Menang Give Away!seronoknye..


Dah lama takde chance nak menang contest style GiveAway ni..Alhamdulillah pagi tadi dapat PM dari owner FB page: Pak Mat pencen E-Mart . GA ni dibuat akhir June yang lepas. dapat tau dari member ofis yang share pic kat atas ni. Ape lagi saya pun turut LIKE dan SHARE jugaklah..hehe.

Untung-untung saya dapat satu pouch cantik ni.. would be mine soon..tggu dipos oleh owner  FB page tu aje. Bleh buat melaram raya nanti ni. buat isi duit raya...ehehehe. Tak sangka you....i leh menang!!
gambar crdt to the owner of that FB Page: Pak Mat Pencen E-mart

Ada pelbagai lagi kraf jahitan yang ada..jemput singgah sana yer. cantik-cantik beg jahitannya. Suka betul!

Performance Drink Shaklee- minuman pelengkap waktu sahur saya.

Salam Ramadhan yang sudah menjengah hari ke 9. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dalam meneruskan puasa Ramadhan tahun ini. Moga-moga tahun hadapan bertemu Ramandhan lagi.

Hari ni saya sekadar nak berkongsi salah satu minuman yang mesti saya ambil sewaktu bersahur sekarang adalah Performance drink dari Shaklee ni. Alhamdulillah belum pernah miss waktu sahur lagi. Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga kekadang saya minum juga malamnya sebelum tidur..tapi kurang suka amik sebelum tido satu je..buat mata saya kurang ngantuk pulak dah!haha..so klu sebelum tido tu biasanya saya bancuh Mealshakes+ESP+Performance drink (mighty 3 gem set)..so kuantiti PD tu saya kurangkan sket.

Paling saya suka, bancuh siap-siap dalam tumbler 1 liter sebelum tido dan simpan dalam peti sejuk. kalau terbangun tengah malam untuk ke tandas saya akan pastikan saya minum segelas air kosong dan sedikit Performance drink ni. Selebihnya saya habiskan sewaktu sahur. Samada minum asing performance drink ni sahaja atau saya tambahkan dengan ESP+Mealshakes dan goncang-goncang sebati sebelum jadi minuman sahur saya. Saya memang suka minum sejuk-sejuk ni. hehe..walaupun ade yang cakap ibu menyusu tak digalakkan minum ais,minum sejuk-sejuk..tapi memang takleh tolak la bila tengok bancuhan Performance drink yang sejuk-sejuk gtu dalam peti sejuk saya tu. Memang tergoda habis laa!

Kalau ditanya apa rasanya??hmm..macam minum 100plus perisa oren tapi tanpa karbonat..takpun lebih kurang juga dengan rasa Gatorade oren tu..lebih kurang la kut..hehe..lupa dah camne rasa dua minuman tu..sebab sekarang inilah pilihan utama saya dalam memilih minuman hidrasi saya.Kalut seketika bila mana 2 minggu lepas Performance ni kehabisan stok diseluruh Malaysia dalam 2 minggu juga..huhu..ramai juga yang tercari-cari nak buat hidangan lepas berbuka atau bersahur di bulan puasa ni kan?

Apa yang menarik mengenai Performance Drink Shaklee ni? Jom baca!
Sumber: web Shaklee

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


********************************************
I'm Your Shaklee Independent Distributor
Kuantan Pahang
Shaklee ID : 865095
Siti Norlida Ismail
013-9230280 | norlida134@gmail.com 

Singgah kejap : Muzium Negeri Terengganu & Taman Tamadun Islam Terengganu

Salam Ramadhan yang dah masuk hari ketiga dah arini..tak sempat buat entri pembuka Ramadhan haritu. kikiki. takpe la kan? Sekarang dah masuk era kesibukan melanda sebabnya semester baru dah bermula. Moga2 adalah kesempatan nak mengupdate blog lepas ni.

Entri arini just nak share aktiviti singgah sekejap kami sekeluarga sewaktu ada kesempatan balik kampung sebelum ni..gambar2 dan cerita ni kiranya dah basi la..hehe.tapi baru terasa nak berkongsi kat sini arini. Saje isi masa senggang plus takde idea nak update citer ape kat blog ni. Moga2 ada maklumat baru yang dapat saya kongsikan disini untuk mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana.

