Home Sweet Home to be..soon!

Setiap hari balik kerja, atas permintaan anakanda ku Lutfi.."mama, kita tengok rumah dulu". Hari-hari yer..kecuali hari hujan aje tak pegi.

Asyik termimpi-mimpi dah nak masuk rumah baru..mana taknya..berdiri di muka pintu umah sewa sekarang ni pun boleh tengok atap rumah baru yang bakal didiami ini. Haaiii bila nak siap la yer. Memang duk ulang alik tgk je la skrg ni..menghitung hari dan detik nak mendiami rumah sendiri.

Walaupun hanyalah rumah teres setingkat lot tengah aje..tapi syukur jika itu yang mampu dimiliki..sekurang-kurangnye ade satu yang boleh masuk dalam list aset..walaupun hakikatnye masih berhutang!!Meh nak tayang sket my little home sweet home to be..


Tingkap master bedroom..labuh ke bwh tuu..

Ruang mesin basuh dan ke pintu belakang

Main entrance..sliding door semata2..

Living hall straight sampai ke dining hall..jenuh kena fikir style nak separate bahagian nnt

Pintu pagar dah siap pasang..4 buah kete leh muat masuk you... i like!

Aritu masa amik gambar ni blum ade no umah..now dah ade..20 is our lucky number.
Laman belakang yang tiang pagar dah hilang sebahagian

Pintu pagar belakang pun dah ade skrg..time ni belum pasang lagi.
Alhamdulillah dengan 4 bilik dan 2 bilik air, insyaAllah moga2 ia menjadi rumah yang cukup selesa untuk keluarga kecil kami buat masa ini. Tanah belakang luas..bahagian depan pun luas lagi..andaikata suatu masa nnt perlu renovation tambah bilik...boleh la kut. Haha..berangan tak sudah. Ya Allah moga Engkau permudahkan untuk kami mendiami rumah pertama kami ini tahun ini juga. Moga-moga dapat kami atasi masalah kewangan secepatnya supaya cepat la juga kami boleh duduk rumah baru..takdela Lutfi asyik minta lagi  "Mama..jom tengok umah Lutfi!".

Gambar sebulan setengah nan lalu..masa tingkap belum siap pasang lagi. Bilik kecil dibelakang.

Rumah untuk permata hati kami..;)




WIP: Strap clutch


90% done baru...semalam tak sempat gak nak habiskan..huhu gara2 dikacau anak2. Takpe sambung sket aje lagi..tak sabo nak tgk hasil klu dah btul2 siap..ehehe..bukan saya punya. Tapi milik orang lain punya ni.. Siapakah?? ;) Soon i'll let u'all know. Harap si penerima suka dengan hasil yang tak seberapa ini. Saya masih lagi amatur dalam jahit menjahit. need to polish more skills in sewing.

Batang pagar pun ko nak rembat yer!!

Al kisah petang semalam lps kuar ke bandar, sebelum balik ke rumah sewa kami singgah dulu ke rumah yang tengah dalam progress ni..nak tengok dah setakat mana dah dibuat. Hahaha..nampak sangat hati dah tak sabar nak masuk umah baru.

Paginye hubby dah pegi jenguk-jenguk..tapi katanye pintu berkunci.. Tapi masa kami singgah kat bakal umah kami nasib baik belum berkunci pun sliding doornye. ALhamdulilah dah complete pemasangan sliding door dan tingkap umah kami tu..pintu pagar depan pun dah ade pasang. Kami masuk le nak jenguk2 sampai belakang umah kami tengok. Paling mengejutkan ni haa..




Nampak ape yang ku tandakan bulat-bulat merah tu??Boleh agak apekah kejadian yang berlaku?? Ye...batang pagar kena rembat dowhhh..

Ni rupe dulu..sebulan nan lalu..

Cantik aje batang pagar tu berdiri,,kut dikerjakan BA-ALIF-BA-YA pun tak jadi lagu ni..aku perasan bbrp rumah gak yang jadi mangsa cmni..Harus la kena report kat pemaju ni..nasib baik blum masuk fasa dah dapat CF dah dapat kunci umah..kalu tak sape nak ganti??Bengang betul dengan empunya angkara ni.

