..Aku bukan wanita yang terlalu cantik paras rupa..namun bersama denganmu..aku mampu jua punyai anak2 yang comel..:) Aku bukan wanita yang tinggi dengan budi bahasa..adekala terlepas jua kata2 yang kurang enak di telingamu..namun begitu kamu masih maafkan diriku.Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.