Gambar-gambar blur tu sebab amik pakai handphone cikai yang banyak berjasa ni..hehe. paham2 aje la yer.

First2 sampai ke TTI korang akan jumpa pintu gerbang besar yang menyambut korang datang. Then terus aje masuk cari la kawasan parkir kat dalam tu..either nak ke Masjid kristal or Taman Monumen. Kat Masjid tu korang leh lepak free2 aje kat luar..lepak dalam masjid??apa kes nak lepak2?kan tempat solat..hehe.

Kalau nak masuk Taman Monumen kena bayar yer, ade satu gambar amik ttg pakej yang ade. Kalau bukan pakej mahal sket la kut by individu..lupa nak snap gambar juga.

Masjid Kristal..salah satu tarikan di TTI
 
Peace from Lutfi!

K.A.M.I

Dpn pintu utama masjid kristal

Side view dari arah sungai Terengganu,
Harga dan pakej bayaran yang tersedia di TTI. Taman Monumen tu besar dan luas..kalau malas jalan better amik pakej On Buggy aje..senang naik keretapi kecik yang bawa korang pusing satu taman nnt.
Nak tau pakej-pakej lain yang menarik untuk pengunjung Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI)?? boleh semak kat laman utamanya ok..pakej untuk pelajar sekolah ade, pelajar universiti, pakej untuk pekerja kerajaan pun ade jika berminat nak buat lawatan ramai2..just cek kat sini yer..  TTI Terengganu
Bangunan pintu masuk Taman Monumen..kami tak sempat masuk sebab dah lewat dah..6.30pm closed yer.

Cenderamata tanda ingatan..fridge magnet le ape lagi..hehe.

Selamat Datang! Kempunan nak masuk sbb lepak kat masjid kristal lama sangat..haha.amik angin sepoi2 dari sebelah sungai aje kan??

Take a break..

Kat bawah ni sedikit yang kami sempat snap kat Muzium Negeri Terengganu..takleh nak snap banyak pasal pakai kamera hp yang kurang mesra sket..ahaha. blurrrr.

Mulakan pendakian ke puncak tinggi!haha..kami sampai ke kayangan dah!

Main entrance: ade tempat jual tiket sebelah tu..lupa nak snap harga.

WAKTU OPERASI GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Hari Sabtu hingga Khamis
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Jumaat
- bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
- dibuka semula pada jam 3.00 petang - 5.00 petang
Hari Kelepasan Am
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

PERKHIDMATAN TIKET MASUK GALERI MUZIUM NEGERI TERENGGANU


Warganegara Malaysia
Dewasa
RM 5.00
Kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun 
RM 2.00
Kanak-kanak sekolah berpakaian seragam 
RM 1.00
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun
  PERCUMA
                       
Bukan warganegara
Dewasa
RM 15.00
Kanak - kanak
RM 10.00

crdt:museum terengganu

Kenal tak monumen ape kat belakang tu?? Ye..antara tinggalan sejarah negeri Terengganu yang tersohor..Batu Bersurat! Bukan batu belah batu bertangkup ye..hihi
 Banyak sangat kawasan pameran kat dalam tu..pelbagai ruangan ada..penat kaki melangakah turun naik tangga..Luas kawasannya tau! Ada lebih kurang 9 galeri semuanya..boleh tengok maklumat lanjut di laman utama Muzium Negeri Terengganu ye!

Okay dah penat...take a break jap sambil menikmati pemandangan luar muzium yang tenang lagi mendamaikan itu.

Budak comel nampak penat tapi tak reti-reti duk diam sangat. Nak panjat tangga tinggi-tinggi kalau boleh!

Sebelum balik..posing satu!

Lutfi nak intai ikan dalam kolam bawah tu

I Miss my hometown!! Nak balik kampung la. Tapi en suami pulak agak sibuk..dengan kerja shiftnye. nak balik berbuka kat umah mak ayah saya or PIL mana2 pun tak kisah laa..janji dapat balik Terengganu. Rindu nak terjah Bazar Ramadhan kat Terengganu sebab pasti akan jumpa juadah2 istimewa tempatan musim puasa begini. Yang pasti sukar nak ditemui kat tempat lain.



Mode: Bz...

Semester baru dah bermula..maka hari2 yang sibuk pun bermula juga..

Insya Allah will update new story soon...

Nak settlekan Bengkel Pembinaan Item Berkualiti dulu arini.

crdt: google

Walaupun mode bz tapi...masih mampu senyum lagi!