Korang semua..mahal ke batang pagar tu ye?lagi mahal dari harga emas ke sampai nak kena rembat lagu tu? Bimbang jugak kut dh start duduk umah tu kena lagi akan datang camni..huhu.




Sarapan mudah dan sihat untuk permulaan harian yang hebat!


Sarapan pagi merujuk kepada pemakanan yang diambil antara jam 7pagi-10pagi. Namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil mudah tentang kepentingan sarapan pagi.  Alasan-alasan yang biasa diberikan kenapa mereka tidak bersarapan biasanya tak sempat nak sediakan/beli sarapan, rushing pegi kerja..sampai tempat kerja terus hadap dgn kerja-kerja yang menimbun..(biasanya mereka yang berada dalam sektor swasta la macam ni kan??hehe..), tak rasa lapar lagi (sebab malam sebelum tidur dah pulun makan berat), on diet (alasan biasa didengar: saya nak kurus so saya kena skip 1-2 meal..), ataupun ada juga yang merasakan sarapan tidak penting pun..kalau lapar tunggu masa lunch untuk makan.

Namun begitu tidak dinafikan, ada juga segelintir besar masyarakat kita tak pernah mengabaikan sarapan..tapi masalahnya tidak mengutamakan sarapan yang sihat. (sama la saya juga buat yang ni..) Biasanya pilihan utama untuk sarapan seperti nasi lemak/nasi minyak/nasi berlauk/roti canai hari-hari sebagai sarapan pagi. Bukan ke kategori sarapan yang agak berat tu??Sebab tu selalu juga rasa mengantuk bila dah terlalu kenyang. Bila dah mengantuk, produktiviti pun tak seberapa. Tapi pentingkah sarapan yang sihat? Meh baca sket..

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.
Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.


7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.


credit:


Pilihan sihat dari Shaklee pun ade...ni dia. MIGHTY 3 GEM!


Boleh pilih nak kombinasi yang bagaimana ikut citarasa masing2 ye..yang pasti ia sihat dan berkhasiat. segelas bancuhan boleh membuatkan anda tahan lapar. Kalau sahur dengan kombinasi 3 ni pun best tau! Belum cuba belum tau!Dah cuba mau selalu...;)

Nak order set MIGHTY 3 GEM ini untuk kesihatan anak anda mahupun keluarga, boleh gunakan mana2 cara berikut:

1) Pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit: (Secure sites)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c7502c55f8db540625b59d9a42638520

2) Melalui SMS / Whatsapp / Telegram : 0139230280 (IDA)

**Penghantaran produk ke seluruh Malaysia melalui pos/kurier.

**COD disekitar Balok, Beserah, Sg Karang, Gebeng dan bandar Kuantan.

Variasi resipi lazat untuk bancuhan ESP Shaklee

HOT SELLING PRODUCT IN SHAKLEE!!


ESP antara product killer Shaklee....hanya yang dah rasa kehebatannya saje faham ape yg saya bicarakan disini.... ESP??... esp atau nama penuhnya energizing soy protein.. saya taknak cerita panjang pasal ESP..entry kali ni nak share cara2 bancuh ESP...especially yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah..asik bancuh dengan susu jerrr. ..Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resipi2 di bawah.. ikut tekak masing2...
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
  • ESP + Sunquick (Orange, Mango, Lemon, Blackcurrant..dll)
  • ..........ada sape2 nak tambah..silakan...
..anda bagaimana?...for me..saya sampai bile2 suka ESP dgn freshmilk (kalo rajin..blend skali dgn kismis/kurma)..kalo dak shake2 jer....

ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:

1. Orang yang ingin kekal sihat..

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik.


~MamaFaiz.com~




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Dress or modelnye yang cun??

Mode:: Geram tengok model cute ni dengan dress yang digayakan..so fotogenik nye dia.. auuwww!!comel youu....

Sambil tengok sambil berangan saya menyiapkan dress2 secantik ni utk anak dara saya...Damia Humaira..
Pasti comel kan??time kekecik camni bleh la nak gayakan dgn mcm2 style. Bila dah makin membesar nak kena cari yg lebih bersesuaian dan tak seksi2 sgt le..hehe.

