Bila cuti sudah bermula..

Lama aku tak mengupdate blog ni.Dah masuk 2 mnggu dah..Sekadar menjengah seketika blog kekawan dan blogger2 lain.Bukan takde perkara, ada cerita nak dikongsi, nak diluah, namun kekangan masa dan kekurangan idea nak mengayat2 membuatkan hasrat aku nak update blog asyik tertunda. Sekarang cuti mid-semester student dah bermula..seminggu diorg cuti. Kami staf2 ni mana ade cuti sama student mcm dulu2..klu nak cuti sila la apply dulu. So hari pertama cuti student bermula..memang ketara sgt la, jalan agak lengang..tak lagi berebut2 dgn student time nak masuk keje. Suasana kat jabatan, ohh..sangat la lengangnye..parking kete pun tak full. ramai staf yg amik cuti sama, especially yg ade anak bersekolah (maklumla cuti jatuh sama dengan cuti sekolah). Time ni la mak bapak boleh bercuti sama2 dengan anak tanpa perlu fikir nak kena ganti kelas klu amik cuti seminggu pun. ohhh...damainya rasa bila student cuti!hehe.. So dikesempatan ni aku pun nak update la blog aku sekali.

Alhamdulillah sekarang dah start bisnes kecik2 dikalangan member2 ofis dulu as a customer, wahh..tetiba la plak nak bisnes cupcake dan tartlet ni. Yang pasti sumenye adalah usaha nak menambah income keluarga. Maklum ler keje laki bini ni cukup2 la buat belanja sekeluarga. Nak saving kena buat keje tambahan. Dulu Hubby tak berapa gemar bila aku buat cupcake ke tart nih..bukan pasal dia tu mmg kurang gemar mkn kuih2 gtu, tapi pasal selalu sgt aku stakat habiskan masa buat pastu bagi org mkn free aje katanye..Ishhh..tak sporting dan berfikiran jauh langsung!and then aku cakapla kat Hubby balik, ginila cara nak cari customer dan konfiden diri.. kena la buat bagi mkn free2 dulu..tengok feedback kawan2 cmner..sedap ke?tak sedap ke?barula bleh fikir nak jual2. Aku takkan jual klu sesuatu yg aku buat tak capai kepuasan hati aku dan selagi blum terima positif feedback dari orang. Takut nnt org ckp syok sendiri buat kuih..bajet sedap la tp sebenarnya tak seberapa pun. Disebabkan itu juga la..aku nak amik peluang menambahkan ilmu dengan berguru dengan orang yg telah terbukti sangatla byk ilmu dalam baking-decorating nih..Kak Zati di Pekan. Even dia dah cukup kreatif dengan hasil kerjanya..tapi still lagi mencari ruang masa utk meng'upgrade' skillnya. Aku salute dengan kegigihannya tu!

Jadi bersempena cuti student nih..aku pun nak amik la cuti juga. memandangkan kali ni cuti di jabatan tiada kursus2 dalaman dilaksanakan, bolehla aku amik peluang ni nak g menuntut ilmu tambahan yg tiada kena mengena dengan ilmu P&P aku kat Poli ni. Tanpa rasa serba salah untuk cuti, klu hari lain ada kelas perlu dilaksanakan. Kalau cuti hari biasa maksudnya ada kelas perlu diganti..Hari minggu tiada tempat nak hantar orang jaga si kecil Lutfi ku itu.  Sebab tu la, hasrat yang dah lama tertangguh ni akan aku laksanakan esok. Hari ni meh ofis lagi, settlekan keje2 kat ofis ni dulu..tanda kertas2 jawapan utk kuiz, tugasan dan ujian student yang masih bersisa ini. So nantikan la akan datang aku update citer pasal kelas yg aku nak hadiri sgt tuh!

Setakat 2 minggu lepas yang berlalu..hasil promosi cupcake&cheese tart kat ofis aku dapat feedback positif yg cukup menggalakkan. Terima kasih buat semua yang menghargai hasil usaha ku itu. Jangan segan2 mengorder lagi..slagi aku terdaya, dan selagi ada kesempatan masa akan kucuba penuhi permintaan itu. Maklumla buat sorg2 ajer, nak amik bulk order pun ada limited la buat masa nih. Mana lagi nak jaga anak yg baik itu, nak uruskan rumahtangga juga. Tapi disebabkan anak yang baik itu la aku mampu meneruskan minat dan hobiku sekaligus menerima order secara part time. Sungguh si kecilku itu sgt bagus..haha!skrg dah menunjukkan minat nak masak2..klu aku beli set mainan masak2 utk anak lelakiku yg comel itu agak2 ok tak???hahaha!(Marahla Hubby aku...rumah sepah2 lagi katanya) Dulu main masak2 cuma utk girls aje yg join. Yg boys just jadi part of main pondok-pondok ajer. Tp sekarang chef2 pun dh ramai lelaki yg monopoli kan?Ade sorg kawan lama dulu pun jadi pembantu chef, skrg dah lama tak dengar citer, kut2 dh jadi chef dah.hehe..

Hari mggu baru ni pun sempat ler pegi kenduri kawin ofismate kat Dungun. Selamat Pengantin Baru to both my ofismate Zu&Zul. Tau tak,banyak dugaan kitorg nk smpai ke sana. Alhamdulillah sampai juga.. Aku pegi dgn ofismate2 aje sm2 dgn Lutfi. My Hubby is working. klu tak, bleh ajak pegi kenduri lagi satu kat Kuala Berang. Sorry Niza cannot attend ur wedding day..moga tetap meriah dan berbahagia selalu hendaknya. (Even aku tau dalam rumahtangga ada turun naik bahagianya..tapi moga korg sume bahagia2 lah selalu..Insya Allah. Amin!)

0 komen ditinggalkan: