4th Anniversary sudah..

3 Jun 2007-3 Jun 2011..



Alhamdulillah, sudah 4 tahun perjalanan cinta kami di alam perkahwinan. 4 tahun yang lalu jam 11pagi, kami selamat diijabkabulkan..kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel.. Ahmad Lutfi dan Damia Humaira.. memang rasa cukup bertuah sudah walaupun buat masa ini masih banyak impian yang ingin dicapai. Syukur ya Allah, kami masih bersama..4 tahun berlalu, memang banyak suka duka yang dilalui..adekala perasaan tak puas hati cuba menjengah di sudut hati ini..tapi aku harus akur, hidup berumahtangga bukannya mudah.Banyak hati dan perasaan perlu dijaga, banyak dugaan perlu ditempuhi. Air mata dan ketawa itula yang menjadi rencah bagi mematangkan diri dalam hidup berkeluarga. 

Buat suamiku..(mungkin kamu tak pernah membaca ape yang kuluahkan di blog ini..) namun terima kasih atas segala yang telah dilakukan, setiap pertolongan, kasih sayang yang terzahir dari tingkah lakumu serta kata2 mu, mahupun yang tidak ku nampak secara langsung, terima kasih untuk segala yang dikongsikan selama 4 tahun kita bergelar suami isteri..Aku bukan wanita yang terlalu cantik paras rupa..namun bersama denganmu..aku mampu jua punyai anak2 yang comel..:) Aku bukan wanita yang tinggi dengan budi bahasa..adekala terlepas jua kata2 yang kurang enak di telingamu..namun begitu kamu masih maafkan diriku.Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.




4 komen ditinggalkan:

efa fairuz berkata...

alhamdulillah.. tahniah noly! dah 4 thn.. kejap je kan rasenye 4thn tu..

haime berkata...

:)) tumpang hepi jugak ehh.. kita ni baru setahun jagung.. cant imagine the next next years, how it will look like.. tp, kita kena usaha dan mohon yg baik2 mengiringi..kan..

dapat adiah apa2 ke? :)

Haruman Syurgawi berkata...

happy for u too sis..may Allah bless ur marriage...He's chosen 4 u..insyaAllah..

Ida Iar berkata...

efa: tq..pejam celik pejam celik dh 4 tahun rupenye..ko advance setahun dari aku.aku rasa ala2 complete step pertama la jugak ni sbb dh dpt sepasang cahayamata in 4 years ni.

zu:insya Allah moga yang terbaik selalu mengiringi hidup kita. adat berumahtangga ade masa sgt bahagia, ade masa sakitnya bagai tergigit lidah jua..
hadiah??xde buat ape2 pun utknye, maka tak dpt ape2 pun juga darinya..hihi.cuma plan nak bercuti ke mana2 je la hujung tahun ni..so duit kena simpan utk spend tujuan tuh.

ana:thanks sis..