 






Pic credit to: Juviemoon

Anak dara saya pun dah pandai bergaya depan kamera skrg...hihi..
See...

Am i pretty?? (",)


Lunch special dgn opismate..

Ini citer basi dah..alkisahnye seminggu sebelum dapat gaji bulan April yang lalu..tak ke rasa mcm org kaya mewah je..pakat order mkn sedap2 seminggu sebelum gaji??hahaha...biasa sume mode poket kering dh time tu...haha..actually mmg agak kempis dh poket time tu..tah cemana leh terikut naik kete sama2 diorg ni pegi mkn kat sini. Ni gara2 driver la ni bw kitorg g mkn tempat rahsia kononnye..hehe..(Leen jgn marah noo..)

Dah lama tak kuar makan cmni gaya (kat Chicken Rice Shop ECM tu) sesama opismate aje..sesama kekawan gosip..hehehehe. biasa2 port mkn tghri sekadar kantin dalam poli atau restoran luar yg berdekatan aje. Ni pun dekat..tp tak la sedekat port mkn biasa..hihi. Takde keje amik gambo..tak penah2 kuar mkn je nak amik gambo sj2 gni. Kuar mkn dgn family pun jarang2 snap gambar. En suami suka sound.."macam orang jakun je..sket2 nak amik gambo"...haha. Dia tak suka interframe. ;)

Citer byk tak guna. Nak show gambar je asalnye...Meh layannn...

Lawan jeling mata kah???hehe..

Duk usha ape tuh kat sebelah sana??

Bosan nunggu order tak sampai2..perut dah lapar..huhu

Sempat lentok kepala jap..ehehe.

Bergossip sambil menunggu hidangan tiba,

aihh..ade juga rupa saya..ehehe. Tak suka part double chin ku itu eventough i'm a skinny type.. sbb tu sy tak leh gemok sgt nnt tak tau le nk bayangkan cemana rupanye ye..ehehe.

Hidangan ayam Honey BBQ dah tibe..wallaa!!

Kak rose punye..

Nasi lambat sgt sampai..bedal ayam dulu..hihi.


Tengah update status FB kut..."lunch hour at Chicken Rice Shop ECM Kuantan".huahuahua..


Another side dishes coming sudah..

Rojak buah..yummy..

Ape nama ek??lupa..masam2 gtu...

Side dishes kak rose..Asam pedas..sedap jugak.
Lagi gambar??takdokle..dah mknn depan mata...kata lapor kan??dah hadap makanan aje la kejenye.hehe. Alhamdulillah kenyang kami sume tengahari tu..giler banyak order side dishes nye..mentang2 offer half price ek? Lpa makan singgah ke kedai buku MBS cari pen merah yang best utk persediaan menanda balance PB dan paper final..pastu?? blah balik ofis la pulak..sambung keje. Best dpt kuar sesekali dengan member2. Ahaha..kalau dapat window shopping lagi best..sebab tu la masa nye nak rasa macam "Ladies Time-Out" only! Nasib baik sebab belum gaji kan?kalau tak, pasti ade yang singgah shopping macam2 lagi tu.



Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya??


Antara kesan sampingan yang selalu dialami oleh sesiapa jua yang baru mencuba pengambilan supplemen dalam harian mereka..termasuk lah saya..tak dinafikan saya juga kena tempias kesan sampingan ni apabila ingin mencuba sesetengah produk baru dalam rangkaian supplemen Shaklee. Tapi tidak semua orang  mengalaminya apabila pertama kali mencuba. Namun, bila terkena kesan sampingan ni ramai yang membuat anggapan mudah..mereka tidak serasi dengan supplemen tersebut tanpa diselidik terlebih dahulu punca-punca yang mungkin menyebabkan terjadinya perkara yang dianggap kesan negatif ini pada tubuh badan mereka. Namun disebabkan saya sudah tahu lebih awal akan kemungkinan ini, maka saya lebih bersedia menghadapinya. Tidak terus membuat andaian mudah supplemen yang saya ambil itu sesuai atau tidak dgn diri saya sendiri.