Lutfi 4th bday celebration.


Baru aje berlalu beberapa hari my son Ahmad Lutfi dah pun mencecah usia 4 tahun sekarang. Just nak share acara meraikan ulangtahun kelahiran Lutfi yang tak seberapa..sekadar menggembirakan hati anak kecil itu..

08/07/12 -Ahad
Ayah Lutfi keje dihujung minggu nya...keje shift lak tu..so by 8pm dia dah balik umah kami bersiap lepas solat bertolak ke bandar..Ayah cakap nak belanja Lutfi makan best2. Tapi dia tak btau pun nak gi mana. Akhirnya sampai destinasi dituju...ooo...Secret Recipe di bandar Kuantan. hehe. meh layan aksi diorg yer..

Birthday boy dengan hidangan pilihannye..hihi
Adik tumpang makan secucuk sate..habis dia sorg dkt dua cucuk.
Ayah setia menanti hidangan dia sampai..air dah habis separuh
Hidangan mama punye...hehe.Cordon Bleu.


 Okay itu cerita celebration in family.. kat taska pulak..

Masing-masing excited nak potong kek..lilin aje takdek.

Lepas dah nyanyi "Allah selamatkan kamu"...acara potong kek..eeeyahhh..semangat potong kek besar tu.

Aunty Wah the owner tolong potong untuk bagi2 plak..

Sabar menanti giliran.

Dah dapat kek terus blah..hehe

Yumm..Yumm..rainbow kek cuma 5 kaler aje..kalu tujuh giler tggi nnt.haha. Tapi sodappp!

Apepun rasanya memang marvelous..TQ to Ana Home Bakery kerana melunaskan hajat anak akak untuk dapat kek tema Ben10 dengan gambo dia sekali kat kek tu..hihi. Sesape di area Beserah Kuantan dan sekitarnya yang berminat nak tempah kek sedap dan cantik boleh juga tempah dengan Ana Home Bakery ni yer..

Gambo kek cilok dari FB Ana Home Bakery

Happy 4th Birthday to my dear Ahmad Lutfi!!



Pejam celik pejam celik..4 tahun dah berlalu rupanya..dan hari ini dia sudah pun bergelar sebagai seorang abang pada adik yang comel jua...Happy 4th birthday my dearest son..Mama doakan moga kamu membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia dan akhirat! Dah makin besar anak mama ye..Moga2 kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Mama, Ayah dan adik Humaira memang sentiasa menyayangi kamu sepenuh hati..

080708-080712
HAPPY WONDERFUL BITRHDAY MY SON!

Dilema ibu bekerjaya nak meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Bolehkah berjaya?

Salam hari minggu buat semua..entri hari sebenarnya saya tujukan khas buat teman-teman saya yang masih berjuang dalam penyusuan susu ibu dan juga teman-teman yang sedang mengandung dan berhasrat untuk melalui perkara yang sama..ingin menyusukan anak-anak sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 2 tahun.

Bukan mudah nak melalui fasa 2 tahun ini dengan jayanya..ya..saya akui hal ini kerana saya pun skrg ni blum capai 2 tahun menyusukan anak kedua ni tapi dah ada campur sket dgn susu formula dah sebelum ni. Kenapa?? 

1st masa tgglkan dia masa sy kursus kat Nilai..stok tak cukup gara2 EBM mencair kerana pintu peti ais tak tutup rapat..plus dgn kesukaran nak ajar keluarga tolong handle EBM dlm masa singkat.

Panggilan kursus agak adhoc la masa tu. then saat anak berusia setahun 1 bulan..saya jadi sedikit malas mengepam kerana demand anak berkurang..itu la silap sy..sedangkan saya tau jika demand kurang supply pun akan reduce..

Saat kritikal asyk mengepam harini utk harini..sudah pam terus htr ke taska time tu..Sampai satu thp sy dgn berat hati beli juga susu formula yg paling kecik bungkusannya..sebagai backup di taska semata-mata. Alhamdulillah itu  je la yg sy beli.now dah habis susu formula tu sy tak beli lg dh..sbb saya ralat kerana kelalaian saya, sikap sambil lewa sy..misi penyusuan Susu ibu tanpa susu formula tak berjaya.

