Makan2 sempena anniversary kami

Alhamdulillah semalam sempat juga kuar makan dgn hubby dan anak2 sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. So ptg smlm kami dinner agak awal la. Seawal jam 5 petang! Ahaha..sebab en suami kerja shift malam lagi. Nak masak untuk lunch tak dapat..sebab kuar menghantar barang Shaklee. Alih-alih petang tu ku bagitau en suami ajak makan kat luar aje..Itupun at Restoran Sri Jembal Balok aje. Tak pegi jauh mana la. Sbb 6.30ptg en suami nk bertolak ke tempat kerja.

Plan asal daku nak masak ketam bercili dan beberapa mskn lain..tapi bila dah tak jumpa ketam yang ku mahu tu jadi tukar plan makan kat kedai aje.hihi..Sesekali makan best2 orang masakkan..memang betul2 kenyang la. Humaira aje kurang sket sebab lauk pilihan kami ade pedas sedikit so dia reject pedas2 ni. Makan yang kurang pedas aje la.

Alhamdulillah..seronok aje walaupun takde la sesi bertukar-tukar hadiah ke. Dah tak reti nal pilih hadiah ape yang sesuai.. Kena ajak tuan badan cari beli sendiri aje. Tambahan pula kami dah lama tak makan kat restoran dengan lauk mewah macamni..klu nk mkn sedap2,  beli bahan mentah dari pasar or dari hasil tangkapan pancing en suami dan masak sendiri. Jimat sket..tapi sebb meraikan anniversary smlm ok aje la.

Moga kasih sayang ini tetap mekar sentiasa.



0 komen ditinggalkan: