Sarapan mudah dan sihat untuk permulaan harian yang hebat!


Sarapan pagi merujuk kepada pemakanan yang diambil antara jam 7pagi-10pagi. Namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil mudah tentang kepentingan sarapan pagi.  Alasan-alasan yang biasa diberikan kenapa mereka tidak bersarapan biasanya tak sempat nak sediakan/beli sarapan, rushing pegi kerja..sampai tempat kerja terus hadap dgn kerja-kerja yang menimbun..(biasanya mereka yang berada dalam sektor swasta la macam ni kan??hehe..), tak rasa lapar lagi (sebab malam sebelum tidur dah pulun makan berat), on diet (alasan biasa didengar: saya nak kurus so saya kena skip 1-2 meal..), ataupun ada juga yang merasakan sarapan tidak penting pun..kalau lapar tunggu masa lunch untuk makan.

Namun begitu tidak dinafikan, ada juga segelintir besar masyarakat kita tak pernah mengabaikan sarapan..tapi masalahnya tidak mengutamakan sarapan yang sihat. (sama la saya juga buat yang ni..) Biasanya pilihan utama untuk sarapan seperti nasi lemak/nasi minyak/nasi berlauk/roti canai hari-hari sebagai sarapan pagi. Bukan ke kategori sarapan yang agak berat tu??Sebab tu selalu juga rasa mengantuk bila dah terlalu kenyang. Bila dah mengantuk, produktiviti pun tak seberapa. Tapi pentingkah sarapan yang sihat? Meh baca sket..

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.
Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.


7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.


credit:


Pilihan sihat dari Shaklee pun ade...ni dia. MIGHTY 3 GEM!


Boleh pilih nak kombinasi yang bagaimana ikut citarasa masing2 ye..yang pasti ia sihat dan berkhasiat. segelas bancuhan boleh membuatkan anda tahan lapar. Kalau sahur dengan kombinasi 3 ni pun best tau! Belum cuba belum tau!Dah cuba mau selalu...;)

Nak order set MIGHTY 3 GEM ini untuk kesihatan anak anda mahupun keluarga, boleh gunakan mana2 cara berikut:

1) Pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit: (Secure sites)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c7502c55f8db540625b59d9a42638520

2) Melalui SMS / Whatsapp / Telegram : 0139230280 (IDA)

**Penghantaran produk ke seluruh Malaysia melalui pos/kurier.

**COD disekitar Balok, Beserah, Sg Karang, Gebeng dan bandar Kuantan.

6 komen ditinggalkan:

Unknown berkata...

menarik...

Unknown berkata...

giler ahhh sgt menyelerakan semuanya...

Ida Iar berkata...

yang pasti bukan setakat menyelerakan tapi berkhasiat juga.. hidangan simple aje kan?

Riski Amelia berkata...

yup sarapan pagi yg sehat dan praktis itu bisa membantu kt untuk menambah energi buat aktifitas kita dlm sehari. Jd sarapan sehat itu penting bgt dan banyak manfaatnya. Ak mau sharing jg untuk tips2 menu sarapan pagi sehat yg bisa membantu pengelolahan berat badan. Bisa buka blog www.healthyslim.weebly.com

Unknown berkata...

yup.. Setuju... Jangan bagi alasan untuk tak bersarapan.. Bak kata orang putih... Breakfast like a King... Lunch like a prince, dine like a pauper... Singgah blog saya jom http://richvitamin2u.blogspot.com/

Terima kasih atas kunjungan... -lienda-

Laila berkata...

wahhh.. menarik yang telur letak sayur2 an tu.... terliur... :)
nyam..nyammmm...