Tapi start saya beli susu formula juga saya tanam balik azam saya tak nak bergantung sepenuhnya kepada susu formula tersebut..saya upkan balik usaha saya..PP mlm hari..dan yang terbaik saya Marmet kembali. Alhamdulillah saya dah berjaya dapat balik rentak mcam dl..paling kurang 9oz sekali mengepam susu. Kadang cecah juga 12-13oz sekali pam.

Selain itu untuk mengurangkan keletihan dan stress saya amalkan pengambilan suplemen secara konsisten semula..dulu amik suplemen ikut suka aje. Alhamdulillah skrg walau takde stok melimpah ruah dari peti namun saya tau sekurang-kurangnya ia mencukupi utk saya teruskan perjuangan lebih kurang 6 bulan lebih lagi ni. Antara nak dengan tidak aje kan??

Untuk teman-teman diluar sana yang dah berjaya mengharungi detik 2 tahun itu Tahniah saya ucapkan! Untuk yang belum berjaya..jom kita usaha lagi jangan cepat mengalah..dan jangan malas2 macam saya aritu,, Buat mereka  yang baru nak menerokai alam penyusuan start la menimba ilmu itu skrg..dapatkan sokongan especially dari suami kita dan keluarga. Terangkan apa kelebihan jika dapat terus menyusu sehingga 2 tahun sekurang-kurangnya.

Buat yang memerlukan ilmu tambahan banyak  leh dapat sumber dari internet ni. Buat yang ade Facebook boleh join group sokongan di FB ni antaranya #bfmembers, Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM), Kumpulan Sokongan Ibu2 Menyusu. Sangat banyak ilmu yang boleh diperolehi disana. Di laman web pun ada banyak seperti Forum SusuIbu.Com, Ratuhati.com.

Kat sini saya nak kongsikan juga pengalaman benar seorang ibu muda yang agak panik awalnya bila pengeluaran susu makin berkurang. Dia ibu bekerjaya tapi telah berjanji dan  berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yang dia sanggup buat demi memenuhi janji dan azamnya pada sikecil tersayang.


Dibawah ni saya petik dari salah satu dokumen di FB KIM. Moga bermanfaat buat anda semua yang baru nak bermula dengan penyusuan susu ibu pada permata hati anda itu.

***************************************************************
Susu saya tidak cukup??

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). 

Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". 

Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
 
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.


klik untuk lebih jelas

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  


Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. 


Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan



************************************************************* 


Shaklee Get Clean Water Pitcher in the houseeee..akhirnya ia milik saya..;)

Salam Jumaat buat semua..
Semoga ceria-ceria saja harini ye. Mana yang berada di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah arini kan dah cuti hujung minggu..mana-mana yang berada selain dari itu..haa esok dah masuk hari minggu dah kan? Sabar..boleh la bersuka ria bersama keluarga atau kawan2 kan? Saya ambil cuti sehari arini..ade family member datang ke rumah..nak bawa jalan-jalan jap lagi. hehe..

So..harini just nak share story tentang produk dari Shaklee yang baru ada diguna pakai kat rumah. Baru aje dibeli hari Selasa yang lepas. Namanya Get Clean Water Pitcher dari Shaklee..mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Saya masih ingat lagi majalah Shaklee Today vol 3/2011 yang saya terima setelah berdaftar keahlian dengan Shaklee..muka depannya 'highlight' pada produk yang dikira masih baru la juga dalam pasaran Shaklee ni ketika itu. Mungkin ada yang tak perasan mengenai kewujudannya kan? Mungkin dah ramai perasan tapi belum masuk kategori yang menggunakannya. So macamana rupanya ye? haa..ni dia.


Menarik tak? Sekali pandang macam jug heater air biasa tu aje kan? cumanya yang ini tak perlu sambungan pada bekalan elektrik dan yang pasti ia bukan jug heater hehe tapi WATER PITCHER. Ringkas, mudah alih dan boleh MENURAS KANDUNGAN AIR sepertimana kebanyakan 'water filter' yang banyak di pasaran. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras sehingga 303LITER air atau bersamaan dengan 80 gelen air. Paling kurang hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan iaitu 303 liter / 80 gelen air. Ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal la.