 Jom kita baca ape sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesan sampingan atau 'healing crisis' seperti yang sering disebut-sebut ini..

#############################################################################

 The Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan 


Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis..

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.


Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.


Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..


Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu.
Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.


Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.


Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:


  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik! 

credit

#############################################################################

Pendek kata, jangan bimbang jika anda mengalami healing crisis saat awal anda mengamalkan pemakanan supplemen. Jika anda tidak melihat perubahan serta merta yang ketara itu juga bukan bermakna supplemen itu tidak berkesan kepada anda..Adakalanye anda perlu meneruskan pengambilan secara konsisten paling kurang 3 minggu atau sebulan baru anda nampak hasil positifnya. Sesetengah pelanggan yang telah mengamalkan supplemen Shaklee hanya nampak kesan positifnya setelah masuk botol supplemen yang kedua.

Lambat atau cepat ia berkesan memang berbeza bagi setiap individu kerana vitamin-vitamin Shaklee hanyalah supplemen sahaja, bukan ubat seperti yang diberikan oleh doktor.. Ia tidak boleh terus merawat atau menyembuhkan ape2 penyakit sebaik pertama kali pengambilannya. Supplemen Shaklee bertindak dalam menyokong sistem dalaman badan anda dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Malahan mereka yang mengambil ubat preskripsi dari doktor bertauliah juga dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu sebelum meneruskan apa-apa pengambilan supplemen. Ubat hanya untuk mereka yang sakit..tapi supplemen sesuai untuk anda yang masih sihat dan berhasrat untuk memastikan kesihatan terjaga dengan lebih baik di masa akan datang.

Info lanjut dan FAQ mengenai healing crisis, boleh ke blog Shaklee saya Wonderful Life E-Shoppe.com

Apa itu GLA?


GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah


FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

MENGAPA SHAKLEE GLA




1. Bahan Asid linoleik Gama hanya boleh didapat dari 3 tumbuhan (bijiran):-
- Evening Primerose Oil
- Black current
- Borage – minyak tertinggi 2 x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi dari
black current


2.Badan boleh membina GLAnya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit & pengambilan alkohol boleh menggangu proses penukaran tersebut. Oleh itu pemakanan tambahan GLA sangat di syorkan bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan binaan yang mencukupi untuk postsglandin
3.Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan & gabungan ke dalam sel & tisu
4.Dari borage sumber semulajadi yang paling pekat asid lonileik gama
5.Setiap kapsul mengandungi 90 mg asid linoleik gama, 216 mg asid linoleik & 15 IU vitamin E
6.Di lindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti –pengoksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran

credit:

T-Shirt Muslimah yang cantik-cantik!!


Salam..
Dah lama saya tak update kat blog ni..masuk fasa busy bilamana Final Exam utk semester ni bagi student Politeknik bermula last two weeks..As a lecturer and also one of Pegawai Peperiksaan Jabatan, of course la kesibukan tu tak kan habis selagi tak selesai proses awal peperiksaan, menanda kertas jawapan student, key in markah sampai la proses penyediaan mastersheet keputusan peperiksaan dan meeting exam jabatannye lagi..huhu. mmg sibuk!

Tapi dalam sibuk2 ni sempat lagi ni...nak promote rangkaian T-Shirt Muslimah 4U dan Nursing & Pregnant  tshirt Aqeela kat page saya ni. Cantik2 semuanya...ikutkan hati, saya pun nak rembat semua tu. tapi klu dh saya jual pastu saya aje yang beli..hehe...takde guna lah saya promote kat orang lain kan?? So kasi peluang juga lah dekat yang lelain pada yang sedang mencari Muslimah apparel untuk anda bergaya sopan dan casual look everyday..boleh tambah koleksi anda dengan melakukan pembelian di page saya ye.. Wonderful Life E-Shoppe.

Nak tengok sket ape yang ade??meh....meh..kasi preview sket.









Cantik2 kan??Jika berminat jgn lupa singgah ke FB page saya ye..cepat sebelum semua size habis dikebas orang lain! Jangan lupa utk klik LIKE juga. Tq!