Kenapa saya tertarik nak memilikinya??Saya rasa ramai keluarga harini memilih untuk menggunakan pelbagai jenis penapis air yang banyak di pasaran sekarang. Dan rata-rata harganya mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang murah sket tapi masih dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih kan? Perlukah anda mempunyai penapis air? Itu tepuk dada tanya selera...ehhh bukan!! tanya diri sendiri bagaimanakah KUALITI AIR di kawasan anda diami. Jika anda rasa anda perlu, bolehla dapatkan  mana-mana penapis air yang anda mampu miliki dalam bajet anda. Dah lama dah saya survey untuk memiliki penapis air..cuma kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan saya untuk memilikinya. Kat rumah mak saya pakai yang jenama RX Water..so kiranya adalah menjadi sedikit kebiasaan di situ mendapatkan air bertapis untuk dijadikan minuman harian. Ade beza ke minum air bertapis dengan air tidak bertapis?? Emm..kalau anda belum pernah cuba kena la cuba rasa dulu yer. Saya tak mau dianggap 'bias' dalam memberi pendapat itu. Tapi terus terang saya katakan selama kami dirumah sewa ni kami banyak bergantung pada air yang dibeli dari mesin-mesin vendor kat kedai2 tu. Nak beli penapis rasa takde bajet. So tiap2 minggu itu la kejenya. pegi beli air...pegi beli air..angkat letak dalam bekas air yang besar gedabak 10L. Tiap kali beli dalam 2-3 botol...hahaha. Jenuh mak nak angkat u...berat!

Akhirnya setelah berkira-kira itu ini lepas dengar orang kata pembelian air mesin ade risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun! Makanya setelah ditimbangkira..maka saya pun beli la satu WATER PITCHER from Shaklee ni. Kenapa??Okey..sedikit fakta dari web Shaklee saya copy mengenai Water PITCHER ini:

*************************************************************
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa (Sangat suka ciri ini-nak gi berkelah pun saya boleh bawa Water Pitcher pasni..hehe.. i likeeeee u!)
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak (Ni juga salah satu sebab saya nak...saya macam tak sempat jer nak masak air dan sejukkan pada suhu bilik untuk kegunaan harian tiap2 hari)

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


************************************************************
Paling penting juga saya katakan ia mampu milik! Dengan harga serendah RM460 WM/RM483 EM  pun anda dah boleh miliki jag penuras air mudah alih ni tau!

So ape yang saya dapat apabila membeli Starter Kit untuk Get Clean Water Pitcher ni?
3 kotak yang mengandungi Water Pitcher tu sendiri, housing kit re-usable dengan 1 blok penapis dan 1kotak lagi 3 pack refillable penapis tu.
So untuk kit permulaan ni adalah cukup untuk setahun kegunaan. After one year?? Cuma perlu beli refillable penapis tu aje.  Harga dalam lingkungan rm1xx aje untuk 3 pack filter tu. Kalau anda beli mana-mana jenis penapis air pun ade tahapnye anda perlu tukar penapis dalamannya. So macamana nak tau bila masa nak tukar? jangan risau..Jag ni ada sistemnya yang tersendiri untuk memberitahu bila saatnya anda perlu menukar filter dalamnya. Paling tidak pun setiap 4 bulan guna, dah cukup syarat dah untuk tukar filter tu. Housing kit dan jug boleh terus digunakan as long dia masih dalam keadaan baik. Proses nak tukar dan cuci pun mudah aje. Ada manual guide dalamnye yang akan bagitau step by step ape perlu dibuat. dan yang menariknya jika anda jenis suka minum air sejuk(chilled) boleh aje nak masukkan jug ni direct ke peti sejuk anda tau! Haha...bestkan??

Untuk permulaan setiap kali tukar atau guna filter yang baru laraskan aje ke aras SET.

Bilamana ia dah cecah nilai 80oz..ia akan tunjukkan Replace dan masa nya untuk menukar filter yang baru dan reset kembali Water Pitcher anda ni. mudah aje kan??

So buat mereka yang NAK PENAPIS AIR dengan BAJET RENDAH, MUDAH dan RINGKAS untuk diguna pakai..nak CUCI MUDAH, TUKAR FILTER MUDAH..boleh la dapatkan GET CLEAN®  WATER ni dari saya ye. Jangan tunggu-tunggu lagi..peruntukkan sedikit wang jika ianya dalam kemampuan anda untuk miliki penapis air ini. Tak mahal mana pun berbanding hari2 nak kena beli air mineral dalam botol tu.Berminat untuk punyai Get Clean Water ni di rumah anda?? Jangan segan-segan hubungi saya ye.. ;)



Pilihan kaedah pembelian:

1) Pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit: (Secure sites)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bbd2f7ac63dcd6415a821f8b0168b88e

2) Melalui SMS / Whatsapp / Telegram : 013-9230280 (IDA)

**Penghantaran produk ke seluruh Malaysia melalui pos/kurier.

**COD disekitar Balok, Beserah, Sg Karang, Gebeng dan bandar Kuantan.




Kain langsir murah..offer mai lagi kat blog Moon.

Buat siapa2 yang cari kain langsir murah-murah untuk raya tu jangan lupa sila singgah baca di blog Moon yer...jadi blog reader/follower dia then bleh dapat harga istimewa tu dari Sarah Hughes Globe Jalan TAR KL nun. Jadi follower blog saya tak dapat diskaun...tapi jadi follower/ reader blog Moon korang layak nak dapat diskaun special hngga 70% tu..camne??

Singgah blog Moon dulu ekk..>>>Baca syarat2nye...senang aje.


Saya tukang promote aje..tak dapat persen pun..sebab ape sy nak promote??Sebab dulu sy pun dah penah dapat merasa DISKAUN BEST ni!! tERIMA KASIH KAT KAK MOON! Kain2 langsir sana cantik2 you! Kualiti pun terbaik! Rambang mata pilih masa gi sana. Kat bawah ni sebahagian gambo masa gi sana hujung tahun lepas..tak sempat nak snap gambo kain lagi cantik2 ade blkg2 sana..ni mana yg ade depan mata aje..haha. takleh buka kamera ade yg nyibuk ni haa..tapi harga dia superb dgn kualiti kainnya. lagi murah dari yang dapat kat Nilai pun ade..kualiti kain taraf hotel berbintang2 pun byk youuu...jangan terus terjah aje gi sana tau! Terjah blog Moon tu dulu cmne nak cara nak diskaun lagi gempak tu!hehe.




Saya beli yang ade kat row ni la..tgkla harga tu..i boleh dpat less than that sbb bg magic words yg kak Moon pesan suh sebut tu.


 happy shopping ye kalu gi sana! I parking kat Sogo then jalan kaki pegi sana...dekat aje. maklumla bukan org KL tak tau jalan sgt...last2 pasking kat Sogo dan shopping!HEHE..



Set Istimewa untuk persediaan berpuasa anda!



Sedar tak sedar Syabaan sudah menghampiri pertengahan bulan..Maknanya Ramadhan juga bakal tiba tak lama lagi. Dah buat persiapan untuk menghadapi puasa nanti? Syabaan merupakan bulan yang bagus untuk kita mula praktis berpuasa sementara menanti hari tibanya Ramadhan. Masih tercari-cari supplemen yang bersesuaian untuk membantu anda berpuasa dengan lebih baik? Kenapa perlu supplemen??Jika anda atau ahli keluarga anda terdiri daripada kategori / golongan di bawah mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil supplemen dari Shaklee sebagai satu usaha untuk memastikan bulan Ramadhan bukanlah suatu alasan lagi untuk anda tidak berpuasa penuh.

Siapa yang saya maksudkan dalam golongan tersebut?
  • IBU MENYUSU yang risau SUSU MERUDUM
  • IBU HAMIL yang risau TAK LARAT
  • Kanak-kanak yang sedang BELAJAR BERPUASA
  • Mereka yang bekerja keras/ di bawah matahari terik (rsiko untuk ter nyah-hidrat tinggi)
  • Warga Tua
Kenapa SET 3GEM ini sesuai untuk seisi keluarga?

1) ESP ( Retail Price : RM150 WM / RM 155 EM)
  • Non GMO soy protien 
  • Indeks glisemiknya rendah membuatkan kita lebih BERTENAGA dan kenyang lebih lama 
  • Mengatasi masalah GASTRIK  
  • Mengurangkan masalah susu merundum
  • Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

 2) Performance Drink
( Retail Price: RM 82.50 WM / RM87.50 EM)
  • Mengekalkan kandungan air di dalam badan 
  • Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
  • Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (Retail Price: RM 113.75 WM / RM121.25 EM)
  • Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga
  • Elakkan sembelit.


********************************
I'm Your Shaklee Independent Distributor
Kuantan Pahang
ID: 865095
norlida134@gmail.com | 013-9230280